Ini cerpen Kak UN dalam himpuan cerpen Anugerah Sebuah Cinta
sedikit teaser ye...
Cerpen ini berdasarkan kisah-kisah Kak UN pergi Korea hari itu....
Boleh dapatkan buku ini dari Kak UN atau penulis-penulis lain . Ianya limited , stoknya dicetak sedikit sahaja, dan tiada di kedai buku ye.
______________________
Gina merenung skrin komputernya. Hari-hari dia mendapat email dari Abang Ghazali. Abang Sayang ni tak pernah jemu-jemu mengirim bait-bait ayat untuk mengajaknya mencari Tuhan. Namun hati Gina masih keras. Gina suka kehidupannya sekarang. Dia bebas dan dia gembira. Mestikah dia mengubahnya? Haruskah cinta seiring dengan cara hidup? Jika sudah selesa, mengapa mesti ditukar? Cadangan Abang Ghazali sungguh tak masuk akal!
Musim bunga bertandang lagi. Akan tetapi kali ini sangat sepi tanpa Abang Sayang. Hari-hari Gina menunggu kehadiran si dia. Seperti tahun lepas... tiba-tiba sahaja Abang Sayang menjengahnya. Namun, harapan tetap tinggal harapan, yang datang hanyalah email sahaja, bukan orangnya. Tidak lama selepas itu email pun tidak muncul lagi. Sepotong ayat pun sudah tiada menyapa dirinya.
Gina kehilangan, kesunyian, kekosongan! Abang Sayang terus menyepi dan Gina sudah kehilangan arah kehidupan. Kali ini dia betul-betul tewas . Hidup bebas yang dibangga-banggakan sebelum ini sudah menjadi penjara derita, tiada lagi keindahan, apatah lagi ketenangan dan kedamaian...
YOU ARE READING
ANUGERAH SEBUAH CINTA
RomansaSEBUAH HIMPUNAN CERPEN DARI PENULIS-PENULIS BERBAKAT 1. Ukiran Rindu by Seera Diex 2.Monolog Sebuah Cinta by Shifa shahirah 3. Cinta Yang Diatur by Fariesya Fauzi 4. Cinta Kurma Ayam by Norhayati Arif 5. Seorang Laila untuk Qais by Emma Kassim 6. Ak...