Diletakkan artifak lama itu dihadapan Datuk Rashid. "Abah tahu apa yang ada dalam kotak ni?"
Datuk Rashid yang sedang duduk dimeja kerjanya mendongakkan muka memandang Suraya. Dia membelek kotak kayu jati berwarna coklat gelap berukiran bunga kemboja. Penutup kotak kayu itu dibuka kemudian Datuk Rashid mengeluarkan sekeping kertas nipis berwarna coklat lusuh yang bergulung.
"Atas kertas itu adalah lakaran strategi serang hendap terhadap tentera Siam semasa Perang Berbisik tahun 1821. Pahlawan kita berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kembali Kedah. Rumah pusaka itu pernah menjadi markas bagi pendekar ini berkumpul dan berbincang."
"Habis kamu nak abah buat apa dengan rumah tu? Jadikan muzium! Dah beratus tahun peristiwa itu berlaku. Siapa pendekar tu pun kita tak tau. Jadi apa kepentingannya kalau kita simpan rumah tu?"
"Rumah tempat abah dibesarkan pernah jadi tempat perbincangan untuk selamatkan bangsa dan tanah air. Abah tak rasa bangga ke? Abah tau tak binaan rumah tu dibuat menggunakan teknologi tanpa paku. Dah beratus tahun usia rumah tu tapi masih teguh berdiri. Zaman sekarang ni susah nak jumpa rumah macam tu, nilai estetika terlalu tinggi!"
*********
Best dan ada kelainan kan?
Jika nak baca cerita seterusnya .... contactlah salah seorang penulis di belakang cover buku. Stok terhad dan tiada dijual di kedai.
YOU ARE READING
ANUGERAH SEBUAH CINTA
RomanceSEBUAH HIMPUNAN CERPEN DARI PENULIS-PENULIS BERBAKAT 1. Ukiran Rindu by Seera Diex 2.Monolog Sebuah Cinta by Shifa shahirah 3. Cinta Yang Diatur by Fariesya Fauzi 4. Cinta Kurma Ayam by Norhayati Arif 5. Seorang Laila untuk Qais by Emma Kassim 6. Ak...