HARA
Kaki melangkah masuk ke dalam kelas 3-D-1 . Hari ni aku datang lambat disebabkan abang aku yang tak guna tu berebut jamban dengan aku sampai tak sedar jam dah pukul 6.50 pagi . Kelas ni pagi-pagi buta dah bising . Sah sangat cikgu tak masuk lagi !
Aku berjalan ke tempat duduk ku sambil menguap . Sebaik sahaja aku duduk , terus aku letakkan kepala di atas meja . Baru mata ni nak tutup tirai dah datang sorang minah becok ni .
"Wei .. Hara . Asal kau lambat hari ni ?" Minah becok tu menepuk belakang ku dengan kuat. Terkejut aku !
"Wei babun ! Sakit lah .." Marah ku .
Jelingan tajam diberikan kepada minah tu . Sengih-sengih .. sepak kang terabur gigi !
"Sorry lah weh . Asal lambat ? Kau tak jawab lagi ."
"Abang aku yang bongok tu pi berebut jamban dengan aku . Jamban bilik dia tercabut . Entah macam mana dia buat aku tak tau ." Terasa geram pulak .
"B-berebut jamban ?? Pfft . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !!!" Gamat satu kelas dengan bunyi ketawa Shin Haneul .
Aku mencubit lengan si Haneul ni . Kuat betul dia gelak ! Cover lah sikit . Aku tahu lah kita ni sekolah perempuan .
"ADOI .. ADOI ! Ok ok . Aku senyap ." Haneul seperti memahami jelingan aku .
"Bagus lah kalau faham . Aku geram lagi kat abang aku tu . Yang peliknya , sampai tercabut jamban dia buat ! Beruk mana pi serang jamban dia tu ? Dah tercabut jamban tu , pi serang jamban bilik aku pulak . Beruk betul lah dia tu !!" Marah berluap-luap . Dah keluar asap . Tunggu meletus je gunung berapi aku ni . Siap kau , Min Yoongi ! Aku sumbat kau dalam jamban tercabut kau tuh balik sekolah nanti !
"Wowowowoo .. Relax lah ."
"Wei . Cikgu mana ? Tak masuk eh ?" Muka putih Haneul aku pandang . Terus hilang rasa mengantuk disebabkan meluahkan rasa geram tadi .
Haneul mengangkat bahu . Seluruh kelas masih kecoh . Yang kat depan tu dok conteng-conteng whiteboard . Tengah ni pulak dok bergosip pasal artis dengan abang-abang hencem seberang jalan tuh . Belakang sana kecoh pasal idol KPOP .
Aku dok terdengar diorang sebut-sebut nama BTS . Aku tau lah abang aku yang beruk tu member BTS ! HUH !! JANGAN HARAP AKU NAK TERIMA SALAH SORANG DARIPADA KORANG JADI KAKAK IPAR AKU !
"Aku dengar Mrs. Lee cuti bersalin . Ntah cikgu mana nak ganti dia .. aku tak tau ."
Aku hanya membalas kata-kata Haneul dengan 'hmm'.
"Wei .. Hara . Kita main dare nak ?"
"Dare apa ? Malas lah weh .." Aku mengeluarkan buku Sejarah . Buka muka surat berapa ntah lepas tu letak kepala atas meja . Ngantuk pulak !
"Alahhh .. Jom lah ! Aku nak challenge kau ni ." Haneul menarik-narik lengan ku .
"AISH ! BUDAK NI ! HAH ! APA DIA ?!" Naik angin sebab tidur dikacau .
Sengih lagi . Tolong lah .. Aku tak nak jadi budak jahat . So , please jangan buat aku jadi jahat . Kang tak fasal-fasal gigi kau yang tersusun cantik tu dirongakkan aku ! Kerbau pun tak ingin dekat dengan kau !
"Aku dengar kat sekolah Ivy International Highschool tu ada sorang mamat ni hencem gila nak mati !" Tiba-tiba si minah ni jadi gedik . Aku pandang dia dengan pandangan 'kau-dah-kenapa-huh-sawan-?'
"So ? Apa kaitan mamat tu dengan hidup aku sampai kau nak challenge aku bagai ni ?!" Dah berapi ni . Baik kau cepat , Haneul . Aku nak sambung tidur ku yang tergendala oleh ribut gedik kau ni .
YOU ARE READING
psycho love + min yoongi & cha hakyeon
Fanfiction++"Kalau kau berjaya, aku akan belanja kau." "Serius la wehh? Okeh. Aku buat." Disebabkan satu game, Min Hara sanggup berpindah sekolah semata-mata untuk cari orang tu. "Aku tak mintak pun kau jadi abang aku."- Hara "Tanggungjawab aku sebagai aban...