Bab 8

678 13 0
                                    

 “Bangunlah!! maghrib dah masuk ni, tak elok tidur time-time macam ni.” Aiman bersuara sambil tangannya menolak-nolak bahu Laila yang tertidur atas sejadah. Sudah pukul 7.30 malam, tidak elok tidur time maghrib macam ini.

  Tadi Aiman mengambil angin petang ditaman untuk meredakan debaran di dadanya, dia tahu Laila juga perlukan ruang. Mesti dia pun malu,malah lebih lagi. Kebetulan mamanya memanggil dia supaya minum petang dulu, sekurang-kurangnya dapat juga menenangkan dirinya yang sedikit huru hara tadi  

Laila terasa bahunya ditunjal-tunjal dengan jari. Sayup-sayup suara garau lelaki mula menerjah masuk ke lubang telinganya. Dia menggeliat seketika menghilangkan ngantuk matanya. Badannya terasa lenguh setelah seharian mengemas barang-barangnya tadi.  

Matanya yang terasa kelat dibuka juga walaupun masih ada lagi sisa mengantuk. Buka saja kelopak mata, Aiman sudah ada depan mata sedang mencangkung.  

Sorry, I tertidur.” Bilang Laila sambil menguap kecil. Terlupa sudah kejadian petang tadi.  

“Pergilah ambil air sembahyang cepat, aku nak mandi ni.” Arah Aiman tanpa perasaan seraya berpaling semula menuju kearah sofa. Dahinya berkerut secara tiba-tiba, bila memikirkan semula nama panggilan yang digunakan isterinya tadi.  

‘Pelik…dulu dia bahasakan diri sebagai Laila…ni dah ‘you’ ‘ I ’ pula. Detik Aiman dalam hatinya yang terasa pelik dengan sikap Laila sekarang.  

Tidak mahu membuang lebih banyak lagi masa, telekung yang terbalut dibadannya segera dibuka dan diletakkan saja diatas sejadah. Terus dirinya dibawa menghilang ke dalam bilik air  

Aiman terpaku lagi disofa. Petang tadi dia tidak perasan pula rambut Laila dah panjang macam ni. sekarang baru dia perasan yang rambut isterinya sudah panjang paras dada. Tidak disangka tempoh empat tahun mereka berpisah, sudah mematangkan gadis itu. Rambutnya yang dulu pendek paras bahu, sudah panjang separas dada. Cantik dan lembut beralun mengikut lenggok badan.  

Selesai Laila menunaikan solat maghrib, Aiman keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala separas pinggang. Terbeliak mata Laila terlihat, naik panas pipi dibuatnya. Wajahnya ditundukkan memerhati corak sejadah. Tidak tahu kemana lagi nak dibawa lari matanya.  

Agak-agaklah kalau nak buat adegan 18 sx pun. Sudah empat tahun tidak jumpa, makin solid pula badannya dia tengok. Kemudian otaknyanya mula tersedar dengan fikiran tidak senonohnya. Terus ditepuk-tepuk pipinya untuk menyedarkan dirinya.  

Aiman yang baru sahaja menyarungkan t-shirt didepan almari memandang pelik kelakuan isterinya dengan ekor mata.  

“Ada nyamuk ke dalam bilik ni?” Soal Aiman bodoh  bila melihat isterinya tertepuk-tepuk pipi sendiri. Selama dia tinggal dalam bilik ni tidak pernah pula dia diggigit nyamuk, lipas pun tidak ada dalam biliknya. Sudah dipesan berkali-kali pada Mak Mah agar membersihkan biliknya sebaik mungkin.  

“Huh?”

Satu saat kemudian baru dia tersedar pertanyaan suaminya. Segera kepalanya digeleng laju.  

“I turun dulu, nak tolong mama masak.” Terus telekungnya ditanggal dan disidai, tidak sanggup rasanya terus duduk dalam bilik ini. Jantungnya rasa macam hendak terkeluar. Boleh kena serangan jantung dia berlama-lama disitu.  

Perlakuan Laila menambahkan lagi kepelikan dalam diri Aiman yang semenjak tadi memang sudah pelik. Isterinya nampak kalut sangat. Tapi dibiarkan saja, buat apa dia mahu ambil tahu perihal isterinya. Tak penting!

******

Tangannya lincah menyusun pinggan dan cawan diatas meja makan. Larangan Mak Mah yang berkali-kali meyuruhnya dia berhenti tak dihiraukan. Dia tidak berapa selesa duduk di rumah besar itu tanpa berbuat apa-apa. Rasa macam mem besar pula. Ikan pari masak asam pedas, sayur campur dan kari ayam yang terhidang dihadapannya membuatkan dia terliur, tambah lagi gulai asam pedas yang menjadi kegemarannya ada disitu.  

Bisikan Kata HatiWhere stories live. Discover now