bab 4

9 1 0
                                    

Aku bangun. Pukul 5 pagi dah. Alamak. Takut lambat. Aku kemas katil halal balal dulu. Sekadar lipat selimut dan masukkan ke dalam loker dulu. Cekang katil tu lepas mandi lah. Aku terus pergi ke bilik air. Habis mandi, aku mula cekang katil. Ada yang baik hati, tunjuk aku cara untuk cekang betul-betul. Alhamdulillah, mungkin boleh buat kawan. Aku angkat bantal, takut ada benda yang terselit. Tiba-tiba nampak satu kertas berlipat. Aku buka ja la sementara menunggu azan subuh.

"Hoi budak baru. Jangan fikir kau budak baru, kau suci. Jangan belagak alim la wei. Pakai inner neck bagai. Kau ingat hebat ke? Kau jangan perasan senior suka kau. Jangan perasan bagus la wei. BAJET!"

Aku terpana. Kata-kata yang ditulis tu, sangat menyakitkan hati. Nasib baik ja aku ingat pesan mak. Mak suruh aku banyak bersabar. Air mata aku memgalir menahan rasa pedih di hati. Ada juga makhluk Allah yang tak puas hati dengan aku.
Aku lap air mata, pakai telekung dan berjalan ke surau.

Sebaik sahaja dahi aku mencetus lantai untuk kali yang terakhir, aku mengadu pada-Nya. "Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini. Kuatkanlah kesabaranku". Badanku terhenjut-henjut menahan air mata.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Bukan Takdir KitaWhere stories live. Discover now