Hafiz menggeleng kepala melihat rakan baiknya itu.Kalau ikutkan hati,memang dah lama dia ketuk kepala Haqeem! Degil! Macam batu jugak!
"Qeem,kau tau tak? Ini dah kali ke 10 dah aku teman kau pergi date dengan perempuan.Tapi,sorang pun kau tak dapat lagi? Kau ni nak perempuan macam mana lagi?"Hafiz sedikit meninggikan suara.Dia nak takut apa? Mereka berada sekarang di dalam bilik Haqeem,sudah tentulah tiada siapa yang mendengar.
"Entahlah,semua perempuan tu tak tepati ktiteria yang aku cari.."Haqeem memberi alasan.Dia pun tidak tahu kenapa.Bukannya semua perempuan yang dia bertemu janji,berpakaian seksi.Ada juga yang memakai tudung.Tapi,hatinya masih berkeras untuk mencari yang lain.
"Tak tepati kriteria?! Kau tahu tak majlis hari lahir kau tu,malam ni?! Kau masih lagi fikir pasal kriteria?! Kalau aku jadi kau,aku pilih je salah satu.Kahwin tu belakang cerita.Janji mummy dengan daddy tak bising"Sudah berbuih mulut Hafiz menasihati Haqeem.Tapi,rasanya macam masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
"Nantilah aku fikir.Kusut lah!"Haqeem menggosok rambutnya menyebabkan rambutnya yang tadi kemas,kini serabut.
"Suka hati kaulah.Aku dah penat nasihat.Kau ni memang degil!"Hafiz berleter lagi sehingga kedengaran pintu bilik Haqeem dibuka.
"Abang!"Seorang gadis remaja yang berusia 17 tahun berjalan laju ke arah Haqeem.Senyuman diwajahnya juga tidak lekang.
Senyuman terukir di bibir Haqeem.Hanya gadis ini penawar hatinya.Kenapalah dia tak pilih je gadis ni untuk jadi girlfriend? Memang taklah,HARAM!
" Ara! Baru balik dari sekolah ke?"Haqeem segera berdiri apabila adik kesayangannya itu memeluk dirinya.Manja betul adiknya seorang ni!
"Ha'ah.Ara malas nak balik rumah terus,so Ara singgahlah sini.Abang free tak?"Nazrah bertanya dengan mata yang membulat.Tudung sekolah yang dipakainya sedikit senget akibat angin yang kuat di luar bangunan ini.
"Free!"Hafiz menjawab dengan selambanya.Ara menjeling tak puas hati.
"Ara tak tanya Abang Hafiz lah.Perasan!"Nazrah memang menyampah sikit dengan si Hafiz ni!
"Eleh,Ara tu berborak dengan Abang Qeem sampai tak tegur pun Abang Hafiz.kan?"Hafiz membuat riak sayu dengan memandang lantai.Wajahnya sengaja dibiarkan jatuh memandang bawah.
"Memang lah.Ara nak jumpa Abang Qeem.Nama Abang Hafiz tak masuk dalam list Ara lah! Tak payah nak merajuk,shuuh shuuh!"Sengaja Nazrah membuat bunyi seperti menghalau haiwan.Memang dah jadi rutin untuk mereka berdua bergaduh.Setiap hari.Sampai daddy dan mummynya pun tahu.
"Eh! Dah-dah! Kalau korang berdua gaduh lagi,Abang kahwinkan Ara dengan Abang Hafiz.Nak?"Haqeem mengugut membuatkan Nazrah dan Hafiz terdiam tetapi hanya seketika.
"Kahwin? Dengan Abang Hafiz?Hahahah"Terbahak-bahak Nazrah ketawa.Perutnya dipegang kejap.
"Eii! Macamlah Abang Hafiz nak kahwin dengan Nazrah.Tak ingin!"Hafiz pula mengeliatkan badan tanda geli.
Haqeem menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Memang otak mereka berdua ni tak betul agaknya.Apalah nasib aku dapat dua orang ni dalam hidup aku.
###
"Sya,kau dah siap ke belum?Majlis tu takkan mula selagi kek tak sampai tau!"Ayuni mengherotkan sedikit bibirnya.Dah hampir setengah jam dia tunggu Hasyila bersiap.Nak kata dia make-up,menipu sangatlah sebab Hasyila berkulit sensitif.Dia memang tak pakai make-up.
"Aku dah siap dah.Kau ni kerja nak membebel je.Kek anak datin tu dah letak dalam kereta?"Hasyila menyoal sambil menyarungkan wedges berwarna putih di kakinya.
"Dah,jom cepat!"Ayuni yang memakai jubah berwarna hijau lumut,disertakan dengan shawl yang berwarna hijau epal segera memasuki tempat pemandu keretanya.
Hasyila masuk lalu melabuhkan punggung di tempat bersebelahan pemandu kereta.Sepanjang perjalanan,Hasyila terbayangkan majlis anak Datin Nazirah itu.
Anak dia tu kemain banyak songeh.Nak kek mesti 3 tingkat.Warna fondan mestilah hitam.Perisa kek wajib red velvet.Lepastu,suruh hias dengan tema yang kasual.Tak cukup dengan tu,dia tambah lagi suruh letak cupcake dengan Lolipop kek sekali! Semuanya mesti red velvet!Kepala bana punya anak Datin!
Hasyila mengeluh kecil.Seminggu juga dia,Ayuni serta si kembar menyiapkan kek itu.Kek red velvet bukan senang nak dibuat.Tapi anak lelaki datin tu tetap dengan keputusan dia.
"Tak sabar pulak aku nak tengok muka anak datin tu.Nak tengok sikit muka orang yang cerewet tahap gaban tu! Ish! Geram betul aku!"Akhirnya terlepas juga perasaan geramnya tadi.
"Kan? Aku pun teringin nak tengok muka anak datin tu.Biasanya anak orang kaya ni,handsome! Haa,meltinglah aku!"Ayuni yang masih memandu,mengipaskan tangan kirinya tanda panas yang dibuat-buat.
Hasyila mencebik.
"Kalau muka handsome tapi perangai cerewet buat apa? Apalah nasib bini dia nanti? Eh,bukan.Mesti nak cari bini pun susah.Jadi bujang terlajak lah"Ayuni tergelak sedikit mendengar kutukan Hasyila kepada anak datin itu.Betul juga kata Hasyila,anak datin tu memang cerewet!
Sampai sahaja di hotel itu,Ayuni meminta Hasyila menghantar kek itu dahulu sementara dia mencari tempat meletak kenderaan.Ramai sungguh orang yang dijemput.
Hasyila dibantu oleh dua orang pekerja hotel mengangkat kek melalui pintu belakang.Mereka meletakkan kek itu di tempat khas yang ada di dapur.
"Terima kasih"Ujar Hasyila sambil tersenyum kepada dua orang pekerja hotel itu sebelum mereka mengundur diri.
Kek itu disusun di sebuah troli khas yang bakal ditolak masuk ke dewan itu.Kek yang diselaputi fondan berwarna hitam dan putih itu dihias lawa oleh Hasyila dan Ayuni.
Selepas beberapa minit menghias kek agar lebih cantik,Hasyila berasa sakit perut.
"Yuni,aku sakit perutlah.Aku pergi toilet kejap eh?"Kata Hasyila.Ayuni memandang sekilas.
"Haa,pergilah"Sejurus selepas itu,Hasyila segera menuju ke arah tandas selepas bertanya kepada pekerja hotel itu.
Kakinya laju melangkah sambil tangan kanannya memegang perut yang semakin memulas.
"Aduh perut,sekarang pulak kau nak buat hal kan?Dah lah tandas jauh,kau sengaja je nak memulas"Sedang Hasyila membebel,tiba-tiba mukanya tersembam ke belakang seseorang.Dari gaya,macam lelaki,dengan pakai kot hitam.
###
Haqeem berpusing ke belakang selepas terasa belakang badannya dilanggar sesuatu."Hey! Jalan tu pakai mata boleh tak?!"marah Haqeem.Iyalah,orang tengah pening pasal cari isteri,dia pulak main langgar je!
Gulp!
Seorang gadis yang memakai dress cutting princess berwarna merah dengan shawl berwarna merah jambu,memandang tepat ke matanya.Aduh,mata tu jangan bulat sangat boleh tak?
"Err..sorry,encik.Saya tak perasan tadi"Gadis itu menundukkan wajah.Wajahnya seperti gelisah apabila jari telunjuknya bermain-main dengan ibu jarinya.
"Tak perasan? Apa mata kau letak kat lutut ke apa?"sinis saja Haqeem membalas.Walaupun mata gadis tadi buatkan dia terkedu, bukan bermakna dia sudah cair.
Hasyila semakin panas.Aku dah minta maaf kan? Apa lagi dia ni nak?!
"Saya dah minta maaf pun dah kira bersyukur tau,encik.Encik nak saya melutut bagai baru encik nak maafkan saya,macam tu?"Hasyila memandang semula wajah itu.Memang tak dinafikan,mamat dekat depan dia ni,memang cantik paras rupanya.Kulit putih,mata coklat.Ala-ala Tacyeon 2PM tu.
"Eleh,sanggup ke kau nak melutut depan aku ni?Kalau kau nak sangat,melututlah! Aku nak tengok sikit!"Mata Haqeem bertentangan dengan mata bulat itu.Walaupun jantung dah berdebar bila bertentang mata macam tu,tapi Haqeem masih meneruskan riak bekunya itu.
"Encik dah gila eh? Tepilah!"Hasyila menolak badan lelaki itu ke tepi dinding sehingga lelaki itu terhimpit.Sengaja dia menggunakan sikunya menolak Haqeem.Biar padan muka lelaki gila tu!
"Hoi!Sakitlah!"Haqeem mengerang apabila belakang pinggangnya dicucuk siku gadis itu.Gadis itu hanya menjelir lidah sebelum masuk ke arah tandas.
Minah ni asah siku dia ke apa? Tajam gila! Sengal habis pinggang aku! Tak apa kau,aku jumpa kau memang nahaslah!Haqeem mengetap bibirnya menahan geram.
YOU ARE READING
Cik Pastry Encik Sour
Ficção AdolescentePenghantaran kek 3 tingkat untuk majlis hari lahir anak lelaki Datin Nazirah merupakan permulaan kisah cinta ini.Nik Hasyila tidak menyangka yang penghantaran kek itu mampu merubah hidupnya.Di majlis hari lahir itu,dia diperkenalkan sebagai 'teman w...