Part 3

76 6 3
                                    

'Kringggggg~' loceng berbunyi menunjukkan telah tiba waktu rehat bagi semua murid Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

"Baiklah murid-murid sampai di sini kelas kita hari ini, kamu semua boleh pergi keluar rehat." kata Cikgu Shamsul selaku guru matematik kelas 1 Bestari.

"Bangun...! Terima kasih cikgu.!"

"Terima kasih cikgu.!"

Ketua darjah mengucapkan terima kasih bersahutan suara murid-murid yang lain.

"Amin, jom pergi kantin. Kamu nak makan apa hari ni? " tanya Fahim, kawan baik Amin semenjak hari pertama persekolahan lagi.

"Saya tak kisah, apa yang kamu beli saya makan je." sahut Amin.

"Baiklah."

Mereka berdua berjalan bersama-sama ke kantin sambil diperhatikan oleh beberapa pasang mata yang kelihatan tak mesra.

Ketika hari pertama persekolahan, hanya Fahim seorang yang menegur Amin untuk menjadi kawannya. Dia juga tidak berasa malu untuk berkawan dengan Amin bahkan sudi menjadi kawan baik Amin dan sedia menolongnya dalam apa-apa perkara. Walaupun baru berusia tujuh tahun, Fahim dah menunjukkan sikap setiakawan yang tinggi terhadap Amin mungkin kerana dia cepat memahami keadaan Amin.

Selepas menunggu dalam barisan untuk membeli makanan, tiba giliran mereka untuk membeli makanan. Menu pada hari itu, adalah nasi goreng  dan nasi lemak serta kuih muih. Setiap jenis juadah diletakkan betul-betul bersebelahan antara satu sama lain. Fahim memegang tangan Amin, kemudian menggerakkan tangannya satu persatu bagi memberitahu arah kedudukan makanan itu. Pekerja kantin yang berada di situ, tersenyum melihat perilaku dua sahabat itu.

Usai makan, mereka berdua berjalan berpimpin tangan ke koperasi kerana Fahim ingin membeli pensel dan pemadam. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan satu-satunya kumpulan murid darjah enam yang amat nakal. Mereka terdiri daripada Adam, Nazri dan Ijat.

"Eh dik, nak ke mana tu?" tanya Ijat.

"Kami nak ke koperasi bang." sahut Fahim perlahan.

"Nak kitorang teman ke?" tanya Adam pula.

"Er, tak payah la bang. Kami boleh pergi sendiri." Fahim mula bimbang.

"Meh aku pimpin tangan kau ye." Adam menarik tangan Amin dengan kasar dan terlepas dari pegangan Fahim.

"Abang semua janganlah kacau kami !" Fahim memberanikan diri untuk menengking mereka manakala Amin memanggil Fahmi apabila menyedari bukan tangan Fahim yang memegangnya.

"Amboi ! kau tu baru darjah 1 berani nak lawan kitorang ! Kau jangan sampai aku bagi...."

"Woi !! korang buat apa tu haa !!" belum sempat Nazri yang sedang mengangkat tangan ingin memukul Fahim dua orang pengawas sekolah mengejutkan mereka.

"Singa sampai woi, dah dah ! Jom blah. Nasib korang baik kali ni, wait and see !" Adam memerli sambil bersuara memberi amaran kepada mereka.

"Adik berdua tak apa-apa?" tanya Fatin dan Mira. Mereka berdua merupakan murid darjah enam dan merupakan pengawas sekolah. Mereka sering memerhatikan Fahim dan Amin kerana bimbang mereka akan diganggu oleh tiga orang budak lelaki tadi.

"Kami okay kak. Terima kasih sebab tolong kami." Fahim dan Amin mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.

"Kalau ada apa-apa masalah kamu berdua carilah kami ye." pesan Mira.

"Baik kak. Terima kasih sekali lagi, kami pergi dulu ya." Amin pula bersuara.

"Okay, hati-hati ye." senyum mereka.


~BERSAMBUNG~


Diari Dari AminWhere stories live. Discover now