bab 3

5 1 0
                                    

"Okay, kamu boleh masuk kelas baru sekarang", cikgu Salmah senyum dan meninggalkan aku sendirian. Hmm... Okay, ni permulaan aku di sekolah baru.

Dah kenapa yang semua orang nak tengok aku? Tak pernah tengok pelajar baru ka? Haihh.. Tak selesa la. Ada yang jeling. Budak asrama memang macam ni ey? Sabar ja la wahai hati.

"Selamat pagi semua. Hari ni cikgu nak perkenalkan seorang pelajar baru. Dah kenal dah ka?", tanya cikgu yang entah aku pun tak tahu namanya. Badannya gemuk tapi comel la juga. Hehe. "Belummmmm..." pelajar 1 Jauhari jawab dengan meleret.
"Amboi, janganla meleret sampai enam harakat" cikgu comel tadi berkata lalu senyum. Aku pun jalan ke hadapan kelas selepas cikgu membuat isyarat tangan untuk ke hadapan. Huh. Malas la pula nak perkenalkan diri. "Assalammualaikum, nama saya Nur Sarah binti Zaenal Abidin. Panggil Sarah." Aku memperkenalkan diri and aku buat-buat senyum manis. Kena la ayu kan? "Itu ja?",tanya cikgu omey nomey. Aku mengangguk. "Okay, pergi duduk tempat kamu balik".

"Weyh, hang mai mana?", tanya seorang perempuan yang boleh tahan cun gak la. "Kedah", aku jawab pendek. Bukannya nak sombong, tapi malu la juga. Newbie kan.. "aku pun sama. Area mana weh?", tanya budak tu lagi. Aku pun jawab jala "changkat setul". Budak tu terus diam. Haha, tak tau la tu. Aku pun buka buku, bajet rajin. Haha.

Waktu sekolah tamat. Pukul 4:20 baru masuk dorm. Ya Allah, bermacam ragam betul la. Kat kelas kena soal, kat dorm pun kena soal. Redha ja lah nak.

"Apa specialties awak?", tanya salah seorang kakak yang mengerumuni aku. "Errr.." aku gagap. Tak tahu nak cakap apa actually. Acah shy shy cat. "Nyanyi kut." Ayat tu juga yang terpacul keluar dulu. Fufufufufu. "Then, cuba nyanyi lagu apa-apa. Kitorang nak dengar" sampuk seorang lagi kakak ni.
Sudah. Nak nyanyi apa nii?!
Okey, here it goes..

Feeling used
But I'm still
Missing you
And I cant
See the end of this
Just wanna feel your kiss
Against my lips

Sampai ke habis aku nyanyi lagu 'i hate you, I love you'.
"Wahh.. Sedapnya suara.."
"Macam dengar MP3 je"
"Jealousnyaa"
Macam-macam comment kakak-kakak tu bagi. Aku mampu blushing ja. Sambil-sambil tu, aku tengok sekeliling. Ada orang yang sebaya aku tersenyum, ada juga yang jeling. Ada yang buat derk ja. Takpalah, aku malas nak ambil kesah.

Cinta Bukan Takdir KitaWhere stories live. Discover now