"Kim Taehyung!!" jerit Irish secara tiba-tiba sehingga mengejutkan ibunya yang lena tidur di birai katil
"Irish?!....kamu okay tak? Jururawat...jururawat..doktor !!" jerit ibu Irish sambil menangis ke gembiraan apabila melihat anaknya sedar dari koma.
"Puan sila tunggu di luar. Kami nak buat pemeriksaan sebentar" kata Doktor yang baru sahaja tiba.Irish termenung melihat dinding hospital. Dia masih terasa bingung bagaimana dia boleh berada di sini.
"Irish..dah siap ke belum" panggil ibunya yang baru sahaja berjumpa dengan doktor. Irish telah di benarkan pulang setelah melihat keadaanya yang semakin beransur pulih semenjak sedar dari koma kemarin.Dalam perjalan pulang, Irish hanya mendiamkan diri. Bingungnya masih belum hilang. Sesekali Irish merasa kain putih yang membalut luka di kepalanya. Dia masih memikirkan bagaimana dia boleh jadi bergini. 30 minit perjalanan, akhirnya kereta yang dipandu oleh ayahnya masuk ke halaman rumah.
Ibunya memimpin Irish hingga ke dalam bilik. Irish didudukkan lalu ibu Irish mengusap kepalanya
"Ibu.." panggil Irish,lemah suaranya.
"Iyaa" sahut ibu Irish yang masih tidak mengalih matanya dari memandang mata Irish.
"Kenapa Irish ibu?" Tanya Irish. Akhirnya keluar juga soalan yang sedang bermain di fikirannya.
"Irish kemalangan..dan koma selama tiga bulan."jawab ibunya sambil tersenyum. Irish masih diam.dia cuba mencari kesahihan dari jawapan ibunya. Bukan dia tak percaya cuma jawapan daripa ibunya itu lansung tidak ada di kotak fikirannya. Kemalangan? Apa yang sebenarnya yang berlaku
"Irish..kejap lagi kawan Irish datang jumpa. Ibu dah bagitahu pada mereka yang kamu keluar pada hari ni." pesan ibunya lalu keluar dari bilik tersebut. Irish pula masih dalam keadaan yang sama. Dia hanya diam memikirkan soal dirinya. Baginya jawapan yang diberikan oleh ibunya masih tidak cukup bagi memuaskan hatinya. Lama Irish termenung.Hari ini adalah hari pertama persekolahan Irish setelah beberapa bulan meninggalkan pelajarannya. Seperti yang dijanjikan semalam, kawan Irish datang menjemput Irish ke sekolah.
"Irish..sekolah kita dah banyak berubah sejak kau masuk hospital.Kau tahu?" kata jhope memulakan perbualan setelah lama keadaan di dalam kereta tersebut menyepi tanpa sebarang perbualan.
"Kau ni memang lah dia tak tahu..diakan koma dekat hospital. Apa jenis soalan lah kau bagi." tegur suga sambil mengetuk kepala Jhope.
"Sakitlah! aku tahulah... aku bukan bodoh macam kau" jawab Jhope. Dia masih mahu membela nasibnya.
"Siapa yang bodoh? Aku ke kau?" balas Suga. Dia berasa tidak puas hati apabila dikatakan bodoh.
"Kau lah tak akan aku..."jawab Jhope selamba.
"Budak ni memang nak kena" marah Suga pada Jhope tidak dapat ditahan lagi. Dia mahu saja menumbuk muka Jhope.
"Korang ni dekat sini nak gaduh. Macam budak- budaklah. Cuba respect Irish sikit. Diakan baru keluar dari hospital." tegur Jin.
"Dia yang mulakan dulu...dia ketuk kepala aku.." Jawab Jhope sambil menjeling ke arah Suga"
"Eleh kau kata aku bodoh..aku pandai okay..." balas Suga tidak mahu mengalah
"Ni makannya...gaduhlah lagi, gaduh..." kata Jungkook sambil tangannya memulas telinga Jhope dan Suga. Mereka mengadu kesakitan. Irish yang berada di hadapan, sebelah tempat pemanduan kereta hanya melihat telatah mereka dan hanya mampu tersenyum. Dia sempat memberikan senyuman kepada V yang betul- betul berada di hujung sudut kereta.V hanya membalasnya.Irish yang masih menggunakan tongkat cuba menstabilkan dirinya.
"Mari saya tolong" kata Jungkook sambil memimpin Irish ke tempat rehat mereka di belakang block sekolah. Disitulah tempat mereka selalu lepak ketika waktu rehat.
"Awak nak pesan apa-apa Irish?" tanya Jungkook setelah meletakkan Irish di sebuah bangku kosong.
"Air kotak milo jelah.." jawab Irish.
"Ouhkay..awak tunggu sini. Saya pergi beli jap." kata Jungkook lalu berlalu ke kantin bersama yang lain.
Irish yang tidak tahu untuk melakukan apa, hanya meletakkan kepalanya dia atas meja yang berada di hadapannya. Dia mengejamkan mata sebentar sambil menarik nafas sedikit. Perlahan-lahan Irish membuka mata dan alangkah terkejutnya bila melihat V betul - betul berada di sebelahnya.
"V? Awak buat apa kat sini? Awak tak ikut mereka ke?" Tanya Irish..terkejutnya masih belum hilang. Tetapi V hanya mengeleng dan sedikit pun tak bergalih dari memandang ke arah Irish. Irish tidak mengambil kisah kerana perkara itu sudah biasa baginya. Dia dan V sudah lama berkenalan sejak daripada tadika lagi. Entah kenapa baginya, pandangan V bergitu sayu untuk kali ini. Dia dapat merasakan yang V seperti ada masalah kerana V hanya mendiamkan diri dari semalam lagi.Waktu kawan-kawannya melawat Irish. V hanya berdiri di hujung sudut bilik.
"V aku nak tanya kau...apa yang jadi sebenarnya dekat aku?" tanya Irish.
"Kau tanyalah dengan mereka" jawab v sambil senyum ke arah Irish.
"Malaslah nak tanya kau lagi..aku tanya kau,kau suruh tanya orang lain pula " jawab Irish merajuk sambil memusingkan badannya ke belakang tanda tidak mahu bercakap dengan V lagi.
"Irish aku sayang dekat kau " bisik V di telinga Irish. Irish pula cepat- cepat menoleh ke belakang tetapi malangnya, V telah pun hilang .
"Aik? Budak ni macam hantu pulak. Dah lah muncul tiba- tiba lepastu hilang pun nak tiba-tiba jugak ke? " rungut Irish tatapi sedang Irish sibuk merungut, ada seseorang berada di belakangnya.
"Bah!!!!" jerit Jungkook. Dia sengaja mahu memeranjatkan Irish
"Wahhhhh!!!" jerit Irish sambil mahu terjatuh ke belakang akibat terlalu terperanjat. Nasib baik Jungkook sempat menangkap tubuh Irish dari terus jatuh ke tanah. Mata mereka saling berpandangan. Lama perkara itu berlaku sehinngalah kehadiran Rapmon mengejutkan mereka.
"Jungkook!! Iye pun kalau suka dekat Irish tak perlulah buat sampai macam tu. Sia-siaje kalau kena reject" sindir Rapmon. Jungkook dan Irish terus membetulkan posisi masing- masing.
"Jungkook nanti aku ajarkan kau cara yang betul nak ngurat awek ye.." kata jimin sambil mengenyitkan mata. Jhope dan Suga yang baru sahaja sampai hanya duduk sambil ketawakan Jungkook.
"Dahlah tu....Jungkook tolong aku lah tadi." kata Irish cuba untuk membetulkan keadaan.
"Bagi kau..bagi jungkook lain " kata Rapmon. Kini ketawa mereka bertambah rancak.
"Eh dahlah...korang ni tak baiklah.."kata Irish cuba membela Jungkook. Tetapi mereka masih mengejek jungkook dengan membatukkan diri secara kuat.
"Tak payah layan lah mereka..awak bukan tak tahu dengan perangai mereka." kata Jungkook dia cuba ingin mengubah keadaan kerana tidak sanggup menahan malu dek kerana kawannya yang tak mahu berhenti daripada mengejek.
"#abangcoba" ejek Rapmon kepada Jungkook. Entah apa maksud dia pun, tak tahu.
"Dahlah tu....korang nak tanya sikit boleh?" Tanya Irish yang tiba-tiba memulakan soalan. Masing-masing diam tanda bersedia mendengar soalan dari Irish.
"Kenapa dengan Kim Taehyung? Dia macam ada masalah je..tadi berbual dengan dia pun macam dia ada masalah sahaja.." cerita Irish bersungguh - sungguh. Tetapi lain pula pada mereka yang mendengar cerita Irish. Masing- masing menunjukkan muka risau.
"Dah kenapa senyap? Korang ada sembunyikan sesuatu dari aku ke?"
"Irish sebelum tu aku nak tanya kau. Kau tak ingat apa- apa ke pasal V" tanya Jin. Dia terpaksa mengawal keadaan apabila melihat kawannya masing- masing diam kerana mati akal dengan soalan yang diajukan oleh Irish.
"Ingat apa? "Tanya Irish. Sejujurnya Irish bingung dengan apa yang dikatakan oleh Jin. Pemikirannya bertambah serabut apabila otaknya cuba memtafsir setiap bait kata yang keluar dari mulut Jin
"Sebenarnya......Bersambung..
YOU ARE READING
Just One Day
RomanceIrish bagai baru sedar dari mimpi setelah koma selama 3 bulan. Baginya tiada perubahan walaupun dikatakan koma selama 3 bulan. Walaubagai manapun Irish dapat merasakan perubahan terhadap kawan baiknya iaitu Kim Taehyung yang suka menghilangkan diri...