Bab 11

1K 26 11
                                    

'Huarghh…” Aiman menguap mengantuk. Jam sudah menginjak ke angka 3.00 pagi. Terus tombol pintu bilik dipulas. Laila kelihatan sudah lena tertidur di atas katil. Kakinya dibawa menuju kearah Laila yang sedang lena. Tangannya menyelak sedikit comforter yang menyelimuti isterinya, dan tangan isterinya yang sakit tadi ditarik keluar perlahan supaya tidak menjagakan isterinya.

“Huh…merahnya.” Satu keluhan terkeluar dari bibir Aiman bila melihat tangan isterinya yang masih kemerah-merahan. Diperhatikan lama tangan isterinya. Lembut sekali terasa bila kulit isterinya bersentuhan dengan kulitnya. Hatinya start jadi tidak keruan. Terasa ada satu perasaan halus yang membuai-buai perasaannya menyusup masuk ke dalam hatinya saat itu.

Dia kemudian bangun membuka almari, first aid kit dibawa keluar. Isterinya didekati semula, dan perlahan-lahan tangan isterinya itu disapu ubat dan dibalut kemas. Dia sendiri tidak sedar yang dia tertidur disisi isterinya malam itu. Mengantuk sangat.

Aiman terjaga bila sayup-sayup azan subuh kedengran dari masjid berdekatan. Tiba-tiba dia jadi kalut. Matanya laju jatuh kearah tangannya yang masih setia memegang tangan isterinya yang berbalut kemas. Terus tangan isterinya dilepaskan. Macam mana boleh jadi macam ni pula? nasib baik isterinya belum terjaga. Kalau tidak mana hendak diletak mukanya.

Kakinya dibawa melangkah ke dalam bilik air mengambil wuduk sebelum Laila terjaga. Selesai solat, kakinya menapak semula ke katil yang menempatkan tubuh isterinya yang masih lagi terlena. Matanya seakan-akan terpukau dengan ketenangan yang terbias diwajah lembut isterinya itu. Tidur pun nampak macam baby, innocent gila. Tangannya sudah terangkat dengan sendirinya, mendekat kearah pipi isterinya yang mulus. Terasa mahu diusap-usap saja pipi isterinya itu. Kemudian dia mula tersedar, terus tangannya beralih ke bahu isterinya dan digoyang-goyang beberapa kali.

“Bangun..subuh dah masuk.” Aiman memberitahu. Nanti terlajak pula solat isterinya.

Laila tersedar, namun matanya terasa pedih hendak dibuka.

“Hemm…I tak boleh solatlah.” Gumam Laila rendah. Malas mahu bermalu-malu, tangannya masih terasa pedih.

“Hari ni kau tak payah masuk pejabat la, nanti aku beritahu papa.”

kata-kata Aiman disambut dengan anggukan. Dan terus lenanya disambung kembali.

*****

Matanya dipisat-pisat sekejap sebelum dikerling kearah jam loceng di meja sebelah katil. Comforternya yang membaluti tubuhnya mula terasa panas. Laju selimut itu ditolak kebawah kakinya.

“Hah! dah pukul 9.00 pagi?” matanya terbeliak besar memerhatikan jarum jam yang jelas menunjuk ke angka 9.00 pagi. Dia sudah terlewat hendak pergi ke pejabat. Terus laju dia menuruni katil dan mengambil baju di dalam almari, mahu turun ke bawah menuju ke bilik gosok. Rasa menyesal pula tidak menggosok bajunya dari semalam. Sekarang dia sendiri yang susah.

“Laila nak pergi mana tu?” Tanya Datin Rasyidah yang baru keluar dari dapur.

“Nak pergi kerjalah mama.” Jawab Laila cemas.

“Tak payah, papa cakap Laila rehat aje dekat rumah. Tu…tangan tu sakit macam mana nak kerja? taip pun tak boleh tu.” Ujar Datin Rasyidah lagi.

Matanya jatuh kearah tangan kirinya yang berbalut kemas. Eh? Macam mana dia boleh tidak perasan tangannya sudah berbalut. Mukanya terpinga-pinga.

“Siapa yang balutkan tangan Laila mama?” Tanya Laila hairan.

“Suami kamulah kot. Siapa lagi?” Kata Datin Rasyidah selamba sebelum masuk semula kedapur.

Laila terkedu…

********

Petang itu, Laila mengambil angin petang di taman sambil duduk di kerusi yang disediakan. Datin Rasyidah datang sambil menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih. Baru hendak dihulurkan tangannya untuk membantu, Datin Rasyidah sudah memotong.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 18, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bisikan Kata HatiWhere stories live. Discover now