Bab 4 : TAKDIR ATAU KEBETULAN?

30 2 0
                                    


Koko fikir dia berjaya mengelak daripada bertembung dengan bangsa yang memualkan itu. Namun, saat Koko melangkah ke tingkat bawah, dia tidak sengaja bertembung dengan salah seorang Gwyn yang memasuki Rumah Lace.

"Syaitan! Jangan bergerak!" Salah seorang daripada Gwyn remaja itu bertempik ke arah Koko.

Semua mata pengunjung rumah pelacuran itu tertumpu ke arahnya. Koko yang tidak mahu dirinya terdedah untuk tatapan ramai segera kembali ke tingkat atas dan memasuki sebuah bilik kosong tanpa manusia.

"Kau fikir kau boleh melarikan diri!"

Pintu bilik itu ditendang kuat oleh seseorang. Dua orang pemuda yang tadi berjaya menangkap Sulli kini berdiri menghadap Koko. Koko duduk bersilang kaki di birai katil. Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan makhluk-makhluk yang menjengkelkan!

Kedua-dua orang pemuda itu mengeluarkan segulung cemeti ajaib berwarna kelabu sebelum membelit tubuh Koko dengan tali suci itu. Kemudian mereka terkumat-kamit membaca mantra dalam bahasa yang tidak difahami Koko.

 Kemudian mereka terkumat-kamit membaca mantra dalam bahasa yang tidak difahami Koko

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hahaha! Kau orang tak penat ke membaca mantra?"

Koko ketawa berdekit apabila melihat dua orang pemuda itu berpeluh-peluh membaca mantra seni mistik bagi menangkap syaitan. Kedua-dua Gwyn itu melongo apabila cemeti ajaib mereka langsung tidak menyakiti Koko. Bahkan tali suci itu melurut jatuh daripada terus membelit tubuh langsing itu.

"Ini bukan syaitan biasa! Lei, adukan hal ini kepada Zeran!" arah salah seorang daripada pemuda itu kepada yang lainnya.

"Baiklah Naru!"

Pemuda bernama Lei bergegas keluar daripada bilik itu untuk memanggil ketua mereka.

"Zeran?" Koko terbangun dari duduk saat mendengar sebaris nama itu. Tiba-tiba dia yang bosan jadi teruja.

"Kenapa kau terkejut wahai syaitan?! Kau pasti gentar kerana Zeran kami akan memberkas kau sebentar lagi kan?!"

"Betul ke, Zeran ada dekat sini?" Koko tersengih-sengih umpama kerang busuk.

Naru termengkelan. Pertama kali melihat syaitan yang gembira untuk bersua muka dengan ketua mereka. Naru sentiasa bersiap sedia. Bimbang yang gadis bertopeng itu bakal melakukan serang hendap ke atas dirinya. Namun, puas menunggu, gadis itu masih tersengih-sengih sendirian!

Selang beberapa ketika, bunyi derap kaki mendekati bilik itu. Mata Koko dijamah dengan sesusuk tubuh tegap yang berbalut kelubung putih. Wajahnya tidak kelihatan dek terselindung di balik kain tebal.

Adakah Koko tersalah orang?

Adakah Koko tersalah orang?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SKY EMPRESS @ RATU LANGITWhere stories live. Discover now