#4. Ibu

4 0 0
                                    

Ibu...
Senyumanmu sering ku ingati
Gelak ketawa serta renunganmu sering ku rindui
Wajah tenangmu sering berbaik di fikiranku
Aku teramat merinduimu

Duhai ibu
Dirimu terlalu istimewa dalam hidupku
Aku doakan semoga kau tenang di sana
Dan semoga rohmu dicucuri rahmat
Dan ditempatkan di golongan orang-orang yang beriman

Ibu...
Sudah lama kau pergi meninggalkanku
Namun di sudut kecil hatiku ini
Dirimu sentiasa dalam ingatanku
Tak pernah sesaat pun aku melupakanmu
Setiap hari aku merinduimu

Namun aku sedari
Bahawa kau telah tiada di dunia ini
Di alam ini juga
Aku tidak lupa bahawa aku akan ke tanah ini semula
Ketika ini
Ku hadiahkan doa yang tidak putus-putus buatmu
Dan aku sedekahkan al-fatihah buatmu di sana
Al-fatihah....

KARYA PUISI CIPTAANKUWhere stories live. Discover now