﹏﹏﹏﹏﹏
Jeon Jungkook
"Ye,ye,aku kalau malam memang lagi hensem dari pagi tapi TAK PAYAHLAH BERIA KAU NAK JERIT CAMTU!"
Aku dah mula angkat tangan,acah-acah nak tepuk mulut dia.Terus diam dia.
"A-awak buat apa dekat sini?"
"Patutnya aku yang tanya kau,kau buat apa keluar sensorang memalam buta ni?Kalau hantu kacau kau,aku boleh terima lagi tapi kalau lelaki yang kacau kau,macam mana?" Aku dah mula tunjuk lagak seorang bapa yang bertanggungjawab,acewah.
"Emergencylah awak,fikir saya nak sangat ke keluar malam-malam macam ni?"
"Apa yang emergency sangat tu sampai tak boleh tunggu esok tu?Cuba cerita,aku dengar."
"Erk..."
Aku tenung dia dengan rasa ingin tahu sangat-sangat.
"Tak penting kut.Dahlah,bagi balik.Saya nak balik ni."
Tanpa sepatah dua ucapan perasmian,beg plastik aku buka.Ada sebungkus...
Aku angkat muka pandang dia,dia pandang aku.
"Menyesal pulak aku bukak.Nah,ambil balik."Aku bersuara perlahan sambil bagi dekat dia.
Muka dia dah serupa tahan berak,actually dia tahan malu tu.Fikir kau sorang je malu?
"Dahlah,saya balik dulu."
"Aku ikut kau."
"Tak payahlah."
"Aku tak minta pendapat kau."
Aku tayang muka sendep sambil pandang dia.Dia tayang muka redha sebelum dia mengatur langkah,diikuti aku.
"Erm,sunbae."
"Mm."
"Kenapa sunbae sejak kebelakangan ni baik sangat dengan saya?"
"Baik ke?Aku rasa biasa-biasa je aku layan,kau yang syok sendiri ni."
Diam terus kau.
"Sunbae ada crush?"
"Ada."Balas aku malas.Aku perasan dia terus toleh pandang aku.Jeleslah tu.
"Siapa?"
Aku pandang dia,dia pandang aku.
"Apahal aku kena bagi tahu kau siapa crush aku?Kau apahal?"Aku tayang muka kerek. Wait,wait,aku memang selalu buat muka kerek.
"Cehhhh."Dia jeling aku.
﹏﹏﹏﹏﹏
Heo Binjeon
"Binjeon,pinjam tandas!!!Aku nak yak,dah tak tahan ni!Ini dah bagaikan telur di hujung tanduk ni,tolong!"
Aku dah mula was-was.Dah malam ni,aku dahlah duduk sensorang kat rumah.Nanti kalau pencegah maksiat datang rumah macam mana?Aku tak nak kahwin dengan dia!Omenji,nanti aku kena paksa kahwin dengan dia lepas tu sampai ke sudah dia berdendam dengan aku.Satu hari dia mabuk minum todi,aku malam tu seksi sangat,dia pun tak menahan tengok aku, persenyewaan berlaku.Lepas tu,aku ngandung anak dia.Dia tak suka,dia seret aku pergi klinik,kasi gugur anak dia.Lepas tu dalam proses menggugurkan tu,aku meninggal sebab bleeding tak sudah.Amboi sadis.Kalau nak idea ni,mohon pm Binjeon.
"Woi,cepatlah!"
Tengah aku sibuk rangka fanfic sendiri,mamat tu dah terlompat-lompat menahan.
Kesian pulak aku tengok.
Pintu pagar aku buka.
"Cepatlah!Yak leklok!"
"Ish,tahulah!Fikir aku anjing ke apa?!"
﹏﹏﹏﹏﹏
Hujan yang tadinya renyai-renyai sekarang dah mula lebat.Aku jeling pintu tandas yang dari tadi tak buka-buka.
Aku pun tak faham mamat tu sebenarnya buat perkumuhan ke ukir nama aku dengan dia dekat mangkuk jamban pakai pahat tepi serong.
"Ah,leganya~"Serentak dengan kata-kata itu,bunyi flush kedengaran sebelum pintu tandas terkuak.
"Lambat betul buangnya."
"Aku dalam seminggu,sekali je aku buang dan hari nilah harinya.Aku buang untuk seminggu tu."Selamba dia cakap benda menjijikkan dekat aku.
"Wei,bunyi apa tu?"Dia mendongak memandang atas.
"Hujan ke wei?!Halah!Macam mana aku nak balik?!"Dia dah mula tak senang duduk.Terus dia berlari ke ruang tamu sebelum langsir dia selak.
"Telefonlah mak bapak awak,suruh datang ambil."Aku bagi cadangan bernas.
"Phone aku tengah cas kat rumahlah."
"Guna phone saya."
"Kau tengok muka aku ni macam suka hafazan ke?Aku manalah hafal nombor tepon diorang!"
"APA?!HABIS TU MACAM MANA SEKARANG NI?!ALAH,Awak balik jelah,belum pernah saya dengar orang mati kena hujan."
"OH MAK KAU!"Aku melatah bila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman petir.
"Tapi aku pernah dengar orang mati kena sambar petir."
Okay,jangan cakap dia nak stay dekat sini. Bertenanglah,setakat mamat jambu macam ni.Kau sepatutnya teruja,dia kan crush kau.
Ye tak ye juga kan?( ̄∀ ̄)
﹏﹏﹏﹏﹏
YOU ARE READING
Dear Dumb Diary
FanfictionBila crush kau notice yang mak bapak kau pernah cipta kau ke dunia ni tapi dia reject kau; duh,kira untung mamat tu tahu kau tengah hidup.