Epilog

3.8K 576 161
                                    

I can’t take it anymore
Because you are crying
I want to cry in your place
Although I can’t

“ Hyung... ”

Aku jatuh terduduk. Aku menangis sepuas-puasnya. Kenapa semua ni mesti berakhir disini? Kenapa kau paksa aku untuk kembali ke dunia nyata?

Setelah bertahun aku menanggung keperitan dan aku temui semula kebahagiaan aku, kenapa mesti kau sedarkan aku dari alam ini?

“ Hyung... Kau tak penat ke terus macam ni? ” , Hoseok berjalan mendekati aku. Wajahnya terlalu nampak dia risaukan aku.

“ T-tak. Aku bahagia, Hob. Aku bahagia sangat. ” , balasku sambil tertawa kecil. Aku mengesat air mataku dengan kasar. Aku bingkas berdiri dan berlari untuk memeluk Hoseok.

Tapi....

Aku gagal.

Aku jatuh tersungkur ke hadapan. Sakit. Tapi lebih sakit kerana aku terpaksa bangun dari khayalan ni. Aku tak mahu berada di dunia nyata.

Dunia nyata yang mengatakan...

Hoseok sudah tiada...

B-bangtan sudah tiada...

Aku menangis lagi.

Aku bangkit berdiri. Aku menoleh ke arah Hoseok yang berdiri tidak jauh dari aku. Airmata aku mengalir buat ke sekian kalinya. Aku menunduk ke bawah.

“ Hob-ah, kau masih ingat tak waktu Bangtan masih ada? Kita rasa happy sangat, kan? Kita main bersama, buat kerja bersama, jatuh bangun bersama, malah kita berjanji untuk sehidup semati, kan?

Aku masih ingat lagi, setiap kali sebelum aku tidur, Jin hyung selalu nasihatkan aku. Waktu aku sakit, Jin hyung sanggup masakkan makanan untuk aku walaupun waktu tu dia penat. Dia selalu marah aku sebab kadang-kadang aku buat dia macam adik aku.

Jin hyung nampak comel sangat waktu marah. Dengan bibir dia... Hahahaha.

Namjoon pula, dia selalu bekerjasama dengan aku waktu kami tengah buat lagu untuk kumpulan kita. Dia selalu bagi aku semangat waktu aku dah berputus asa. Walaupun kadang-kadang perangai dia pelik dan memalukan tapi dialah ketua yang paling terbaik aku pernah ada.

Ketua yang paling bijak walaupun pada hakikat aku lagi bijak dari dia.

Jhope. Sebut je nama tu, hampir buat badan aku lemah. Dengan perangai hyper kau, terkinja sana sini, boleh buat orang yang bertenaga terus jatuh terkulai.

Tapi aku suka. Bangtan pun suka sebab kau adalah mood maker. Kau selalu buat kitorang happy waktu kitorang sedih. Dan kau juga manusia yang berjaya buat kitorang sedih waktu kitorang happy.

Maknae line.. Ahh tiga ekor beruk tu. Selalu sangat buat kecoh macam takda lagi hari esok. Kalau tak buat perangai tak sah.

Jimin selalu pujuk aku waktu aku sedih. Kata-kata semangat yang dia beri selalu menyuntik semula semangat aku.

Sama macam Taehyung. Walaupun perangai macam bukan manusia, dia selalu beri aku semangat. Nampak je dia tu macam bangang tapi dia bijak. Bila dia serious, semua perilaku dan percakapan dia seratus peratus boleh diterima dek akal.

Jeon Jungkook. Ahhh budak ni. Selalu sangat buat hyung dia macam adik dia. Aku memang tak puas hati betul dengan dia. Asyik-asyik nak ejek ketinggian aku.

Haihhh. ” Aku tersenyum tawar. Aku menggenggam tangan aku untuk mengumpul semua semangat yang ada.

Hoseok masih berdiri statik ditempatnya tadi. Namun dia sudah menangis teresak-esak.

Aku menarik nafas dalam. “ T-tapi kenapa korang semua tak kuat? Kenapa korang tak kuat bertarung nyawa?

Aku tak kisah meskipun korang hidup dalam keadaan cacat, aku sanggup jaga korang! Aku takkan tinggalkan korang!

Tapi kenapa korang sanggup tinggalkan aku walaupun fizikal aku masih sempurna?! Kenapa?! ” , raungku sekuat hati. Badan aku jatuh terjelupuk ke lantai. Aku terlalu lemah.

“ Kau! Hoseok! Kau orang yang terakhir yang masih bertahan dalam icu selepas kemalangan tu! Tapi kenapa kau buat keputusan untuk tinggalkan aku?!

Kau tahu yang kalau kau pergi, kau akan tinggalkan aku sorang diri kat sini!! Kau tahu yang aku tak kuat nak hadapi dunia seorang diri!!

Ke mana perginya janji-janji korang dulu?! Mana janji-janji yang korang takkan tinggalkan aku?! Mana?!

Korang tinggalkan aku tanpa korang peduli apa yang bakal berlaku pada diri aku!

Aku rindukan korang!! Jiwa dan emosi aku tak kuat nak tanggung semua ni!! Dan setelah aku jumpa semula kebahagiaan aku melalui ilusi, kenapa kau buat keputusan untuk kejutkan aku kembali?!!!

Kenapa, Jung Hoseok, kenapa?!!

Sakit. Aku sakit.... Aku tak tahan semua ni.... ” Aku memukul-mukul tanah sehingga tanah yang berhampiran dengan aku hampir hancur dikerjakan.

Hoseok datang melutut di hadapan aku. Aku tak sanggup untuk memandang dia. Aku terseksa. Aku sakit.

“ Aku minta maaf, hyung. Ini bukan kehendak kami semua. Bukan kehendak kami nak tinggalkan kau. Kami semua sayangkan hyung.

Tapi kau kena bangkit. Sampai bila kau nak biarkan orang cakap kau gila? Dan kau kena percaya dengan perkataan takdir. Ini semua takdir hyung.

Hyung kata hyung nak jadi composer dan producer yang terbaik, kan? Jadi, bangkitlah hyung. Jangan jadi kematian kami ni sebagai penghalang kau untuk berjaya, ” pujuk Hoseok.

Suasana pada malam itu sangat hening. Aku merasakan tiada lagi semangat untuk aku terus hidup.

“ Tapi macam mana Hoseok? Macam mana? Kalau aku tak boleh berterusan macam ni, tolonglah izinkan aku ikut korang. Tolonglah bawa aku bersama korang. ” Airmata aku terus mengalir.

“ Kau kuat hyung! Min Yoongi yang aku kenal adalah seorang yang kuat! Min Yoongi yang Armys kenal adalah seorang yang berani mencabar diri! Bangkit hyung! Bangkit! ” ucap Hoseok bersungguh-sungguh.

“ Buktikan pada dunia yang kau mampu jadi seorang producer yang terbaik meskipun Bangtan dah tiada di sisi!, ” sambung Hoseok lagi.

Perlahan-lahan aku mengangkat muka memandangnya. Senyuman nipis terukir dibibir aku. “ Aku boleh, ” sahutku. Entah kenapa tiba-tiba ada semangat baru yang muncul.

Hoseok tersenyum. “ Just one day, one night. ” Tubuhnya perlahan-lahan bertukar menjadi benih-benih dandelion yang bercahaya. Setapak demi setapak dia ke belakang.

Aku memandang setiap gerak-gerinya yang ingin meninggalkan aku. Namun tiada daya untuk aku mengeluarkan sebarang kata. A-aku perlu lepaskan dia.

Tiba-tiba ada enam bayangan yang mula muncul disisi Hoseok. Dan mereka adalah... Bangtan Sonyeondan.

Airmata aku kembali giat mengalir. Aku ingin meraung tetapi tiada suara yang keluar. Aku ingin berlari ke arah mereka namun aku tiada tenaga.

Mereka tersenyum ke arah aku sebelum benih-benih dandelion yang membentuk diri mereka berterbangan meninggalkan aku.

Annyeong, Bangtan Sonyeondan.

Love you my brother, I’ve got brothers
I discovered emotions, I became me
So I’m me
Now I’m me.

The End.

[C] Just One Day » YoonSeok «Where stories live. Discover now