Chapter 7

3.7K 147 18
                                    

Telefon bimbit Hasyila berdering tanpa henti.Membuatkan telinga Hasyila sakit setiap Kali mendengarnya.Tangannya yang sedang memegang spatula untuk menyapu aising pada permukaan kek,terhenti.Siapa pula yang telefon ni?

"Assalamualaikum"Panggilan terus diangkat setelah Hasyila membersihkan tangannya yang kotor akibat terkena sedikit aising.

"Waalaikumussalam.Adik! Bila kau nak balik hah? Dah lama kau tak jenguk mak ayah dekat sini.Tahu lah sibuk dengan kedai tapi ziarah la mak ayah juga" Suara di seberang sana membebel tak henti.Hasyila membuat muka menyampah.

"Angah,angah jangan nak poyo sangat.Angah call adik sebab nak ajak adik balik kampung sama-sama kan?"suara ketawa Angahnya menjawab segala pertanyaan.

"Hahaha.Pandai adik angah! Jom lah balik kampung dik.Angah tak ada teman nak balik" Suara Angah yang tadi tegas bagaikan komander kini sudah selunak ulat bulu.

"Mengadalah angah ni! Bukan ke selama ni angah balik kampung bila cuti panjang je ke?" Hasyila duduk di atas kerusi panjang yang disediakan di pantri itu.Matanya masih lagi tertacap pada kek yang masih belum sempurna itu.

"Angah dapat cuti la.Angah kan pekerja terbaik sebab tu dapat cuti" Walaupun abang keduanya itu tidak ada dihadapannya,Hasyila terlalu yakin bahawa wajah angah pasti menunjukkan riak dan bongkak yang teramat sangat!

"Kalau engineer yang terbaik,takkan lah tak boleh balik sendiri?"sengaja Hasyila mengenakan abangnya itu.Itulah! Riak sangat.

"Ala dik..jomlah teman abang balik.Kita balik naik kereta abang.Adik mesti rindu nak naik kereta abang kan?" Mata Hasyila sudah membesar.Kereta angah? Audi tu? Ya Allah...dah lama dia teringin nak memandu kereta itu.Almaklumlah kereta mahal,bukannya macam kereta Hasyila.

"Ehem..kereta angah? Audi tu?"Hasyila cuba mengawal suara agar tidak menampakkan yang dia sudah terlalu teruja.Hampir menjerit dia dibuatnya!

"Haah,Audi tu.Adikku manis,cantik bergaya,bolehkah abang ikut bersama?*lagu raya*"

Terkeluar tawa Hasyila mendengar suara hampir sumbang angah.Dah macam katak panggil hujan.Tapi ni bukan hujan biasa,BANJIR terus!

"Tak payah nyanyilah angah! Dah macam kodok.Okaylah,adik teman angah balik"Hasyila tersengih keseorangan.

"Yes! That's why I love you so much adik!" suara angah sudah menjadi seperti kanak-kanak riang yang mendapat gula-gula.Ataupun seperti kera mendapat bunga.Okay,yang kedua lagi tepat.

"Tapi! Angah kena tolong adik jaga kedai selama....seminggu! Deal?" Hasyila sudah mengeluarkan syarat.Hampir setiap kali cuti,dia yang akan pulang ke halaman dengan angah tanpa sebarang bantahan.Tapi kali ini,Hasyila sengaja memberi syarat pula.

"Hmm..deal! Lagipun angah dah lama tak makan kek free.hahaha" Hasyila mencebik bibirnya.Cis! Nak kek percuma rupanya.Sengal punya angah!

"Kita balik besok tau! Pukul 8.Angah ambil adik dekat kedai."

"Okay.Jumpa esok" Hasyila meletakkan talian.

Tangan kanan Hasyila kembali mengambil spatula dan meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.Sedang dia khusyuk mencantikkan kek,Amar datang menjengah.

"Hasya" Wajah Amar kelihatan sebersalah.Tangannya menggaru-garu kepala yang tidak terasa gatal.

"Apa?" Hasyila mendongak memandang Amar yang berada berdekatan dengan ruang dapur.Hasyila dapat mengesan tingkah laku Amar yang agak berbeza berbanding hari-hari yang lain.

"Dia...datang lagi" Suara Amar agak bergetar ketika memberitahu perkara itu.

Mata Hasyila mulai membesar.Jari-jemarinya menggenggam erat dengan penuh rasa amarah.Tetamu tidak diundang ini sudah merubah mood Hasyila.

Cik Pastry Encik SourWhere stories live. Discover now