Bab 5

1.1K 88 4
                                    

Di dalam mimpinya,dia berada di hadapan rumahnya yang lama.Kelihatan di sebalik tingkap rumah tersebut, dua orang kembar sedang bermain kejar-kejar di ruang tamu.Mereka adalah dirinya sendiri dan Blaze.Ibu mereka sedang memasak di dapur,manakala bapa mereka sedang membaiki lampu. "Saya ingat masa ni aku terjatuh dan satu gigi aku patah" ucap Ice.Seperti yang dikatakan,ketika si kecil Ice sedang mengejar Blaze tiba-tiba kakinya tersandung pada sebuah bongkah kayu mainan dan terjatuh.Si kecil Ice menangis dengan kuatnya kerana satu giginya tercabut.Ibu mereka segera menghampiri lalu membawa Ice ke dapur.Blaze hanya mengikuti dari belakang.

Selepas berkumur,Ice hanya duduk di atas kerusi dengan muka yang cukup sedih.Blaze masih berdiri di sebelah ibunya yang sedang memasak.Ibunya menyuruh Blaze pergi pujuk Ice yang sedang bersedih itu.Tanpa melawan kata-kata ibunya,Blaze pun menghampiri kembarnya.Dia cuba sedaya upaya untuk mengembirakan Ice tetapi semuanya tiada kesan. "Hahaha.Lucu juga ye Blaze tu.Menyesal pula aku tak ketawa masa tu" ucap Ice.Lalu,si kecil Blaze mendapat satu idea dan pergi ke atas sebuah kerusi.Si kecil Ice hanya memandang tingkah laku Blaze sehingga sesuatu mengejutkan si kecil Ice.Si kecil Blaze telah melompat dari kerusi tersebut dan mukanya menghempas lantai.Ibu dan bapa mereka terdengar dan lantas berlari ke bahagian depan.Kelihatan mulut Blaze dipenuhi darah kerana sebatang giginya telah tercabut disebabkan hempasan tersebut.Ibu mereka segera membawa Blaze ke dapur sementara bapa mereka membersihkan sedikit darah di atas lantai.

Selesai semuanya,si kecil Blaze segera mendekati si kecil Ice lalu menunjukkan dia sesuatu. "Adik,abang pun dah takde gigi kat bahagian ni.Tengok.Sama macam adik" ucap si kecil Blaze sambil tersenyum.Si kecil Ice mengukirkan sebuah senyuman dan memeluk si kecil Blaze.Mereka ketawa dengan girangnya.Ice yang masih berdiri di luar rumah itu hanya melihat dengan hati yang sangat sedih.Sesungguhnya,dia ingin kembali ke zaman itu.Dia ingin bersama dengan Blaze.Bersama dengan ibubapa mereka.

Tiba-tiba dia berada di mana pekan yang mereka tinggal telah diserang.Kedengaran jeritan dari penduduk yang cuba melarikan diri tetapi gagal.Ice terpandang di sebalik pokok,dirinya dan Blaze sedang bersorok.Blaze mengintai kalau-kalau ada tentera yang sedar akan mereka.Ice hanya berada di belakang Blaze sambil menggenggam fingerlist milik Blaze.

"Adik,abang nak adik lari"

'Ucapan tu...' desis hati kecil Ice.Dia melihat beberapa orang tentera semakin hampir dengan tempat persembunyian mereka.Dengan segera,dirinya yang kecil itu lari manakala Blaze hanya tersenyum melihat kembarnya lari.Ice hanya memandang Blaze yang sedang bertarung nyawa dan tiba-tiba dia terkejut apabila si kecil Blaze memandangnya dengan sebuah senyuman walaupun mukanya menunjukkan yang dia risau.

Tanpa disangka Ice,satu bunyi tembakan dilepaskan dan terkena Blaze.Blaze jatuh dan dalam keadaan lemah.Dia melihat Ice sekali lagi sambil mengatakan "m...aaf kan...a...aku".Ice tidak dapat membendung perasaannya itu apabila melihat Blaze terbaring di atas tanah.Dia memanggil nama Blaze berkali-kali sehinggalah dia tersedar dari mimpi.Bantalnya basah disebabkan air matanya yang deras keluar.Dia segera bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi untuk membasuh muka.Dia melihat dirinya di depan cermin dan teringat akan kata-kata si kecil Blaze di dalam mimpinya itu.

- bersambung -


Long Lost Twin~!Where stories live. Discover now