﹏﹏﹏﹏
Heo Binjeon
Cawan dekat dalam besen(?) aku capai sebelum aku jeling Jungkook yang bersungguh-sungguh basuh dulang dekat depan aku.Tiba-tiba dia angkat muka, pandang aku.
"Yang kau pandang aku macam tu kenapa?!"
"Ini semua salah sunbae!Kalau sunbae tak menyibuk makan dalam kelas tadi,tak adanya saya kena ikut denda cuci pinggan mangkuk semua ni!"
"Oh,kau nak salahkan akulah ni?Aku punyalah caring pasal kau,sekarang ni kau nak salah akulah?Cis,menyesal aku buat baik dengan kau!Semua salah pengawas tulah,tak amanah!"
Aku cuma mampu pejamkan mata,menahan geram.Boleh tahan bongok lelaki ni.
"Wak kantin ni pun satu,macam saja nak menyakitkan hati,siap dengan motor-motor dia sekali suruh kita basuh,apa dia fikir aku tak ada perasaan?!"
"DIAM!"Marah aku sambil baling cawan tadi ke dalam besen yang penuh dengan air,geram punya pasal.Masalahnya mamat ni banyak sangat bunyi,kalah aku yang perempuan ni!
Splash!
Aku dan dia sama-sama terkejut bila air terpecik ke seluar dia.Maaflah,aku memang atlet lontar peluru.
Aku perlahan-lahan angkat muka pandang dia,dia tayang muka tak percaya pandang seluar dia sebelum dia angkat muka,pandang aku.
Aku tayang muka bersalah.
"YA TOHAN BENJO!!!WHAT HAVE YOU DONE!BASAH SIAKKK!INI BUKAN SETAKAT LUAR,DALAM PUN KUYUP!!!"Dengan english pelat dia marah aku.
Aku cuma mampu tayang muka mengaku kesalahan diri sendiri.Aku nampak dia dah mula capai jug sebelum dia cedok air dari dalam besen.
Jap,jap,kau nak buat apa tu?!Weiii,jangan cakap kau nak—
Dush!
Aku pejamkan mata bila dia dengan bersungguhnya curahkan air tadi ke aku.Dapat rasakan badan aku basah.
"JEON JUNGKOOK,WHAT HAVE YOU DONE?!"
"REVENGE."
﹏﹏﹏
Jeon Jungkook
Basikal aku tolak keluar dari perkarangan sekolah sebelum kepala aku telengkan ke kiri,kosong.Kali ini aku menoleh ke kanan, kelihatan seorang budak pendek tengah terkedek-kedek berjalan.
Basikal aku tongkatkan sebelum aku mengejar dia namun sampai saja beberapa tapak dari dia,aku berjalan dengan gaya paling cool.Tak nak tunjuk macam aku ni excited,pfftt.
"Woi."Panggil aku namun dia langsung tak menoleh.Merajuklah tu kononnya,ceh.
"Binjeon Anak Perempuan Heo,aku panggil kaulah."
Okay,dia palau aku untuk kali kedua.Aku memang tak boleh terima kenyataan yang menyakitkan ni.Serius.
Aku membuka beberapa langkah sebelum aku berdiri tepat di hadapan dia,menghadap dia.Aku menunduk,duh. Menyesal dekat-dekat,tengok sekarang. Ketinggian tak sekata.
"Tengok aku."
"Malas nak mendongak."Balasnya selamba.
Habis tu,aku rajin sangatlah nak menunduk ni?Haish.
Akhirnya aku mengalah,aku mengundur beberapa tapak.Sekarang aku pandang dia.
Baru aku perasan dia tak pakai blazer dan tak pakai…
Tak pasal-pasal muka aku membahang.Aku blushing ke kawan-kawan?
Heo Binjeon
Aku nampak dia alihkan pandangan bila aku pandang dia.Muka pun dah merah padam.Apahal?
"Kau memang sengaja nak aku tolak kau masuk semak ke?Teringin nak buat last night dengan aku?Apasal tak pakai blazer?"Tanyanya tanpa memandang aku.Aku perasan dia curi-curi tengok aku sebelum dia pejamkan mata dan mulut terkumat-kamit benda bukan-bukan.
Dah aku basah kuyup,tak kan nak pakai blazer kut.Kang berkurap,dia juga yang tak nak!
"Apa?Saya nampak seksi sangat ke dekat mata awak sampai tanya saya soalan macam tu?"Dengan lagak paling diva aku bertanya.
"A'ah memang seksi,dengan tak pakai singletnya,patutnya kau dah kena denda lima puluh cen tahu!"
Omenji,maigad,ohhemjeee!!!Patutlah bangla jual roti tadi lalu pandang aku semacam je!!
Kelam-kabut aku buka beg sebelum blazer aku tarik keluar.Dengan kepantasan luar biasa,blazer aku sarungkan ke badan.
"Tak payah nak berialah!Orang dah pakai blazer pun!"Marah aku sambil jeling dia.
Perlahan-lahan dia pusingkan kepala menghadap aku.Sempat dia scan body aku,taguna.
"Setakat budak tak cukup tinggi macam ni,tak bergetarlah tulang rusuk aku."
Yalah tu,padahal tadi punyalah beria dia.
"Dahlah tepi,saya nak balik."
"Esok jangan lupa,rehat dengan aku."
"Kalau saya tak nak?"
"Aku tahu kau nak,jangan nak jual mahal sangat,aku tumbuk nanti."Dia tayang penumbuk dekat aku sebelum dia berjalan meninggalkan aku.
Apa-apa jelah.
Tapi betullah tu.Crush kut.( ̄∀ ̄)
﹏﹏﹏
Sorry kalau tak best or berterabur,sebenarnya ini kali kedua menaip,draft sebenar telah dihilangkan dari radar oleh si limau mandarin.
Triple update,hagagaga.ヾ(*´∀`*)
![](https://img.wattpad.com/cover/88011303-288-k302493.jpg)
YOU ARE READING
Dear Dumb Diary
FanfictionBila crush kau notice yang mak bapak kau pernah cipta kau ke dunia ni tapi dia reject kau; duh,kira untung mamat tu tahu kau tengah hidup.