2880

952 153 105
                                    

ISNIN, 2903

⟪ 1740 ⟫

junggie: weh yoongi

agxst_: yo

junggie: kau tak pergi kerja eh?

agxst_: eh pergi
agxst_: hari ni balik awal sebab hari ni sikit je pelanggan.
agxst_: wae?

junggie: ahh patutlah
junggie: aku pelik
junggie: pukul 6 macam tu aku singgah kejap
junggie: takde orang
junggie: aku pun macam eh tak kerja ke?
junggie: rupa-rupa balik awal
junggie: so kau boleh bukak pintulah sekarang

agxst_: buka pintu?
agxst_: kejap-

junggie: haah bukak
junggie: aku ada kat luar ni
junggie: btw taman kau tetap cantik walaupun dalam gelap
junggie: hewhewhew

tak lama kemudian, loceng rumah berbunyi. aku segera pergi mendapatkan pintu. tombol pintu dipulas dan pintu dibuka. aku mengerutkan keningku sambil memandang hara yang menjongketkan keningnya sambil tersenyum nakal.

"yoongi, siapa tu?" tanya ommaku yang sibuk mengemas meja makan untuk makan malam kami berdua.

aku menoleh ke arah ommaku dan membalas, "hara."

"hara? oh hara, cru-"

"oMMA!" ei nasib baik tak kantoi.

"apa?" omma buat-buat innocent. aku memandangnya sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

omma tergelak lalu membawa sebuah periuk ke atas meja. pandanganku beralih ke arah tetamu di hadapan pintu. hara bagi pandangan kau-tak-nak-bagi-aku-masuk-ke?. aku membalas dengan pandangan hm-tak dan dia mencebik.

aku mengulingkan mataku lalu bisik, "apa hajat tuan hamba kemari?"

"nak bagi niii," dia menghulurkan sebuah bekas bersaiz sederhana kecil dan berbentuk petak, "manisan."

bekas tu pun beralih tempat.

"yoongi buat apa lagi kat depan pintu tu. ajak hara masuk," jemput omma.

hara mengeleng, "eh takpelah makcik. saya datang nak kirim makanan je."

"dan gelap ni. jom dinner dulu nanti lepas dinner baru balik."

hara tersengih, "kalau makcik cakap macam tu, terima kasihhh," lalu menolak aku menuju ruang tamu.

eh eh eh amboi sesedap hengko tolak aku.

aku menjelingnya manakala dia tersengih.

"kau gantunglah kot tu kat penyangkut tu. dah siap tu pergilah duduk kat meja makan. aku nak tolong omma aku," kataku lalu berlalu ke dapur.

fast forward, makanan dah siap dihidang dan kami mula melantak sampai kenyang.

⟪ 1620 ⟫

×

selepas dinner, aku, omma dan hara duduk melepak di ruang tamu sambil menonton movie peanuts untuk menghabiskan masa sementara menunggu hujan berhenti.

omma dan hara duduk di atas sofa manakala aku conquer lantai hoho. tengah syok tengok cerita, omma tiba-tiba bangun, meninggalkan aku berdua dengan hara. aku memandang belakang omma dengan muka seposen.

alah omma. suka tu suka tapi maluuuu-

"hara, makcik ada sesuatu nak tunjuk," kata omma sebaik sahaja dia kembali dari biliknya sambil mengelek sebuah album berwarna pinkeu.

hara mengerdipkan matanya apabila omma menyelak muka surat pertama album tersebut. dia kemudian terjerit kecil dan berkata, "omo comelnyaaaa. mana pampers?"

"dia cakap serabut pastu cabut. jenuh makcik nak pakaikan semula," keluh omma sambil mengelengkan kepalanya.

"puhahahaha comotnya. penuh krim coklat kat mulut," komen hara lagi.

"tengah tengok apa? bising betul, nak tengok cerita pun tak senang eyy," bebelku.

"tengah tengok gambar kau masa kecil. kekekkeke," terkekek dia ketawa.

muka aku pun mula memanas, "omma!"

omma mengerdipkan matanya berkali-kali, acah comel. aku mencebik.

nak tengok cerita pun tak senang.

⟪ 1305 ⟫

×

hujan pun dah reda. hara meminta izin untuk pulang.

"yoongi, kau ada lagi tak aku punya blazer? kalau ada, aku nak balik," kata hara sebaik dia selesai menyarungkan kotnya. aku mengangguk lalu pergi ke bilikku untuk mengambilnya.

aku pun hulurkan blazernya dan dia mengucapkan terima kasih. hara kemudian berlari ke arah omma lalu memeluknya, "terima kasih makcikkk. makanan makcik tadi sedappp sangat dan terima kasih sebab tunjuk gambar-gambar yoongi masa kecil. comel-comel belaka~"

"alah takde pape tu," ommaku membalas pelukannya. dia meleraikan pelukan dan aku meng-escortnya ke pintu.

dia pun menunduk hormat ke arah aku dan omma dan melambaikan tangannya sebelum berjalan keluar dari perkarangan rumahku.

"hara, tunggu kejap!" panggilku. dia berhenti dan menoleh.

aku mencapai hoodie aku lalu berjalan ke arah hara. hara menjongketkan keningnya, amused.

aku memasukkan tanganku ke dalam poket,  "perempuan tak elok jalan sorang-sorang pada waktu macam ni."

"eyy yoongi hehehe. terima kasih," ujarnya lalu menumbuk bahuku.

aku pun mengaduh kesakitan. ei minah ni.

⟪ 1560 ⟫

×

sepanjang perjalanan menuju pondok bus, aku dan hara hanya mendiamkan diri. bukan diam sebab kekok tapi diam yang menyelesakan.

akhirnya sampai jua ke destinasi~

hara menunduk hormat, "terima kasih pasal tadi."

"ah takde apa pu-"

hara tetiba peluk aku. aku sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa, pun membalas pelukannya-

tak. aku tak balas sebab terkejut.

dia meleraikan pelukannya dan memandang terus ke dalam anak mataku. aku menjongketkan keningku.

"esok boleh tak kau tunggu aku kat taman permainan pukul 2300?"

aku mengerutkan keningku, "2300?"

hara menepuk dahinya, "pukul 11 malam, mangkuk."

"aaaa okok- eh dari salad dah upgrade jadi mangkuk? apa ni haraaaa."

dia menjelirkan lidahnya. "biarlah hewhew. janji?" dia menghulurkan jari kelingkingnya.

aku pun memautkan jariku pada jarinya," janji."

"byebyee," hara pun melambai ke arahku dan aku pun membalasnya.

aku memusingkan badanku lalu berjalan pergi.

tak sampai lima langkah, aku menoleh semula ke arah hara, "buat apa- hara?"

aip dah hilang? pape jelah. aku mengangkat bahuku.

"pukul 11. arraseo arraseo," bebelku sendirian.

⟪ 1545 ⟫

--
lets start the countdown, shall we? (ง ˙ω˙)ว

one

10080.Where stories live. Discover now