Episod Ketiga

38 2 1
                                    

   Sudah hampir seminggu Irish memendam segala persoalannya kerana percaya akan kata-kata V. Lagipun V ada menasihatinya agar tidak mengajukan soalan ini lagi kalau mahu melihat V dan kawannya yang lain bahagia. Jujurnya, Irish benar-benar mahu mengetahui tentang apa yang berlaku tetapi dia terpaksa membiarkan persoalannya tanpa sebarang jawapan.
  
   Hari ini,Irish tidak hadir ke sekolah kerana dia terpaksa datang ke hospital untuk memeriksa tahap kesihatannya. Kaki Irish semakin pulih dan boleh berjalan seperti biasa setelah doktor membuka pembalut besi di kakinya. Setelah siap, Irish duduk di ruang menunggu manakala ibunya ada di ruang bilik doktor. Entah apa yang dibualkan Irish sikit tak tahu dan tak mahu amik tahu. Dia pasti bahawa doktor mungkin menceritakan tentang kesihatannya secara details kepada ibunya.
   "Suka kaki dah baik?" tegur V yang betul-betul berada di sebelahnya. Entah dari mana dia datang pun Irish tidak tahu.
   "Hehehehe..lepasni takyah lah aku guna tongkat. Esok bolehlah aku pergi sekolah jalan kaki macam biasa" kata Irish dengan gembira.
   "Baguslah kalau macam tu...kalau kau gembira aku pun gembira. Lepasni takyah lah nak sedih-sedih lagi ye..tolong jangan seksa aku." kata V. Ayat yang keluar dari mulut V membuatkan Irish tergamam.
  "Apa maksud kau?" tanya Irish. Kini anak matanya betul- betul memandang ke arah V. Dia cuba mencari jawapan dari apa yang V katakan tadi.
   "Irish jom balik...." panggil ibunya.
   "Ouh ibu..ini V?" kali ini Irish betul-betul tersentak. Dia baru sahaja beberapa saat toleh ke arah ibunya dan apabila dia toleh kembali ke arah V, V telah pun hilang.
   "Jom cepat balik..."kata ibunya. Irish masih terpinga-pinga dengan keadaan yang berlaku tadi. Walaubagai manapun, Irish masih melangkah pergi. Kemana V pergi? Kenapa setiap kali ibunya datang..V akan menghilangkan diri?

     Esoknya seperti yang dirancang Irish berjalan pergi ke sekolah pada awal pagi. Dia sengaja mahu mengelak daripada menaiki kereta kawannya kerana mahu membuat kejutan tentang kakinya yang telah pulih.
   "Siganeul meomchllae, i sungani jinamyeon, eobseotdeon iri doelkka neol irheulkka, geobna geobna geobna" nyanyi Irish dengan riang.
   "Suka apa kau?" tegur V yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.
   "V!!!kau ni memang tak pandai nak tegur orang elok-elok eh? Terperanjat lah aku.!!" marah Irish apabila dikejutkan bergitu. Boleh kena serangan jantung gamaknya.
   "Hhahahaha..kau ni comel lah bila marah. Aku suka perangai kau kalau macam ni. Ada marah, gembira, ketawa..macam manusia biasa." kata V.
  "Apa selama ni aku bukan manusia? Tak ketawa? Sedih 24jam..duduk dalam bilik lepastu tak terurus macam hantu?" balas Irish.
  "Kau cakap macam ada cermin je dekat depan kau" kata V lagi. Dia seakan tidak mahu mengalah. Rasa seronok apabila dapat mengenakan Irish
  "Apa maksud kau?" tanya Irish. Kini langkahnya terhenti. Dia benar-benar dapat merasakan apa yang dikatakan oleh V seperti ada maksud yang tersirat. Tetapi apa kaitan dengan dirinya? Apa yang terjadi sebelum ini?. V lansung tidak menjawab soalan yang diajukan Irish dan dia hanya melarikan diri sambil sempat menghadiakan senyuman.
  "V....mana nak lari!!? Apa mksud kau? " jerit Irish sambil berlari untuk mengejar V.
 

    Seperti biasa pada waktu rehat, mereka akan pergi ke tempat rehat mereka. Kali ini Irish sibuk bermain dengan telefon manakala Jungkook sibok memandangnya. Sebenarnya inilah peluang Jungkook nak berbual dengan Irish kerana kawannya yang lain pergi ke kantin. Tinggal mereka berdua sahaja.
  "Awak mesej siapa?" tanya Jungkook
  "Saya mesej V...saya tanya dia kenapa tak masuk kelas" kata Irish sambil meletekkan telefonnya di atas meja.
  "Ouh dia balas apa?" tanya Jungkook lagi.
  "Dia kata dia malas nak dengar cikgu membebel " jawap Irish.
  "Ouh..." balas Jungkook. Dia sendiri tidak tahu mahu mengatakan apa lagi.
  "Jungkook. Irish nak tanya..V tu memang selalu ke macam hantu?" tanya Irish tiba-tiba.
  "Maksud awak?" tanya Jungkook. Dia sendiri tidak paham dengan soalan Irish.
  "Awak tahu..untuk minggu ni je, dah berapa banyak kali dia peranjatkan saya..suka hati dia je muncul mana-mana. Takut pula Irish." cerita Irish bersungguh-sungguh.
  "Untunglah awak..saya pun nak jadi macam awaklah" kata jungkook. Kali ini nadanya bergitu sedih.
  "Awak gaduh dengan V ke? Saya tengok elok je dia dekat sebelah awak selama ni..Tak nampak pun macam gaduh." kata Irish.
  "Kami tak gadoh pun cuma dia je yang pergi dari saya." kata Jungkook.
  "Cuba awak cerita dekat saya.." pinta Irish. Kini dia betul-betul ingin tahu. Dia dapat merasakan bahawa peluangnya untuk mendapat jawapan atas segala soalan yang di pendam amat cerah.
  "Berginilah..saya, bukan kami..akan ceritakan segalanya dari A hingga Z bila awak betul-betul bersedia. Buat masa ni, saya tak rasa ini masa yang sesuai." terang Jungkook. Dia genggam tangan Irish kuat. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja Irish mengalirkan air mata. Dia dapat merasakan bahawa rahsia yang mereka simpan ini terlalu pedih buatnya.
  "Jungkook..apa yang awak semua cuba sembunyikan dari saya? Apa!? Kenapa wak semua siksa saya macam ni?" kini Irish tidak dapat menahan lagi. Dia menangis semahu-mahunya.
  "Shhhshhhshh...jangan nangis. Kami takde niat nak rahsiakan. Tapi saya cuma nak pesan sesuatu. Tolong manfaatkan masa awak dengan V. Awak manfaatkanlah betul-betul. Kalau awak jumpa dia lagi tolong pesan dekat dia yang kami rindukan dia..kami sayangkan dia. Ituje kami minta dari awak. Awak lepaskan segala apa yang terbuku dekat hati awak yang selama ni awak simpan untuk V. Janji dengan saya." Kata jungkook. Dia menarik Irish ke dalam dakapannya. Dia juga turut menangis.

   Malam itu, Irish tidak dapat tidur. Dia masih memikirkan rahsia yang di simpan oleh kawan-kawannya. Sedang dia sibok mememikir, dia marasakan ada seseorang betul-betul berdiri di luar berandanya. Cepat- cepat dia keluar. Akhirnya tekaan dia tepat apabila melihat V betul- betul berdiri di luar beranda.
   "Kau buat apa dekat sini?" tanya Irish. Tetapi V hanya tersenyum.
   "Aku tanya..gila eh senyum sorang-sorang" sindir Irish. Dari awal dia berjumpa V selepas sedar dari koma, V selalu senyum ke arahnya.
   "Nanti senyuman ini yang kau rindu.." kata V tenang. Dia akui bahawa senyuman V adalah yang paling menawan. Lagi-lagi masa V senyum sehingga menampakkan taringnya.
  "Dahlah....hajat kau datang sini nak apa? sehari suntuk tak nampak kau dekat sekolah tadi. Tiba-tiba je muncul." tanya Irish.
  "Kau taknak cakap apa-apa ke dengan aku?" tanya V.
  "Maksud kau?" tanya Irish pula. Kini soalan berbahagi soalan.
  "Cepatlah luahkan dekat aku." kata V.
  "V...aku sayang kau." kata Irish.
  "Aku sayang kau juga. Kau tahu?, kau lah kawan baik aku." kata V. Irish yang mendengar kata-kata V terus memeluk V.
  "V aku tak tahu lah kenapa tapi aku rasa aku macam nak luahkan segalanya dekat kau..aku sayang kau..sayang sangat. Aku tak nak kau pergi tinggalkan aku. Aku tak tahu kehidupan aku tanpa kau. Kalau boleh aku nak kau selalu bersama dengan aku. Aku nak minta maaf kalau selama ni aku bukanlah kawan yang terbaik untuk kau. Tapi aku cuba jadi yang terbaik. Banyak lagi perkara yang belum kita teroka bersama. Kau tahukan aku paling rapat dengan kau. V janji dengan aku jangan tinggalkan aku." Irish meluahkan segalanya. Hari ini sudah dua kali air mata Irish mengalir. Entah kenapa dia berasa lega selepas meluahkan segalanya pada V.
   "Aku janji aku akan selalu bersama dengan kau..di hatikau. Tapi kau kena janji dengan aku." kata V lagi. Kini dia menolak tubuh Irish untuk menghadapnya.
   "Aku janji." kata Irish.
   "Tolong jangan nangis lagi. Jangan nangis sebab aku. Aku terkseksa bila setiap hari aku lihat kau menangis. Kau kena tabah dan tak boleh berputus asa. Aku nak kau jalani hidup kau seperti biasa. Demi aku tolong." pinta V. Hanya itu yang dia harapkan dari Irish. Cukuplah Irish dapat tolong dia untuk tenang.Malam itu.V meluahkan masa bersama Irish.

 
Bersambung....
  
  
 
  
  
 

  
 

Just One DayWhere stories live. Discover now