Bab 6

621 14 1
                                    

Semenjak peristiwa tu, tiap kali Laili mengajak dia melawat Laila. Seboleh-bolehnyanya dia menolak kerana dirinya terasa janggal untuk berhadapan dengan gadis itu setelah apa yang diketahuinya. Sehinggalah sebulan sebelum perkahwinan antara dia dan Laili, Laili terlibat dalam kemalangan.

Kereta yang dipandunya sewaktu pulang kerja hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.  Keretanya memasuki laluan bertentangan dan dilanggar kereta MPV yang tidak sempat mengelak. Laili cedera parah dikepala. Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, arwah ada membuat permintaan, meminta supaya dia mengambil Laila sebagai isteri.  

“Aiman…I min…mintak sangat supaya you da…da…dapat ambil adik I sebagaiwife you.” Ucap Laili walaupun payah kerana terpaksa menanggung kesakitan. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Aiman juga turut mengalir air mata tidak sanggup melihat gadis yang dicintainya menanggung kesakitan. Hendak dihapuskan air mata yang menodai pipi Laili, tapi dia tahu dia tidak punya hak untuk menyentuh gadis itu.  

“Laila cintakan you…I ha…harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.” Luah Laili lagi.

Aiman tergamam, dia tak tahu bagaimana Laili boleh tahu rahsia soal tu. Takkan Laila bagi tahu pula. Tapi dia juga tak sanggup mengatakan tidak, lantas kepalanya diangguk laju.  

“Kak long!! kenapa Kak long cakap macam ni?” Laila dah meluru kearah kakaknya yang terlantar di atas katil. Air matanya sudah mengalir deras. Tangan kakaknya yang sejuk digenggam seerat-eratnya.  

“Kak long tau..ka...Kak ngah cintakan Aiman kan? Kak long minta maaf kakak tak sengaja terbaca diari kak ngah.”  

Ternyata muka Laila kelihatan pucat tidak berdarah. Terkedu dengan kenyataan kakaknya.  

“Diari tu tak betul kak long…Kak ngah tipu aje..” Berlagu-lagu tangisannya disertai dengan gelengan menidakkan segala apa yang tertulis dalam diarinya.  

“Kak long mohon…. kak ngah terimalah Aiman, kak long do..doakan kamu bahagia...” Sebaik habis saja ayat yang terakhir, dada  Laili kelihatan turun naik. Tangan Laili yang berada dalam genggaman Laila sudah terkulai jatuh….bertambah kuat tangisan Laila sehingga  uminya sendiri perlu menenangkannya. Akhirnya tepat jam 12.45 malam, Laili pergi menghadap ILLAHI.  

Dan itu menjadi titik tolak bagi bermulanya ikatan perkahwinan antara dia dan Laila.  

Tiga hari sebelum akad nikah berlangsung dia pernah mengajak Laila berjumpa di Tasik Perdana pada pukul 5.15 petang. Tujuannya adalah untuk meminta Laila memberhentikan perkahwinan tanpa dirancang itu.  

Kira-kira pukul 5.00 petang dia sampai di Tasik Perdana. Dia duduk di bangku yang tersedia ditasik itu. Sambil bosan-bosan menunggu dia termenung jauh merenung Tarik yang berorak tenang sambil mengenangkan kembali saat-saat bahagia dirinya dan Laili. Namun semua itu hanya tinggal kenangan. Kebahagiaan yang selama ini terpancar diwajahnya kian malap seiring dengan pemergian sang kekasih hati. Setelah kira-kira 30 minit menunggu, bayang Laila masih belum kunjung tiba. dia mula panas punggung menunggu sepanas api kemarahan didadanya tika itu.  

“Inilah perempuan, kalau janji tak pernah tepat.” Kutuk Aiman dengan rasa tercabar kesabarnnya. Lantaklah, bukan perempuan tu boleh dengar pun. Tapi kalau Laila dengar pun dia tidak kisah, biar perempuan itu sedar kesilapan diri.  

Jam tangan berjenama mewah yang melekap kemas di pergelangan tangannya dikerling sekejap, dia mendengus kasar. Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang.  

“Dia ingat aku tak ada kerja lain ke nak tunggu dia macam tunggul kayu kat sini!!” Sekali lagi Aiman menyatakan ketidakpuasan hatinya. Tanpa menunggu lama,handphonenya dibawa keluar dan nombor telefon Laila didail laju. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya panggilannya berjawab.  

Bisikan Kata HatiWhere stories live. Discover now