J

770 116 8
                                        

﹏﹏﹏﹏﹏

Heo Binjeon

Aku duduk bersila dekat atas sofa bertentangan dengan Jungkook yang turut duduk bersila di atas sofa dekat depan aku.

Aku pandang dia,aku nampak mulut dia terkumat-kamit macam bercakap.Mana dengar duh.Aku dahlah memang pekak macam biawak,ditambah pulak dengan hujan lebat,mana nak dengar.

"APA?!"Aku dengan suara jantan bertanya.

Aku nampak dia dengan sakit hatinya bercakap sambil tangan tak habis-habis bergerak suruh aku mendekat.

Tak nak aku.

Muka aku yang tadinya cover cun terus bertukar buruk lagikan jijik bila tengok Jungkook yang mendekat,terkejut habaq hang.

Dia ambil tempat duduk dekat sebelah aku.

"Takut sangat apahal?Fikir aku otak kuning kebiru-biruan macam kau?"

"Mana ada!"

"Cehhh,tengok muka kau bila pandang aku pun aku dah tahu."Selamba dia bercakap sebelum dia bersila dekat sebelah aku.Peha dia yang hempap peha aku,aku pandang. Taguna.Nasib baik crush aku lagikan hensem,kalau tidak memang ak—okay aku memang selalu cakap besar.

"Pergilah tidur.Nanti kalau hujan dah reda,aku balik."Dia bersuara sambil sandarkan badan.

Aku geleng kepala.Dia duduk tegak balik.

"Apasal?Takut dengan aku eh?"Dia pandang aku lepas tu sengih.

"Bukanlah."

"Habis tu?"

Jari telunjuk aku tunding ke atas sebelum aku pandang atas sekilas.

"Hujan."

﹏﹏﹏﹏﹏

Jeon Jungkook

Aku bangun dari duduk bila bunyi titisan hujan tidak lagi kedengaran.Binjeon yang tertidur dalam posisi duduk di atas sofa aku pandang.

Dengan mata yang separuh terbuka,mulut melopong,kepala mendongak aku pun tak pasti minah tu mimpi apa.

Niat dekat hati,nak blah macam tu je tapi kesian pulak tengok dia tidur macam tu. Kalau biarkan sampai esok pagi,kompom sakit badan.

Ah,lantaklah.Pandai-pandailah dia hidup,life dia.

"Woi."Bahu dia aku tolak perlahan.Tak ada reaksi.

"Aku balik dulu."Aku bersuara perlahan sebelum aku melangkah ke pintu rumah.

Gedebuk!

Terus aku menoleh dengan muka terkejut. Mahu tak terkejut,bunyi macam kereta buruk jatuh dari langit,macam dalam mv FIRE,gitew.

Aku nampak minah tu dah terbaring meniarap dekat atas karpet.Itu pun masih boleh sambung tidur tu.

Aku geleng kepala.Aku kembali mendekatinya dengan niat nak membalas jasa.

﹏﹏﹏﹏﹏

"Berat betul,menyesal tadi acah-acah nak tolong.Badan je kecik tapi gemuk namatey."Bebel aku sambil dia.

Entahlah,nak kata gaya pengantin pun tak juga cara aku angkat dia ni.Gaya angkat tong gas kut.Tak payah fikir sangatlah macam mana aku angkat.

Sekarang mata aku melilau mencari bilik. Kini mata aku tertumpu ke pintu yang tergantung papan bertulis 'Jeon'.

Amboi kau,nama keluarga aku tu.Ada jodoh nampak?

Aku agak itulah bilik dia.Jeon,singkatan Binjeon mungkin.

Aku melangkah mendekati pintu tersebut sebelum aku bersusah-payah memulas tombol pintu sebelum daun pintu aku tolak.

Bapak semak!Bersepah kut!Budak seni ke apa minah ni?!Serabut aku tengok.

Segala baju,seluar kotor yang kecik mahupun besar yang bertaburan di atas lantai aku sepak sambil-sambil aku melangkah mendekati katil.

Sampai je katil,aku hempas dia dekat katil.

"Ew,geli aku."Komen aku sambil tayang muka jijik dengan mata memerhati sekeliling bilik dia.

Aku kembali menghadap dia.Dia masih nyenyak tidur.Aku raup muka,malu sendiri tengok dia tidur terlentang,terkangkang semua.Selimut yang bergumpal dekat hujung katil aku ambil sebelum aku tebarkan,pfffttt macam roti canai pulakkk.

Aku selimutkan dia.Bilik dia yang bersepah aku perhati lagi.

"Macam ni nak dibuat bini?"Perli aku sambil jeling dia.

﹏﹏﹏﹏﹏

Dear Dumb DiaryTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang