Chapter 10

4.8K 188 48
                                    

____________________________________
Chapter 10

Syed Haqeem tersenyum kepada seorang lelaki di hadapannya ini.Lelaki itu juga berasa ganjil apabila Syed Haqeem,seorang yang berjawatan besar mahu bertemu dengannya di sebuah cafe.

"So,dengarnya cafe ni bakal diruntuhkan,ya?" Syed Haqeem memulakan perbualan.Sengaja dia memilih Cafe Hasyila menjadi tempat dia dan En.Fakhrul melakukan perbincangan.

"Ya.Kenapa ya Tuan Syed?" Sungguh En.Fakhrul berhati-hati dalam setiap bual bicaranya.Kalau salah cakap,mahu kena potong gaji.Atau lebih teruk,kena buang kerja!

"Kenapa cafe ni nak diruntuhkan? Saya selalu datang sini.Nanti saya sedihlah tak dapat datang sini lagi" Sengaja Syed Haqeem membalas pertanyaan Fakhrul dengan pertanyaan juga.

"Cafe ni perlu diruntuhkan.Jika tidak,projek rancangan pembinaan resort pihak kami tidak dapat dijalankan" Memang BM Tinggi Fakhrul guna untuk bercakap dengan Syed Haqeem.Hampir basah dahinya akibat berpeluh.

Syed Haqeem mengukir senyum sinis."Kalau macam tu,batalkan je lah projek pembinaan resort tu"

"Hah?"Terkejut Fakhrul mendengar permintaan Syed Haqeem.Kalau projek tu tak dapat dijalankan,dia nak cakap apa pada bos?!

Tiba-tiba,Syed Haqeem mencampakkan sampul berwarna coklat tepat pada dada Fakhrul.Teragak-agak Fakhrul mengambilnya.

"Dalam tu ada cek untuk Rm 900,000.Rasanya lebih dari cukup untuk bayar ganti rugi.But! Ingat,jangan sesekali sentuh cafe ni,faham?" Suara Syed Haqeen menjadi keras.Sungguh berbeza jika dibandingkan dengan suaranya pada awal perbualan.

Fakrul tergamam.Rm9--900,000?!

Kelam-kabut Fakhrul memberi failnya kepada Syed Haqeem.Di dalam fail itu terkandung kesemua geran kedai-kedai yang telah dia ambil.

Syed Haqeem tersenyum kecil.Senang je nak bentak diorang ni.Heh.
###

"Angin bertiup~ Awan berarak~ Itu tandanya~ Hari nak hujan~"

"Sudahlah adik! Suara dah la macam katak,lepas tu panggil hujan turun pulak.Pakai pulak baju warna hijau.Memang sesuai lah jadi katak pun"Hasyiq yang sedang mengait buah rambutan itu menegur.Kalau suara tu macam Misha Omar tak apalah jugak.

Hasyila mendengus kecil.Nak nyanyi pun tak boleh.Akhirnya,Hasyila hanya bermain buai tanpa menghiraukan abangnya.

"Dah-dah la kaitnya tu,ngah.Yang nak makan kita dua je.Mak dengan Ayah bukan minat pun rambutan" ujar Hasyila apabila melihat makin banyak buah rambutan yang jatuh ke tanah.

"Siapa kata angah kait untuk kita je? Angah kait nak bagi satu kampung lah"Seloroh Hasyiq sambil perlahan-lahan meletakkan galah pada dahan pokok.

"Haa,mengarut je angah ni.Dah la,jom makan"Hasyila mengetuk-ngetuk buah rambutan pada tanah dahulu sebelum membawanya ke pondok di belakang rumah.

Hasyila paling suka belakang rumahnya.Ada bermacam perkara yang seronok.Disebabkan ini merupakan tanah peninggalan Tuk Wannya,di belakang rumah ini memang seluas padang bola.Ada ladang,di ladang ni ada banyak pokok,pokok langsat,mata kucing,manggis,pisang.Cuma pokok rambutan je yang tepi rumah,entah macam mana dia boleh tumbuh dekat situ.

Jika kita pandang pada sebelah kiri,terdapat pelbagai kandang.Ayahnya memang suka menternak,mak pula suka bercucuk tanam.Dalam banyak-banyak haiwan,Hasyila paling suka burung kakak tua yang bernama Kak Cik.

"Adik,ni kawan adik nak jumpa"Hasyiq yang mengekori adiknya menuju ke pondok kayu itu tersengih.

"Siapa?" sewaktu Hasyila berpusing ke belakang,mata Hasyila membuntang.Dan..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cik Pastry Encik SourWhere stories live. Discover now