5760

1K 155 46
                                    

SABTU, 2703

tinggal lagi beberapa minit sebelum kafe dibuka. aku dan namjoon sedang sibuk mengelap meja yang tinggal lagi tiga buah.

hoseok yang tetiba muncul dari dapur dengan riak cemas. namjoon mengerdipkan matanya manakala aku menjongketkan kening aku.

hoseok menarik nafas sebelum berkata, "jieun noona pengsa-"

tak sempat si hoseok ni nak habiskan ayatnya, namjoon dah masuk ke dalam dapur sampai tertolak si kuda ke belakang. aku baru melangkah setapak, namjoon keluar dari dapur bersama jieun dibelakangnya dan berlari anak menuju pintu depan. aku pun menolongnya membuka pintu tersebut.

"hyung! jagakan kafe sampai aku balik. thanks!" pesan namjoon sebelum berlari keluar tanpa menunggu balasan dariku.

aku memandang jungkook dan hoseok bersilih ganti, "good luck untuk kita."

jungkook mengangguk manakala hoseok tersenyum dan menumbuk udara.

bunyi loceng menandakan ada seseorang masuk ke dalam kafe. aku menoleh ke arahnya dan berkata, "maaf kami tak- hara?"

hara melambai lalu memberikan senyuman kepada kami bertiga, "yo."

"noona!" panggil hoseok dan jungkook, serentak.

aku menjongketkan keningku lalu menyilangkan tangan ke dada, "apa kehendak tuan hamba ke mari?"

"tuan hamba ingin bertanyakan sesuatu mengenai saudara namjoon dan saudari jieun," ujarnya sambil menuding ke arah pintu dengan ibu jarinya.

"oh jieun pengsan. namjoon tolong bawakkan dia pergi klinik."

hara mengangguk lalu bermain dengan jarinya, "so do you want an extra help? i'm free for the whole day."

aku memandang hoseok dan jungkook yang sudah mengangguk, menyuruh aku terima tawaran hara.

aku mengaru kepalaku lalu mengeluh.

×

"yoongi-ya~~~" hara mengoyang-goyangkan keningnya, "offer masih terbuka."

kafe semakin penuh dengan pelanggan padahal baru pukul 11. aku mengeluh untuk kali kedua lalu meraup mukaku.

"kau pinjam uniform aku dulu memandangkan esok tutup. aku punya loker kedua hujung. passcode dia hari jadi aku, bulan dulu," bebelku dan hara bersorak gembira.

"gumawo yoongi," ucapnya lalu berlari-lari anak ke bilik persalinan pekerja.

apa yang aku dah buat. jantung, stay strong ye.

hara keluar dari bilik persalinan beberapa minit kemudian. aku dapat rasa jantung aku berdegup dengan kencang sekali kalahkan harimau bintang yang sedang berlari mengejar antelope.

rambutnya yang pendek paras bahu diikat ponytail, menampakkan lehernya. bangs pula dibiarkan menutup dahinya. lengan baju kemaja putih aku dilipat sebanyak tiga per empat dan baju di tuck-in. baju uniform dikenakan dengan kasut converse hitam.

lawanya, getus hati kecilku sambil menari-nari lagu bang bang bang.

"ehem," seorang pelanggan berdehem menyebabkan aku kembali ke alam realiti. aku menunduk sambil meminta maaf.

"selamat datang, apa yang saya boleh bantu?" sapaku tapi mata aku tak lekang dari memandang hara yang sedang mengemas meja yang kotor.

×

aku ke memang tempat ni tersangat annoying.

selepas aku menerima order dari pelanggan, aku pun pergilah buat. masa tengah isi whipping cream dalam iced coffee tu, aku memandang hara yang sedang mengosok rambut hoseok secara sepintas lalu dan secara tak sengaja aku tekan dengan kuat menyebabkan whipping cream bersembur kena muka aku.

aku apalagi terjeritlah. dahlah suara serak-serak basah memang semua orang pandanglah. hara tergelak, hoseok pun. aku mendengus lalu berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan muka aku yang comot akibat terkena cream.

"jungkook jaga kaunter jap. hyung nak pergi gents," pesan aku sebelum berjalan ke tandas dengan langkah yang bengang.

"nae. kenapa dengan muka hyu- nebermind," jungkook mengelengkan kepalanya dan berjalan ke kaunter.

kau, jeon jungkook, tolong betulkan sebutan. nevermind bukan nebermind.

aku menutup pintu tandas dengan perlahan yang boleh dan memandang refleksi diriku di cermin sambil membersihkan mukaku di sinki.

"kenapa ni?" monologku.

"takkanlah..."

"eh tak boleh tak boleh...."

"ke betul?"

"aishh pening pening."

"min yoongi, get a grip!" aku menepuk pipiku berkali-kali. aku menarik nafas berkali-kali lalu keluar dari tandas sambil mengelap muka dengan tisu.

aku melangkah menuju kaunter tetapi berhenti apabila melihat hoseok dan hara sedang bersembang.

"lagi sekali," bisikku lalu mengetapkan gigi.

×

aku mengunci pintu kafe setelah jungkook, hara dan hoseok pulang. kemudian kunci dimasukkan ke dalam poket kotku lalu aku pun beredar ke pondok bas.

aku melepaskan keluhan sebaik melabuhkan punggung di pondok tersebut.

"yoongi-ah."

aku memandang ke arah punca suara tersebut dan kemudian membalas, "apa?"

bibirnya mengukir satu senyuman tatkala mendengar jawapan malasku. dia kemudian mengosokkan rambutku dan aku tepis tangannya pergi.

"eyyy jangan main rambut," bebelku sambil membetulkan rambutku.

"aigoo uri min yoongi genius jjang jjang bong bong jelly eyy~" usik hara.

"mana ada," balasku dengan muka yang dah merah padam.

"eh acah," usiknya lagi sambil mengoyang-goyangkan keningnya.

aku mendekatkan mukaku dengan muka hara. aku memandang hara terus menusuk kalbu. mata hara pun tak berkelip merenung aku kembali.



"fuh~"

"aRGH!" hara mengundur ke belakang sambil mengosok matanya. aku terkekek ketawa melihat kegelepurannya hewhew.

selesai mengosok matanya, dia tergelak, "eh balas dendam nampak."

aku membuat muka sangap sambil hidung dikembang-kempiskan.

"eh mesti."

'tinggal 4560 minit lagi...'

--
tinggal beberapa chapters lagi

one

10080.Where stories live. Discover now