Ceritha 9

24 6 1
                                    

"ALIRAN FIZIKAL berlaku apabila isi rumah menawarkan faktor-faktor pengeluaran kepada firma," terang Cikgu Murni di hadapan kelas. Khusyuk Amin mendengar apa yang diajar. Tanganya ligat mencatat nota.

"Aliran wang pula berlaku bila firma menawarkan barang kepada isi rumah".

Sesekali matanya menjeling ke sebelah kirinya. Biar jelah malas nak kejut. Kelihatan Danish tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Mengantuk betul si Danish ni. Nak kata semalam dia tidur lambat sebab tengok bola tak juga. Baru minit yang kelima belas kepala Danish dah selamat landing dekat bahunya.

Matanya beralih pula ke meja hadapan. Hafiz. Tegak badannya mendengar apa yang diajar oleh Cikgu Murni. Tak toleh kiri kanan langsung. Fokus betul mamat seorang ni. Hafiz kalau dekat luar kelas susah nak tengok dia sefokus itu. Waktu prep, orang lain semua sibuk study. Hafiz pula komik yang dihadapnya. Tak pon lawan catur dengan Apek. Dalam dorm tu mana pernah nampak Hafiz beria study. Asyik dengan novel Ramlee Awang Mursyidnya saja. Pernah sekali dia buka loker Hafiz. Bertimbun dengan buku penulis thriller terkenal itu.

Perhatiannya kemudian kembali semula kepada Cikgu Murni. Kelihatan Cikgu Murni sedang melakar rangka aliran fizikal dan aliran wang pada papan putih. Aliran itu dibezakan dengan warna dakwat yang berlainan.

"Danish," panggil Cikgu Murni sebaik sahaja siap melakar.

Terpinga-pinga Danish sebaik sahaja dengar namanya dipanggil. Matanya terus segar. Amin dipandangnya. "Cikgu panggil aku ke?"

Amin menahan tawa melihat Danish yang kelam kabut berdiri tetapi masih mamai itu. Kepala diangguk.

"Ye cikgu."

"Saya nak awak isi maklumat macam dalam buku pada rajah kedua aliran yang saya dah lakarkan ni," arah Cikgu Murni. Agaknya dia perasan Danish tersengguk dari tadi.

Terus Danish keluar ke hadapan kelas tanpa membawa buku ekonomi. Selesai mencoret di papan putih dia kembali semula ke tempat duduknya.

Amin hanya menggeleng kepala. Rajah aliran di buku dan papan putih dibandingkan. Sama. Sebiji macam dalam buku. Sebab itulah tadi dia tak kisah sangat tengok si Danish tersengguk-sengguk. Tidur-tidur pon boleh faham apa yang cikgu ajar kat hadapan. Faham sangat dah tabiat kawannya yang seorang ini. Cikgu start mengajar je mesti tersengguk tak pon kepala nya terus melekat atas meja, gaya superman.

Kadang-kadang Amin cemburu melihat cara belajar kedua orang sahabatnya itu. Dia kalau baca buku dua tiga kali pon belum tentu masuk. Dalam kelas pula bukannya fokus sangat waktu cikgu ajar. Macam sekarang nilah sibuk perhati gelagat rakan-rakanya dalam kelas.

"Jom rehat," ajak Danish sebaik sahaja Cikgu Murni keluar dari kelas.

"Korang pergilah dulu. Aku nak kena pergi bilik mesyuarat kejap. Cikgu Adibah nak jumpa," beritahu Amin.

PERLAHAN-LAHAN dia menghirup teh. Lengang suasan di dewan selera itu. Tak sampai sepuluh orang pelajar pun yang berada di situ memandangkan ramai yang sudah turun beriadah di padang. Jam dinding dewan makan dikerling sekilas. 5.10 petang. Manalah perginya si Amin ni. Janji pukul 5 nak gerak sama-sama pergi padang.

Bola dan kayu pemukul hoki yang terbaring di atas meja dia capai lalu bola itu diletakkan di lantai. Perlahan-lahan dia memukul bola itu. Kedua belah kakinya dijadikan penghadang agar bola yg dia pukul tidak pergi jauh daripadanya memandangkan dia bermain dengan alatan hoki itu dalam keadaan duduk. Sambil tangannya mengawal pergerakkan bola itu fikirannya mula melayang entah ke mana. Kejap fikirkan pasal kerja sekolah kemudian melayang memikirkan menu apa makan malam nanti.

"Eh, mamat ni. Dah lama aku tunggu ni. Nak dekat setengah jam dah ni," ngomel Danish bosan menunggu.

"Nak pergi main hoki ke," tegur Abang Man yang merupakan salah seorang petugas di dewan makan itu. Lelaki itu sedang menolak troli yang penuh dengan pinggan ke bahagian rak pinggan yang berhampiran dengan meja yang sedang dia duduk. Kemudian tangannya mula ligat menyusun pinggan memenuhi rak tersebut.

"Tak, tengah tunggu kawan. Dia minta tolong bawakkan barang-barang dia ni," balas Danish. Tadi dia terserempak dengan Amin lepas solat Asar dekat masjid. Waktu tu Amin baru je nak solat. Memandangkan Danish hendak naik ke bilik sekejap tukar baju sukan, Amin minta tolongnya untuk amilkan dia punya peralatan hoki. Mereka sudah berjanji untuk jumpa di dewan makan. Tapi sampai sekarang batang hidung si Amin tu dia tak nampak.

Tangannya yang leka bermain hoki tadi dihentikan lalu dia bangkit mendekati Abang Man. Danish mencapai pinggan putih yang bertingkat itu lalu menyusunnya sengaja mahu membantu lelaki itu.

"Dengar cerita ada kes dekat aspuri. Betul ke?" tanya Abang Man tiba-tiba.

"Huh? Kes apa?" Danish blur.

"Kes orang pecah masuk."

"Iya ke? Tak pasti la pula. Mana abang dengar cerita ni?" Danish pelik. Kenapa dia tak tahu pon.

"Pagi tadi kecoh makcik-makcik dewan makan ni bercerita. Diorang kata ada cikgu yang bagitahu," terang Abang Man.

"Hrm, betulah tu Abang Man. Ada orang pecah masuk asrama puteri," tiba-tiba Amin menyampuk kemudian dia lemparkan sengihan kearah Danish.

"Woi, kau pergi mana? Lama betul aku tunggu. Dah nak pukul 6 dah ni," Danish melihat jam di tangan. Geram.

"Sorry Nish. Sebab kes pecah masuk ni la aku lambat. Tadi tiba-tiba warden nak jumpa kitorang pulak," beritahu Amin pendek. Hafiz yang berada di sebelah Amin turut mengangguk mengiyakan.

"Sebab tu ke pagi tadi Cikgu Adibah panggil kau?" Danish teringat yang waktu rehat tadi guru kaunseling itu mencari Amin.

"Aah."

"Dah tahu ke siapa pelakunya?" tanya Abang Man lagi usai sahaja dia menyusun pinggan terakhir ke rak.

"Belum. Daripada apa yang cikgu dan pelajar puteri beritahu orang yang pecah masuk tu budak aspura. Pelajar putra punya angkara. Tapi diorang masih tak tahu siapa orangnya," terang Hafiz.

"Dah la pening otak fikir pasal benda ni. Jom gerak pergi padang. Dah pukul 6 dah ni. Nish, mana aku punya barang hoki," ajak Amin menutup topik hangat itu.

"Ada atas meja tu. Okay la Abang Man. Kami gerak dulu," Danish meminta diri.

"Thanks tolong susunkan pinggan."

"No problem."

"Malam ni menu apa bang?" tanya Amin sebelum berlalu pergi. Sempat lagi dia fikir pasal makan.

"Sambal udang."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bila Kasut BercerithaWhere stories live. Discover now