Kenangan demi kenangan sering menghantui fikiran dan hidupku.
Hingga aku terasa seolah-olah aku tenggelam dalam kenangan tersebut.
Kenangan yang makin lama membunuh masa depanku.
Jika aku tidak berganjak dari tempat tersebut.
Entah mengapa aku asyik tenggelam dalam kenangan tersebut.
Seolah-olah ianya baru saja berlaku.
Aku tidak sedar malah tidak mahu mengambil tahu,
kenangan itu sebenarnya hanya sebuah khayalan,
Mainan imaginasi semata-mata,
Realiti dan fantasi seolah-olah menjadi satu,
Angan dan kenyataan seolah-olah tiada perbezaan,
Tanpa sedar,
Aku terus tenggelam dan terus tenggelam,
Hingga jauh ke dalam khayalan,
Tanpa pernah mencuba untuk terjaga,
Hanyut dalam mainan fikiran,
Entah mengapa,
Seolah-olah ada kuasa magnet yang menarik diriku ini,
Menyuruh aku untuk terus tenggelam,
Puas aku melawan kuasa tersebut,
Tetapi tetap ia menang,
Hingga aku dapat merasakan satu tangan yang kuat,
Menarik aku daripada atas,
Menolong aku keluar dari dunia tersebut,
Lalu aku kembali pada dunia sebenar,
Yang sudah lama aku pinggirkan.
YOU ARE READING
KARYA PUISI CIPTAANKU
PoetryBUKU INI MENGANDUNGI HASIL-HASIL PUISI YANG DICIPTA SENDIRI OLEH SAYA... DICIPTA SEWAKTU UNTUK MENGHILANGKAN BOSAN ATAUPUN SEWAKTU ILHAM DATANG MENCURAH-CURAH... SORRY KALAU PUISI NIE ENTAH APA-APA ATAUPUN KORANG RASA MACAM TAK PATUT JE BACA... SELA...