Ceritha 7

21 7 0
                                    

"BRO NI macam mana nak buat? Apahal kitorang buat dari tadi tak imbang-imbang?" Tanya Hafiz kepada Danish yang baru balik dari kantin. Amin mengiyakan. Kelas kosong, hanya ada Amin dan Hafiz sahaja dalam kelas itu. Lambat lagi waktu rehat tamat.

"Anta tak turun rehat ke?"

"Puasa," jawab Hafiz pendek.

"Kau pulak?" Muka Amin dipandang.

"Pokai," balas Amin sengih kambing.

"Laa tak cakap. Kalau tahu tadi aku belanja."

Danish bila dengan Amin saja dia beraku engkau manakala dengan kawannya yang lain tidak. Sekolah itu sememangnya menerapkan supaya para pelajarnya menggunakan panggilan ana-anta-anti. Pergaulan antara laki perempuan juga perlu dijaga.

Danish mengambil tempat di sebelah Amin. Dalam kelas tempat duduknya bersebelahan dengan Amin. Hafiz pula dihadapannya.

Soalan akaun itu dibaca lalu meneliti jawapan yang telah dibincang oleh kedua rakannya itu.

"Jualan bersih ni terkurang kosong. Sepatutnya enam puluh ribu tapi korang tertulis enam ribu. Kalkulator?" pinta Danish.

"Nah," hulur Hafiz.

Sesekali tangan Danish membetulkan angka di penyata pendapatan dan kunci kira-kira.

"Tadaa, imbang," ujar Danish.

"Hek eleh. Tu je ke salahnya. Soalan ni pon satu banyak sangat kosongnya," bebel Amin.

"Agaklah. Bila satu salah, satu akaun efek," sokong Hafiz. Danish hanya tersengih mendengar komen rakan-rakannya.

"Minggu ni korang balik tak?" Tanya Danish

"Tak," Amin dan Hafiz geleng. Mana taknya masing-masing rumah jauh. Hafiz nun Kedah sana manakala rumah Amin dekat Johor.

"Cuti tiga hari je."

"Jomlah balik rumah aku. Sabtu ni ada kenduri. Along aku kahwin," pelawa Danish.

"Wah lama dah aku tak pekena nasi minyak. Dah kau ajak aku ikut je la," laju saja Amin bersetuju.

"Anta?" Perhatian dialih kepada Hafiz.

"Okay. onz," balas Hafiz turut bersetuju.

"Cantik."

BONET KERETA dibuka lalu masing-masing memasukkan beg baju mereka ke dalam bonet itu.

"Mak, sihat?" Tanya Danish sebaik sahaja memasuki kereta. Tangan tua itu disalam.

"Alhamdulillah," jawab ibu Danish lalu tersenyum.

"Ni Dani ada bawak bala tentera sekali untuk rewang," beritahu Danish. Tempat duduk belakang dikerling. Kening sebelah sengaja diangkat penuh makna.

Senyuman Mak Cik Hani makin lebar. Amin dan Hafiz di belakang pula sudah mula berbalas pandang. Habislah.

"HAH BARU NAMPAK muka teruna tiga orang ni," tegur Tok Jah, nenek Danish.

Masing-masing tersengih macam kerang busuk. Lepas Zohor tadi mereka ingat nak baring-baring sekejap. Sekali tertidur sampai pukul empat petang. Nasib baiklah Danish terjaga sebab dengar bunyi kecoh dari luar. Segera dia mengejutkan Hafiz dan Amin bila sedar yang mereka dah terlajak tidur.

"Apa bising-bising kat luar tu tok?" Tanya Danish. Amin dan Hafiz pula terhendap-hendap di tingkap dapur nak tengok apa yang terjadi kat luar.

"Orang sembelih lembu," jawab Tok Jah. Tangannya ligat memotong bawang.

"La, kenapa tak panggil kami tok. Kami boleh tolong lapah daging lembu tu. Jom Amin Hafiz kita keluar."

"Tak payah. Abang kamu empat orang tu dah tolong ayah kamu lapah lembu tu kat luar. Lembunya dua ekor je, yang nak pi lapah ramai-ramai tu buat apa," balas Tok Mah mematikan langkah mereka.

"Habis tu kami nak buat apa tok?" tanya Danish. Nak tolong dirikan khemah, waktu mereka sampai sebelum Zohor tadi dah siap pasang kesemuanya.

"Tolong tok kupas bawang. Banyak lagi ni haa. Cili ni pon tak dipotong lagi. Nak harapkan anak dara, kamu mana ada adik-beradik perempuan." Tok Jah mula mengarah. Danish mempunyai empat orang abang dan dia merupakan anak bongsu.

Mereka bertiga berpandangan. "Menangislah kita kejap lagi," kedengaran Amin berbisik.

Mereka duduk dalam bulatan. Tengahnya terdapat dua bungkus guni kecil bawang yang masih penuh isinya.

"Kupas semua ni ke tok?"

"Ye".

"Ok kita mulakan usrah bawang kita dengan Ummul Furqan,Al-Fatihah," pecah tawa mereka mendengar lawak dari Hafiz.

"Nish, tak ada helmet ke? Mata ana start pedih dah ni," tanya Hafiz.

"Anta nak buat apa?"

"Kat rumah kalau mak ana suruh potong bawang. Helmetlah yang ana capai dulu. Pakai masa tengah potong bawang tak nak bagi aura pedih masuk mata," terang Hafiz. Amin bantai gelak. Danish hanya menggeleng kepala.

"Kau pula tak nak guna apa-apa perisai ke?" tanya Danish kepada Amin pula.

"Tu cermin mata sapa atas almari tu? Dari tadi aku dok perhati je," balas Amin bersahaja.

"Korang ni macam-macamlah," gelak Danish. Kerja memotong bawang ditinggalkan sebentar. Helmet yang terdapat di almari kasut dicapai. Cermin mata hiam yang ayahnya selalu guna untuk memesin rumput juga disambar. Kemudian diberikan kepada kedua rakannya. Turutkan sahajalah permintaan diorang ni. Kesian pula dia tengok drama air mata diorang. Kerja memotong bawang yang tergendala tadi diteruskan.

"Korang buat apa ni?" Soal Pak Cik Syuib, ayah Danish sebelum mengekeh ketawa. Along yang juga baru sahaja melangkah masuk ke dapur turut gelak sakan.

"Style giler korang potong bawang."

Amin dan Hafiz yang sedar mereka menjadi tumpuan ramai turut ketawa. Malu sebab kena gelakkan tu adalah sikit tapi takkan nak tanggal perisai mereka pula. Pedih mata woo. Bawang depan mereka ada seguni lagi tak berkupas.

"Inilah gayanya kalau orang jarang masuk dapur," sampuk Tok Jah. Kepala digeleng.

"Anta sini kejap. Tolong angkat besin ni ke singki," panggil Tok Jah.

"Tok, panggil siapa tok?"

"Anta laa yang pakai helmet tu. Sini kejap. Terhenti mereka mengupas bawang. Pelik.

"Tok, kenapa panggil saya anta. Nama saya Hafiz lah tok," balas Hafiz.

"Laa ye ke. Bukan apa, tok dengar si Dani ni dari tadi panggil kamu anta, anta, tok ingatkan nama kamu memang anta," jawapan selamba dari nenek itu membuatkan dapur itu makin riuh dengan tawa mereka.

"Ye la tok," Hafiz hanya mengiyakan lalu mendekati basin yang dipenuhi cili.

"Hah pengantin ni, kenapa ada kat sini pula," Tok Jah bersuara lagi.

"Lapah lembu dah siap tok. Dah tak ada kerja lain nak buat along tolonglah mereka ni kupas bawang," jawab Along.

"Suka hati kamulah. Esok kamu bersanding bau bawang jangan salahkan tok," sahut Tok Jah bersahaja. Danish yang mengetawakannya dipandang tak puas hati.

"Dani, sejak bila engkau kebal bawang ni? Nak kata kau selalu tolong mak kat dapur. Hmm memang taklah. Releks je aku tengok kau potong bawang," soal Along.

"Aah lah. Tak menangis pon dari tadi. Tengok aku walaupun dah pakai protection ni still mata pedih," sampuk Amin menyokong. Hafiz turut mengiyakan. Muka Danish dipandang ingin tahu.

Danish tersengih. Kening sengaja diangkat sebelah. Dua tiga kali. Poket seluar diseluk lalu dia tayang kertas pembalut hijau yang bertulis 'paper mint'.

"Chewing gum?"

Bila Kasut BercerithaWhere stories live. Discover now