Hari ini Irish bangun lewat. Mungkin disebabkan semalam dia menghabiskan banyak masa dengan V. Pukul 5 baru dia tidur. Sejurus sahaja bersiap, dia terus duduk di birai katil. Dia masih teringatkan ayat terakhir V malam tadi.
"Aku dah nak pergi ni. Kau jaga diri ye. Ingat pesan aku" kata V.
"Kau nak kemana?" tanya Irish.
"Aku nak pulang ke tempat aku..aku dah tenang." kata V.
"V....."panggil Irish. Entah kenapa pada waktu itu dia bergitu berat untuk melepaskan V.
"Kau tidur sini..aku takutlah" katanya lagi.
"Takpayah takut...aku selalu ada dengan kau."kata V sambil memeluk Irish.
"Aku takut kehilangan kau. Entah kenapa kali ini aku rasa berat nak lepaskan kau" terang Irish.
"Kalau kau sayangkan aku..tolong lepaskan aku." Pinta V.
"V...." kini panggilan Irish bergitu sayu.
"Kadang-kadang kita kena lepaskan sesuatu untuk melihat orang yang kita sayang bahagia. Macam tu juga kau. Kau kena terima takdir." kata V.Tapi ingatan Irish hanya boleh sampai disitu sahaja. Yang dia tahu, sedar sahaja dia sudah berada dia atas katil. Irish memegang tepat ke dahinya. Terasa kucupan V di dahinya masih terasa hangat walaupun ianya sudah lama berlalu.
"Jangan sampai rindu ini.membuat ku jadi mati. Pulang..kehatiku."lagu Sayang daripada Adira Adnan memecahkan suasana. Tertera nama Jungkook lalu Irish menekan tombol hijau untuk menjawab panggilan.
"Hello...Jungkook nak apa call Irish?" tanya Irish.
"Baru bangun ke? Banyak kali Jungkook call tapi Irish tak jawap." kata Jungkook pula.
"Ouh..yeke? Irish tak perasanlah..baru buka telefon. Maaflah ye." kata Irish.
"Ouh takpelah. Saya telefon ni nak ajak awak keluar. Mungkin ini masa yang sesuai untuk kami ceritakan segalanya pada awak" kata jungkook.
"Kita nak kemana? Kenapa sampai nak cerita dekat tempat lain?" tanya Irish. Kini dia betul-betul teruja. Segala persoalan yang terbuku di hatinya akan terjawap nanti.
"Cepat siap jap lagi kami datang amik." kata jungkook sebelum menamatkan panggilan. Irish tersenyum seketika. Tidak sia-sia dia mempercayakan kata V."Irish dah nak pergi ke?" tanya ibu Irish apabila melihat anaknya sudah bersiap.
"A'ah. Wait.? Ibu tanya ni Ibu dah tahu ke" tanya Irish. Setahu Irish, Irish belum lagi memberitahu ibunya yang dia akan keluar sebentar lagi.
"Rapmon ada telefon Ibu." kata ibunya ringkas.
"Ibu..Ibu kenapa? Macam tak sihat je?" tanya Irish apabila melihat muka ibunya.
"Irish...ibu nak cakap sikit. Walau apapun yang jadi, Ibu akan sokong Irish. Irish kena ingat yang ibu ada untuk Irish." kata ibunya. Kini Irish berada dalam dakapan ibunya.
"Ibu...ibu cakap apani?" tanta Irish. Sungguh dia memang bingung pada waktu itu.
"Tin..tin" bunyi hon memecahan suasana.
"Takde papa...cepat pergi. Kawan dah tunggu tu." jawab ibunya sambil tersenyum.
"Ouh..baiklah. Ibu jaga diri ye." pesan Irish. Entah kenapa dia berasa risau tentang keadaan ibunya.Perjalanan yang mengambil masa 5 minit itu penuh dengan riang ketawa. Entah kenapa pada waktu itu Irish berasa sungguh gembira. Sehinggalah dia sampai di sebuah taman.
"Wah...dah lama tak pergi kat sini. Rasa rindu pula." kata Irish sejurus mereka sampai di sebuah pokok yang bergitu besar. Sebenarnya itu adalah tempat lepak mereka untuk hari minggu. Tapi selepas Irish koma. Mereka tidak lagi pergi ke situ. Lagipun tempat itu memberikan saribu kenangan pahit pada mereka. Disitulah juga mereka melihat saat-saat tragedi apabila orang yang mereka sayang......"Ingat lagi dekat tempat ni..?" tanya Jin.
"Ingat.." kata Irish. Dia betul-betul rasa gembira. Tetapi dia baru teringat..
"Jin..mana V?" tanya Irish. Kini dia baru sedar tentang ketiadaan V. Pada waktu itu juga Rapmon, Suga, Jhope dan yang lain berubah.
"Irish....V dah lama takde." jawab Rapmon.
"Apa maksud kau?" tanya Irish.
"Sebelum kami jelaskan kami nak minta maaf dulu." kata Jhope.
"Bukan maksud kami nak rahsiakan dari kau cuma kami taknak kau sedih." kini giliran Suga pula yang berkata.
"Irish sebelum kau koma. V kemalangan...dia kena langgar dengan trailer masa nak selamatkan budak kecil yang melintas. Tapi malangnya V tak sempat nak larikan diri. Dia sempat tolak budak tu ketepi dan..." Jimin tehenti. Dia tidak dapat meneruskan lagi. Dia bergitu sedih mengenang kisah itu.
"Dan apa?!! Korang tipukan!!" jerit Irish. Dia betul-betul tak dapat menerima dengan apa yang dikatakan oleh Jimin.
"Sabar Irish. Bagi kami jelaskan. Lepas V tolak budak tu ketepi dia terus kena langgar. Waktu tu kita di sini..ye di sini. Kalau kau ingat...di sinilah kita lihat dengan mata kepala kita sendiri yang V betul- betul kena langgar. Kau lari pergi dekat V. Tapi malangnya time tu V memang dah tak bernyawa. Irish kau meronta..kau cuba untuk kejutkan V tapi V tetap tak bangun. Time tu jugak kami hanya dapat melihat sebab kami sendiri masih tak dapat percaya dengan apa yang berlaku." sambung Jin pula.
"Tak mungkin...malam tadi aku baru sahaja jumpa V." terang Irish. Kini dia betul-betul tidak dapat menahan airmata dia daripada terus jatuh.
"Itu bayangan kau....selama ni kau cakap sorang-sorang. Takde siapa pun dengan kau. Masa hari pertama kau masuk sekolah. Kau senyum sorang-sorang dekat tempat duduk V. Semua pelajar dalam kelas kita syak kau gila. Mulanya kami tak perasan sampailah waktu rehat tuh...kau ngadu yang kau berbual dengan V." terang Jhope pula
"Tapi siapa yang aku mesej selama ni?" tanya Irish. Dia masih mahu kepastian.
"Itu aku yang balas.."kata suga.
"Kau?"tanya Irish lagi.
"Iyee..aku. Aku yang simpan telefon V selepas dia tiada. Aku terpaksa buat semua tu. Sebab aku taknak kau tahu perkara ini teralu awal" terang Suga lagi.
" Tapi kenapa?" tanya Irish lagi.
" Mak kau call aku. Dia menangis bila setiap hari dengar kau cakap sorang-sorang dekat luar beranda. Mak kau kata, kau amesia. Kesan daripada kemalangan. Mak kau taknak bagitahu kau sebab dia taknak kau sedih. Tapi dia tak sanggup bila lihat kau hari-hari cakap sorang-sorang." terang Rapmon.
"Kenapa korang rahsiakan dari aku?" tanya Irish. Kini dia mengoyang-goyangkan tubuh Rapmon lalu terduduk di atas tanah.
"Sebab kami taknak kau macam dulu. Lepas V meninggal. Kau tak dapat terima kenyataan. Kau kurung diri dalam bilik. Sampailah satu
haritu mak kau call kami bagitahu kau hilang. Kami cari kau. Tapi apa yang kami jumpa. Kau dah meniarap dekat jalan raya. Mengikut apa yang orang kata, kau jerit nama V dan terus melintas jalan raya tanpa toleh ke kiri atau ke kanan. Akibatnya, kau kena langgar dengan kereta." terang Jungkook yang dari tadi mendiamkan diri. Masing-masing menangis. Sungguh, pemergian V memberikan kesan yang mendalam kepada mereka.
"Irish...tiga bulan kami ulang alik ke hospital untuk malawat kau. Hari-hari kami berharap kau akan sedar. Cukup kami kehilangan V dan kami tak mahu kehilangan kau. Lepas dapat tahu kau sedar. Kami berharap agar kau akan jadi seperti dulu. Tapi lain pula yang jadi. Setiap kali kami dengar kau sebut pasal V...hati kami sakit. Sakit tengok nasib kau. Setiap hari kami fikir bagaimana kami nak ceritakan semua ini dekat kau." terang Jungkook lagi.
"Irish...kau kena terima semua ni.V dah lama meninggal."kata jin. Mereka memeluk Irish beramai-ramai. Hari itu adalah saat yang paling sedih dalam hidup Irish. Perkara yang dia bergitu takutkan telah pun jadi.Dah sebulan perkara ini berlalu. Irish dapat menerima kenyataan. Kawannya yang lain gembira melihat perubahannya. Irish redha. Dia percaya yang semua ini ada hikmahnya. Pemergian V telah memberikan seribu satu makna yang penuh berharga. Just One day....Irish hilang kawan baiknya, Just One day......Irish berubah dengan bergitu drastik, Just One Day...Irish hilang sebahagian dari hidupnya. Semuanya berlaku dalam satu hari. Kini Irish faham, setiap bait kata yang keluar dari mulut V selama ini. V hanya mahukan ketenangan.
"Sayang..jom pergi" panggil Jungkook.
"Baiklah...nanti aku lawat kau lagi ye. "Kata Irish diatas tanah perkuburan V. Kini Irish dan Jungkook adalah pasangan kekasih yang bahagia. Ini semua kerjasama dari Jin,Rapmon, Suga, Jimin dan jhope yang membantu Jungkook dalam meluahkan perasaanya kepada Irish. Walaupun bergitu, tak bermakna mereka dah melupakan V kerana mereka percaya. Biarlah jauh di mata tatapi selalu di hati. Biarlah semua kenangan manis yang mereka cipta selama ini akan menjadi bukti tentang persahabatan mereka. Terima kasih kerana telah hadir dalam perjalanan hidup aku. Dan kau akan aku kenang sampai akhir hayat aku. Terima kasih sahabat, sahabat sampai syurga.End...
YOU ARE READING
Just One Day
RomanceIrish bagai baru sedar dari mimpi setelah koma selama 3 bulan. Baginya tiada perubahan walaupun dikatakan koma selama 3 bulan. Walaubagai manapun Irish dapat merasakan perubahan terhadap kawan baiknya iaitu Kim Taehyung yang suka menghilangkan diri...