Part 1

122 7 9
                                    

"Twinkle, twinkle little star.. how i wonder what you are.."

"Amin dah tidur dah ?" tanya Encik Razi memandang isterinya.                                  

"Dah bang, nyenyak je dia tidur comel sangat muka Amin bila tidur." balas Puan Lina lembut.

"Lina harap Amin ni akan membesar dengan sihat dan kuat walaupun keadaan dia macam ni.. Lina nak dia ada ramai kawan yang setia dengan dia walau dalam keadaan susah dan senang." katanya lagi.

"Abang pun harap macam tu yang sama-samalah kita doakan ye.. dah jom masuk tidur." balas suaminya.

"Ibu tidur dulu ye sayang. Selamat malam." Puan Lina mengucup dahi Amin lembut.

5 Tahun kemudian.....

"Hari ni sepatutnya hari pertama Amin di sekolah kan ? Marilah kita sama sama hantar dia"ajak Encik Razi kepada isterinya.

"Baik bang, tapi abang yakin ke dengan keputusan kita ni hantar Amin ke sekolah ni dan mendaftarkannya ke dalam kelas biasa dan bukannya kelas pendidikan khas?" tanya Puan Lina bimbang.

"Bukan ke ayang pernah kata lebih baik Amin dihantar ke kelas biasa supaya dapat biasakan diri?" soal Encik Razi semula.

"Ayang jangan risau la, yang penting kita mesti positif dan bertawakal ye?" pujuknya lagi.

Puan Lina mengangguk akur dengan nasihat suaminya.

Kini Amin sudahpun berusia tujuh tahun,ini bermakna dia perlu memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Walaupun Amin merupakan kanak-kanak kelainan upaya, Encik Razi dan isterinya tetap mahu Amin belajar di kelas yang sama dengan kanak-kanak lain yang normal.

"Ibuuu.." Amin memanggil ibunya.

"Amin nak turun ke? sekejap ye ibu bawa Amin turun." sahut Puan Lina.

"Semua dah siap ke ? Baiklah jom kita gerak sekarang. Mak Ani tolong tengokkan rumah ye." ajak Encik Razi sambil memesan kepada orang gajinya.

"Jom !!!" teriak Amin yang bersemangat untuk ke sekolah baharunya.

Encik Razi menghidupkan enjin keretanya lalu bersama-sama anak dan isterinya bersedia untuk menghantar Amin ke sekolah dan buat pertama kalinya Amin akan bergaul dengan rakan-rakan seusianya nanti. 

Encik Razi dan Puan Lina berasa gembira melihat Amin yang seronok dan tidak sabar-sabar untuk ke sekolah. Pada masa yang sama, mereka juga berasa bimbang kerana memikirkan Amin mungkin akan berasa tidak selesa dengan keadaan yang bakal menimpanya kelak.

~BERSAMBUNG~

P/S: macam mana dengan part 1 cerita ni ? first time publish story, kekok sikit maaf kalau ayat-ayat yang digunakan agak cliche dan isinya kurang menarik. Sye cuba selitkn unsur-unsur yg boleh mnyntuh emosi semua. Diharap semua dpt ikuti cerita ini ke part seterusnya. Kalau ada teguran , mohon komen yaa, huhuhu... terima kasih. Bye!!

Diari Dari AminWhere stories live. Discover now