Day

2.7K 501 11
                                    

Siang sudah berganti malam. Tetapi aku dan Hoseok masih berada di padang itu. Kami duduk di bawah pohon yang rendang dan hanya dihiasi dengan sinaran rembulan.

Sejak dari tadi Hoseok tak mahu bercakap dengan aku. Wajahnya tidak seperti selalu. Wajahnya tampak muram. Aku ada buat salah ke? Apa yang aku tak sedar sampai dia marah dengan aku macam ni sekali? Apa aku dah buat?

Hoseok melepaskan keluhan berat. Dia mencapai tangan aku. Anak matanya tepat memandang ke dalam anak mata aku. Pandangannya seolah-olah dia nak tinggalkan aku.

Tak. Jangan merepeklah, Min Yoongi. Dia dah berjanji dengan kau yang dia tak akan tinggalkan kau. Dia berjanji yang dia akan selamanya dengan kau.... d-dia tak tipu...

Shit.

“ Hyung, kau ingat tak apa yang aku janji siang tadi? ” , soal Hoseok dengan senyuman. Aku mengerutkan dahiku sebelum segala memori pada siang tadi bermain semula diminda aku.

Aku membalas senyumannya. Aku mengangguk perlahan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja jantung aku berdegup kencang.

“ Apa yang aku janji? ” , soal Hoseok lagi.

“ Kau janji yang kau tak akan ganggu awal-awal pagi lagi. Kau janji yang ini kali terakhir kau habiskan minyak kereta aku. Dan kau janji yang ini kali terakhir kau ajak aku berlari. ” , jawabku dengan senyuman pahit.

Perkataan terakhir tu terlalu menyakitkan aku.

Hoseok mengangguk dengan senyuman. “ Tapi macam mana aku nak tunaikan semua janji aku kalau hyung tak boleh lepaskan aku? ” Hoseok mengenggam tangan aku dengan pandangan berharap.

“ Hyung, tolong lepaskan aku. ”

Aku segera menarik tangan aku dari genggaman Hoseok. Dahiku berkerut seribu. “ Apa kau merepek ni? ” Aku memandang ke arah lain. Tidak sanggup memandang ke dalam anak mata Hoseok.

“ Hyung... Tolong lah jangan seksa diri sendiri... ”

Aku bingkas berdiri. Aku melangkah ke belakang setapak demi setapak.

I’m just walking and walking, among this darkness
My happy times asked me (this question)
You, are you really okay, it asked me
Oh no
I replied, No, I’m so afraid 

[C] Just One Day » YoonSeok «Where stories live. Discover now