Bab 1 : KOKO & MINKI

77 2 0
                                    


AMARAN:
1. Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan agama atau orang2 yg telah meninggal dunia.
2. Ini cerita fantasi caca marba, sila open minded untuk membacanya.
3. Semua komen dan vote amat dialu-alukan. HAPPY READING ♡♡♡
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

BAB 1

"Minki, kenapa kau tak nak makan buah-buahan ni? Ni kan makanan kegemaran kau?"

Seorang gadis sedang berbaring malas atas bumbung rumah buluh yang terletak di tengah belantara. Tangan kanannya menongkat kepala sambil matanya tertacap ke arah seekor burung helang putih yang terkebil-kebil memandang wajah tuannya.

Mata biru makhluk itu menyapa lembut seraut wajah jelita insan yang membelanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata biru makhluk itu menyapa lembut seraut wajah jelita insan yang membelanya. Beberapa jenis buah-buahan hutan berselerakan di sekeliling burung bersayap itu.

"Kenapa kau tak nak makan buah-buahan ni? Kau dah bosan? Nak makan cacing atau bangkai ke?"

Tuk! Tuk!

"Auch! Sakitlah Minki!"

Koko terjerit kecil apabila burung kesayangannya mematuk pipi gebu miliknya dengan paruh yang agak tajam. Koko yang geram dengan kelakukan haiwan itu segera menjentik kuat kepala Minki hingga terteleng. Haiwan itu berdecit kesakitan.

"Kau tak sayang aku lagi ke? Nak cederakan aku pula?!"

Minki yang seolah-olah faham dengan bebelan Koko segera mendekati wajah tuannya itu. Dia menggesel-gesel kepalanya lembut ke arah pipi Koko yang dipatuknya sebentar tadi. Kelakuan yang sangat pelik bagi seekor burung helang!

"Kau sayang aku?" tanya Koko lagi. Dia puas hati apabila Minki angguk-angguk kepala.

"Bagus. Sebab aku pun sayang kau!" Koko mencium kepala burung helang itu sebelum menenggek Minki atas bahunya.

"Kau nak makan buah-buahan lain ke?"

Minki angguk-angguk kepala.

"Emm... mungkin kita boleh cari buah-buahan ajaib dekat Hutan Gaara. Kau nak ke sana?"

Minki angguk-angguk lagi.

"Baiklah. Jom, kita keluar cari makanan kau."

Koko mengikat rambut panjangnya kepada bentuk tocang kuda sebelum dia membaca sebuah mantra. Sebuah botol kecil muncul pada telapak tangannya. Koko mengeluarkan serbuk perak yang terkandung dalam botol itu sebelum melemparnya ke udara. Tepat dia atas kepalanya.

 Tepat dia atas kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SKY EMPRESS @ RATU LANGITWhere stories live. Discover now