Bab 2 :YANG MULIA ZERAN

37 2 0
                                    


Bab 2

"Zeran, tolong jangan apa-apakan kakak! Dia yang selamatkan Xemi tadi!"

Suara Xemi terketar-ketar dan dia bernada cemas. Seolah-olah merayu agar Koko tidak di apa-apakan.

Koko yang agak terpinga-pinga, sekadar pegun di birai gaung. Kejutan apa pula yang dihadapinya saat itu.

Koko terkebil-kebil memandang seraut wajah tampan yang berdiri tidak jauh darinya.

Koko seperti bermimpi. Seraut roman tenang dan tegas itu seperti dikenalinya...

Wajah itu tercipta tanpa sebarang cela. Anak matanya sangat cantik. Berwarna hijau lalang. Mengalahkan sinaran jed yang menyilaukan pandangan. Renungannya lebih tajam berbanding helang. Koko lemas dalam sorotan mata nan indah itu.

Kulitnya putih bersih. Hidungnya mancung bak seludang. Bibirnya terbentuk sempurna dan aura tubuhnya menghangatkan hati.

Rambut panjang sehitam arang pemuda itu disisir rapi dengan hanya ikatan kecil di sisi kiri dan kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambut panjang sehitam arang pemuda itu disisir rapi dengan hanya ikatan kecil di sisi kiri dan kanan. Jubah putihnya melayang-layang dibuai bayu petang. Rantai perak halus melilit pinggangnya yang tegap.

Haruman tubuh pemuda itu sangat mengasyikkan dan mendamaikan jiwa.

Siapakah gerangan jejaka yang mampu buat Koko melongo sedemikian rupa? Berani pula dia menghunus pedang ke arahnya? Koko bersoal jawab dalam hati.

"Zeran, tolong jangan apa-apakan kakak. Kakak tak salah. Xemi yang datang sini untuk cari bunga Saffaron! Kakak tolong Xemi dari dimakan Anunaki. Tolong jangan apa-apakan kakak! Zeran hukum Xemi, jangan cederakan kakak!"

Xemi melutut sambil merayu-rayu dengan wajah ingin menangis. Walhal dia baru sahaja mengenali Koko. Bersungguh dia membela gadis itu.

Hati Koko berbunga-bunga saat itu. Jadi, nama pemuda kacak ini adalah Zeran? Mengapa namanya begitu pelik sekali?

Selama 50 tahun Koko merantau ke sana dan ke sini, ramai lelaki yang dikenalinya. Namun, tidak pernah dia berhadapan dengan pemuda setampan ini...

Tidak semena-mena perasaannya bergetar hebat!

Koko langsung tidak bimbang akan pedang yang bila-bila masa saja akan menamatkan riwayatnya. Dia lebih terpesona dengan wajah pemuda itu.

Pemuda itu langsung tidak berganjak dengan hunusan pedangnya. Dia masih merenung Koko tajam. Bertanda tanya tentang identiti gadis itu. Melalui penilaian matanya, Koko bukan manusia, dia bukan Gwyn dan dia juga bukan syaitan...

Jadi makhluk apakah yang mempunyai kuasa ajaib sekuat gadis itu?

Ya, dia melihat semua yang berlaku tadinya dari jarak yang agak jauh. Ingin membantu Xemi, namun Koko lebih pantas bertindak. Dia memerhatikan bagaimana mudahnya seorang remaja sebaya Xemi menghalau sekawan Anunaki yang terkenal dengan keganasannya.Gadis itu memasukkan kembali serpihan roh Xemi dan gadis itu juga mengambil bunga Saffaron dalam jangka masa yang begitu singkat.

Siapakah dia sebenarnya? Siapakah gadis yang langsung tidak gentar dengan hunusan Pedang Langitnya itu? Adakah gadis comot itu tidak mengenali dirinya?

"Hai, Zeran!"

Koko tersengih menampakkan barisan gigi putihnya sebelum melambai-lambaikan tangan ke arah pemuda di hadapannya.

Suasana sunyi seketika...

"Err... akak kenal Zeran?" tanya Xemi pelik.

"Baru nak kenal. Kau kata nama dia Zeran. Jadi, aku panggillah dia Zeran." Koko teruja berkata-kata. Langsung tidak gentar dengan wajah bengis di hadapannya.

"Bukanlah kakak! Nama dia Yang Mulia Ri Zen. Zeran tu gelaran saja!"

Laju saja Xemi menjawab. Mulutnya terkatup apabila perasan Zen menjelingnya tajam.

"Amboi, panjangnya nama. Tapi... apa-apa pun, awak sangat kacak!"

Koko menaikkan kedua-dua belah ibu jarinya dengan mata yang bersinar-sinar. Tidak menghiraukan Xemi yang melopong atau dengusan pemuda bergelar Yang Mulia itu.

Perbualan mereka terganggu apabila Minki terbang melayang dan hinggap di bahu Koko. Kepala burung itu agak terteleng memandang wajah Zen. Koko fikir mungkin Minki sama terpesona dengan wajah kacak pemuda itu.

Selang beberapa ketika, Zen menyimpan pedangnya ke dalam sarung sebelum menghaibkan objek itu dari pandangan.

Xemi menghela nafas lega. Yakin yang Zen tidak tergugat dengan pujian Koko. Mungkin pemuda itu dapat menilai wajah tidak bersalah insan yang telah membantunya.

Koko mengelilingi Zen dengan perasaan teruja. Pandangannya seperti menelanjangi tubuh pemuda itu. Dia berjaya buat Zen berasa tidak selesa!

"Bau awak sangat wangi. Macam bau bayi baru lahir!"

Bicara Koko buat wajah Zen bertukar riak. Wajahnya yang tadi tenang kelihatan sedikit kemerahan. Namun dia masih tidak bersuara, mempamerkan muka tidak berperasaan sepanjang masa.

"Bayi baru lahir wangi ke?"

Xemi menggumam sendirian. Tidak faham dengan bicara Koko. Bukankah bayi yang baru lahir berbalut darah. Adakah Zen berbau darah? Dan Koko cakap bau darah tu wangi? Berkerut-kerut dahi Xemi ketika itu.

"Terima kasih kerana membantu pelajar Finji dari serangan syaitan."

Suara Zen buat hati Koko cair serta merta. Seperti satu suara indah yang menampar gegendang telinganya. Senyuman Koko semakin manis dan hatinya kembang setaman saat itu. Dia ingin mengenali Zen dengan lebih rapat walau apa pun yang berlaku!

"Xemi, mari balik."

Zen tidak mahu berlama-lama menghadap wajah comot itu! Pandangan mata gadis itu buat hati Zen resah tanpa sebab. Anak mata berwarna bunga senduduk itu menggamit memori yang sudah lama berkubur. Itu bukan satu petanda yang baik...

"Tunggu dulu!"

Koko menghadang jalan Zen yang ingin berlalu bersama Xemi.

"Awak tinggal dekat mana? Boleh saya jumpa awak lagi?"

Xemi melopong dengan soalan tak tahu malu gadis itu. Dalam kadar sesaat Koko mampu menukar gaya percakapan kepada lebih sopan. Adakah Koko terjatuh hati dengan ketampanan Zen? Ah, semua gadis memamg bisa dibutakan dengan ketampanan pemuda itu! Koko tidak tahu ke siapa Zen ni? Zen bukan lelaki biasa!

"Maaf kakak. Saya dan Zeran perlu kembali ke Finji dengan segera. Terima kasih sebab bantu adik hari ni. Jika kita berjumpa lagi, adik pasti akan tolong kakak!"

Xemi menyampuk apabila melihat wajah Koko berubah kelat apabila Zen tidak melayan pertanyaannya.

"Manusia kacak yang sombong!"

Koko mencebik bibir sambil memerli dengan nada yang agak kuat. Tidak menyangka ada manusia yang tidak tergoda dengan kecantikannya.

"Ambil ni kakak." Xemi menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna kuning cair kepada Koko.

"Kami pergi dulu kakak. Selamat tinggal."

Xemi tergopoh gapah mengikuti langkah Zen meninggalkan kawasan itu.

Koko terkebil-kebil melihat dua kelibat itu lenyap dari pandangan. Dia mengelap dahinya dengan sapu tangan pemberian Xemi. Palitan hitam yang tertera atas kain nipis itu buat Koko teringat akan sesuatu...

Saat itu kejelitaannya ternoda dengan palitan lumpur! Patutlah Zen langsung tidak hairan dengannya! Ah, bagaimana dia boleh lupa!

"Argh, tak guna punya musang!"

Koko menjerit kuat hingga menyebabkan Minki terbang pergi. Boleh rosak deria pendengarannya dek jeritan gadis itu!

SKY EMPRESS @ RATU LANGITWhere stories live. Discover now