bab 2

11 1 0
                                    

"Sarah, sini kejap". Aku terkejut. Tiba-tiba sahaja cikgu Elena datang ketuk pintu kelas 1 Gamma dan panggil aku. "Ya cikgu, kenapa?", aku cuba mengawal nada. Tak mahulah tunjuk yang aku ni tengah getar. "Ikut cikgu ke pejabat" lalu cikgu Elena mengatur langkahnya ke pejabat. Aku hanya menyusur di belakangnya. Sungguh, aku bingung. Apa masalah ni?

"Tahniah Sarah, cikgu tumpang gembira. Kamu memang layak untuk pergi ke sekolah yang lebih hebat. Kamu kan pelajar cemerlang" cikgu Elena tersenyum hingga menampakkan baris giginya yang putih.
Apa ni? Aku tak faham. "Maksud cikgu?", tanya aku dengan ragu-ragu. Cikgu Elena ketawa sopan. Sememangnya cikgu terkenal dengan kesopanannya.
"Kamu ni, buat taktahu pula. Kan kamu dapat masuk asrama" cikgu mencubit pipiku. Aku terdiam. Tak sangka aku dapat penuhkan impian mak aku.

Habis saja waktu sekolah, aku terus pulang ke rumah. "Assalammualaikum", aku ketuk pintu tiga kali. Sunnah kan. "Sarah!" Mak jerit sebaik sahaja pintu dibuka. "Leklu mak. Jangan la excited sangat" aku tergelak. "Pang" satu tamparan hinggap di lenganku. "Kamu ni, mak excited la sebab anak mak ni pandai" mak senyum lebar. Aku senang melihat mak gembira. Aku akan cuba sedaya upaya bagi mak gembira setelah kehilangan orang yang mak sangat sayangi. Well, bukan mak sorang ja sayang. Aku dan adik aku juga sayang. Yup, ayah aku meninggal 2 tahun yang lepas. Suatu tragedi yang susah untuk aku lupakan.


"Abah!" Aku berlari ke arah ayah dan memeluknya. "Hai Yaya. Harini belajar okay tak?", tanya ayah lalu mencuit daguku. Aku mengangguk. "Jom, ayah belikan aiskrim untuk Yaya" ayah menarik tanganku dan berjalan ke kedai yang berada tidak jauh dari sekolah. "Yaya tunggu sini sekejap. Abah pergi beli aiskrim kat sana. Nanti abah datang sini balik. Kereta banyak ni. Bahaya japgi. Okay?" Ayah mengusap kepalaku. Tudung sekolahku yang memang tak jadi dari tengah hari tadi makin ke hadapan. Aku cuba memperbetulkan tudung. Hey, walaupun darjah 5, kena nampak terurus juga. Aku memandang kehadapan. Ayah sedang memegang dua aiskrim. Sebelah tangan, aiskrim coklat untuknya. Sebelah lagi, peppermint untuk aku. Ayah memang tahu favourite aku. Kereta yang melintas menghalang aku untuk melihat ayah dengan jelas. Hishh.. Banyak sungguh kereta. Biasalah, baru habis kerja kan. Oh, nampak dah ayah. Aku melambai-lambaikan tangan ke ayah supaya ayah nampak aku. Line clear. Ayah berlari ke arahku. Senyumannya memang menggembirakan aku. "Ponnnnnn" horn kereta berbunyi. "Abah!!!", aku menjerit.

Tanpa sedar, pipi aku dibasahi titisan-titisan air yang panas. "Buang tabiat ka kamu ni?" Suara mak menyedarkan aku. Aku mengesat air mata. Mak menghampiriku. "Abah mesti gembira" mak mengusap belakangku dan aku menangis lagi.

Cinta Bukan Takdir KitaWhere stories live. Discover now