" Yoongi hyung!! " Suara yang agak nyaring menyentakkan aku dari tidur yang agak lena ini.
Aku mendengus kecil sebelum aku menoleh kearahnya yang duduk dibelakang aku. " Kau nak apa, Hob? Aku nak tidur pun tak senang, " soalku pada Hoseok yang tidak lekang tersengih daripada tadi.
" Hyung, jom kita keluar! " Ajak Hoseok bersungguh-sungguh. Dalam keadaan yang masih mamai, aku mencapai Iphone aku dan menekan butang on. Jam yang terpapar aku pandang sekilas. 7:12 pagi.
" Apa yang buat kau fikir yang aku akan tinggalkan katil aku awal pagi macam ni? " soal aku dengan wajah yang tidak senang. Hoseok meletakkan jari telunjuk pada dagunya seolah-olah sedang berfikir.
" Sebab.... hyung sayangkan aku? " Hoseok tertawa kecil selepas melemparkan soalan. " Hyung sayangkan aku, kan? " soal Hoseok lagi dengan wajah teruja.
Ni yang aku lemah ni bila dia sentuh bab sayang. " Aku tak perlu jawab pun, kau dah tahu jawapannya, kan. " aku bingkas duduk dari pembaringan aku.
" Tapi tak salahkan kalau hyung jawab? " tanya Hoseok sambil membuat muka comelnya. Budak ni sengaja nak umpan aku.
Aku menggulingkan mata aku. " Malas. Buat membazir air liur aku je, " kataku dengan nada menyampah. Pegangan Hoseok pada tangan aku dilepaskannya dengan perlahan.
" Eheh. " Nada suaranya kedengaran sedikit sendu. Hati aku mula terasa tak sedap. Pantas aku menoleh ke arahnya. Airmata Hoseok bergenangan dipelupuk matanya.
Damn. Apa aku dah buat ni? Hoseok sejak dua menjak ni makin sensitif. " Kalau macam tu, janganlah bazirkan perasaan hyung sayangkan aku juga. " Aku tersentak dengan kata-katanya.
" Yah, Hoseok-ah. Aku tak maksudkan macam tu. Aku bergurau je. " Aku mula gelabah. Apa yang patut aku buat ni?!
Hoseok mengatur langkah turun dari katil aku. Belum sempat dia keluar dari bilik aku, aku memeluknya erat dari belakang.
" Aku sayangkan kau. Terlalu sayangkan kau, " ucapku dengan nada yang penuh makna. Aku melepaskan pelukan kami. Wajah Hoseok yang muram aku pandang.
Jujur untuk aku katakan, hari aku turut menjadi muram bila adik kesayangan aku jadi muram. Sebab dia adalah sebahagian dari diri aku. Macam mana perasaanya, macam tu jugalah perasaan aku. Hoseok tersenyum kecil ke arah aku.
" Hyung, jom kita keluar, " Ajak Hoseok dengan wajah yang tidak seceria awal tadi. " Untuk hari ni je. Lepas ni, aku dah tak akan ganggu hyung awal-awal pagi lagi, " sambungnya sambil menggaru-garu kepalanya. Biasalah, kepala ada kurap.
" Janji? " Aku menghulurkan jari kelingking aku padanya. Hoseok menyambut jari aku. " Aku janji dan aku tak akan mungkiri. " balas Hoseok.
" Just one day, one night. "
YOU ARE READING
[C] Just One Day » YoonSeok «
Fanfic+ aku minta sehari je agar kau sedar tentang ketiadaan aku dalam dunia sebenar. Started :- 2 November 2016 Ended :- 3 November 2016 Booked