10080

1.9K 216 146
                                    

RABU, 2403

puih. kenapa pelik sangat rasa jus ni? macam air liur swag, hm.

aku pun memanggil seorang pelayan lalu membebel mengenai jus orenku yang rasanya pelik. 

"i want a new one," ujarku, dengan suara yang dikeraskan. 

kat restoren mewah ni kena speaking sikit. hohoho.

"yes, sir, " pelayan tersebut mengangguk dan berjalan ke arah dapur berserta jus oren di tangannya.

setelah beberapa lama kemudian, dia kembali dengan jus orenku. dia meletakkan dengan cermat gelasku yang berisi jus oren lalu aku pun mengucapkan terima kasih.

tetiba pelayan tersebut memandang aku dengan muka nak telan aku. aku menjongketkan keningku dan membalas pandangannya. min yoongi takkan gentar takkan takut kecuali orang yang bagi muka tu mak sendiri pfft-

dia membuka mulutnya dan,

"min yoongi sayang, bangunlah~"

"hOLY-"

aku terus bangun terduduk. fuh seram betul mimpi tu. sedang aku mengaru leherku, mata aku terpandang seseorang yang bercekak pinggang dan keningnya diangkat.

aku mengerutkan keningku lalu tersengih.

aku pun melambai ke arahnya, "eh ommalah. annyeong~"

"annyeong anak terunaku sayang, awal kamu bangun. sekarang pukul 12 tengah hari. kamu nak siap-siap pergi kerja ke nak kena lempang?" ugut omma sambil tersenyum manis.

"omma tipu," kataku sambil mengaru kepala. mamai.

omma menggulingkan matanya dan membebel, "kenapanya? tak percaya tengok jam."

jam loceng yang terletak di atas meja belajar dicapai dan diteliti jarum jamnya. tengok omma tip-

"aHHHHHHHHHHH TIDAKKKKK!" jeritku sambil berlari ke arah bilik air.

×

"bye omma!" ucapku sebaik saja aku menyarung kasut dan berjalan keluar dari rumah.

dan langkah aku serta-merta terhenti.

aku mengerdipkan mataku sambil melihat sekelilingku yang tak gelap sangat, tak cerah sangat. aku mengerling ke arah jam tanganku lalu mengerutkan kening.

"7.50?" bisikku.

cis, kena tipu rupanya. aku mendengus dan berjalan ke arah pintu di mana ommaku berdiri.

sebaik sahaja aku sampai di hadapan pintu, omma terus tutup pintu depan mukaku aku mengundur ke belakang sambil mengosok hidungku yang kesakitan. eii nasib tak patah.

"byebyee. selamat pergi kerjaaa, sayang~" katanya sambil melambai dari tingkap. siap bagi flying kiss lagi.

nak ngajuk ah.

"hm. bye," aku bagi muka judgingku sebelum berjalan ke arah pondok bas.

×

aku duduk bercangkung di hadapan sebuah kedai kafe yang belum dibuka sambil menunggu si kim namjoon. sebab bosan sangat, aku pergi kira berapa orang yang lalu depan aku. ada 21 orang. aku melihat jam aku sekali lagi. 8.17 am. awal lagi ni.

aku mendengus untuk kali kedua bila teringat aku terpaksa bangun daripada mimpi- uh aku mimpi apa tadi?

pape jelah. aku pun menguis-guis jalan konkrit dengan sebatang ranting kayu yang aku jumpa.

10080.Where stories live. Discover now