CINTA KURMA AYAM by Norhayati Arif

136 6 0
                                    


  " Saya suka dan sayangkan Awak Cik Anisa, ikhlas dari hati saya, dah lama saya simpan hasrat hati cuma takut untuk berterus terang , risau jika orang tu dah berpunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  " Saya suka dan sayangkan Awak Cik Anisa, ikhlas dari hati saya, dah lama saya simpan hasrat hati cuma takut untuk berterus terang , risau jika orang tu dah berpunya. Saya berani berterus terang kini setelah Zuraini beritahu yang awak masih solo dan awak juga suka kan saya, betul ke Anisa? Tolong jawab biar kita selesaikan hal ini sebelum ada yang terluka, saya tahu saya ni tak pandai mengayat apatah lagi bermadah, rupa pun mencuka tak ada manisnya. Seorang yang garang mungkin" Encik Rayyan menuturkan bicara lagi.

*********

 " Anisa, sudikah awak menerima hadiah istimewa pertandingan memasak itu, iaitu menjadi suri rumah saya selamanya, awak dah menangi hati Mama dan Tok Mah saya juga, itu sebenarnya hadiah misteri dan rahsia mengapa saya buat pertandingan. Untuk buat Mama dan Tok Mah setuju kerana masakan Kurma Ayam adalah lauk kegemaran kami sekeluarga, Arwah Papa yang masak, bila Mama rasa hari itu dia menangis sebenarnya sebab rasa masakan awak serupa macam Arwah Papa". 

*********

"Anisa, Nisa ..hei tenguk sini sayang" Encik Rayyan membongkok untuk melihat wajah Anisa. 

" Saya mohon diri dulu Encik Rayyan, lama dah saya kat sini, nanti apa pula kata staff yang lain" kata Anisa lalu ingin beredar. 

Belum lagi pintu dibuka, Encik Rayyan mendekat, "Anisa jawab dulu permintaan saya, jangan tipu diri sendiri, saya tahu awak juga ada perasaan pada saya , Anisa beri saya peluang untuk membahagiakan awak" luah Encik Rayyan.  

***********

Apa jawapan Anisa ya? 

Jika nak tahu boleh dapatkan himpunan cerpen ini dari salah seorang penulis di cover belakang buku....

Stok terhad dan tiada dijual di kedai buku ya.

ANUGERAH SEBUAH CINTAWhere stories live. Discover now