Chapter 2

277 30 2
                                    

8:30 pagi

Aku bergerak terus ke kaunter untuk membeli tiket masuk keretapi. Ketika itu, aku ternampak kelibat seseorang yang sama seperti Arlson, tapi aku tidak nampak dengan jelas kerana dia menghadap depan dan hanya menampakkan bahagian belakangnya sahaja. "Tuh bukan Arlson kah?" Tanya aku didalam hati. "Arlson!" Jerit aku dari jauh. Lalu dengan serta merta lelaki itu berpaling kearah aku. Yeahh... itu memang dia. Tetiba aku berasa sangat happy selepas tahu itu dia. "Anne?" Jerit Arlson dari jauh. "Yup, akulah sapa lagi" jawab aku. Arlson senyum sambil melambai kearah aku supaya duduk disebelah dia bersama.

********

"Awal kau sampai? Selalunye kau yang paling lewat dalam group kita" sindir aku sambil ketawa. "Sindir nampak? Takdelah tetiba aku rasa bersemangat sangat untuk pergi kesana!" Jawab Arlson sambil tersenyum. "Ohhh" kata aku lalu tersenyum.
Untuk beberapa minit kitorang senyap dan tidak bercakap hanya menghayati permandangan yang sangat indah dihadapan kitorang. Tetiba sergah seseorang dari belakang menyebabkan aku terperanjat lalu dengan slow-motion, hot coffee cup yang aku pegang tadi tercampak dan terkena orang yang telah menyergah aku tadi dengan serta merta terdengar bunyi orang ketawa dibelakang aku.

********
Aku dengan pantas menoleh kebelakang dan....
Korang nak tahu tak sapa yang sergah aku time tuh?
Dia adalah... Aesya. Ahahahaha.Dengan serta merta Aesya melompat seperti beruk dan menari seperti orang gila kerana tidak tahan dengan kepanasan coffee cup yang tertumpah dipakaiannya "Padan muka kau! Tulah nak sangat sergah orang. Ahahahah" kata aku sambil ketawa besar yang lain pun turut ketawa membuatkan muka Aesya bertukar kemerahan. "Malulah tuh?" Teka aku. "Ish,kau nih aku saja je sergah kau, tak sangka lak kau terperanjat beruk! Habis baju aku" Jawab Aesya sambil mengibas-ngibas bajunya yang terkena coffee itu.

*******

Kami pun berjalan sambil mencari tempat duduk yang nombornya sama didalam tiket kitorang. Macam biasa, Jacob&Aqila. Aku&Aesya and Arlson seorang maybe dengan penumpang yang kami tak kenal. Ahahaha. Kesian dia but dia tak kisah pun sebab dah selalu macam tuh. Dalam perjalan ke destinasi yang kami ingin tuju. Aku still buzy dengan assignment aku, Jacob&Aqila pulak sedang bermanja-manjaan(berbual mesra). Kekadang aku rasa nak termuntah juga tengok dorang. Ahahahaha. Takpelah orang tengah hangat bercinta. Arlson pula sibuk bermain game yang berada didalam PSP dia. Erghh, macam budak2 umur 12tahun kebawah. "Bilalah kau nak matang Arlson" kata aku didalm hati (Arlson aku dah anggap dia seperti adik aku sendiri).

Aesya lak... Ahahahaha. Dia tidur. Serious aku cakp muka dia macam katak mondok or lebih teruk lagi. Ahaahhah. Dengan air liur meleleh, taik mata yang banyak, hingus meleleh, rambut yang serabai. Aduhai, Ahahahah.

*********

3:05 petang

"Akhirnya sampai jugak!" Cakap aku perlahan sambil mengeliat. "Jom cari teksi or bas" ajak aku. Mereka hanya angguk setuju dengan idea aku dan kami pun bergerak mencari teksi or bas yang kosong.

☣ R E V E N G E Where stories live. Discover now