Hoya Akui Lebih Selesa Bersama Dongwoo.
'Dalam semua member yang ada,saya lebih sukakan Dongwoo hyung.Saya rasa sangat selesa bersamanya kerana saya rasa dia seorang kawan yang sangat baik dan juga selalu kelihatan gembira.Dia sangat periang dan tak pernah marah atau sedih,dia selalu memberikan kegembiraan pada orang sekelilingnya dan tak pernah memberikan pengaruh buruk atau membawa mood yang kurang baik pada orang lain.Apa saja yang berlaku pada dirinya dia sentiasa berfikiran positif dan selalu tersenyum ceria.Hidupnya sentiasa positif tanpa sebarang masalah,dan selalunya kalau dia ada masalah dia hanya akan pendamkan sendiri dan terus tersenyum.Jadi,sebab itulah saya merasakan Dongwoo hyung seorang kawan yang sangat baik,jujur dan sangat naif.Dia seorang yang matang dan periang.Saya berharap saya boleh menjadi seorang yang sepertinya juga,saya sangat cemburu dengan personaliti yang dimilikinya.Dia seorang yang mempunyai personaliti 3 DDDDDDD.Jadi menjadi salah seorang kawannya adalah sangat membahagiakan.Saya ingin menjadi sahabat Dongwoo hyung selamanya'.Kata Hoya panjang lebar dalam sebuah rancanagan hiburan di Korea baru baru ini.
YOU ARE READING
EXOL NEED TO KNOW THIS!!
Non-FictionThis is my collection about EXo that i think EXOL need to know, there's different languages ENG,MALAY AND INDO. I read all of this and don't wanna to remove it so that I put here. It will everlasting stay here right hehe If u think you re real exol...