Bab 8

953 79 0
                                    

Sesampainya sahaja di apartment Ice,dia segera menyediakan sebuah bantal,tilam dan selimut untuk Blaze. "S-Saya pergi mandi dulu" ucap Ice lalu masuk ke dalam biliknya.Biliknya mempunyai sebuah bilik mandi.Blaze hanya menganggukkan kepala lantas mencapai tuala yang disediakan dan terus ke sebuah lagi bilik mandi yang terletak dibahagian dapur.

"Segar badan~"

Blaze pun keluar setelah selesai mandi dan memakai baju didalam bilik mandi tersebut. 'Eh? Ice belum keluar lagi ke?' desis hati Blaze.Dia langsung tidak melihat Ice keluar dari biliknya.Sementara menunggu Ice keluar,Blaze ke dapur untuk memasak sesuatu memandangkan perutnya telah berbunyi menandakan yang dia kelaparan.

Sebenarnya,Ice sedang berehat di atas katilnya selepas selesai mandi.Dia memejamkan matanya dan cuba tenangkan diri. 'Abang ada kat sini.Aku kena buat macam dia tu kawan aku tapi..' ucap Ice didalam hati dan segera membuka mata.Dia terhidu sesuatu yang sangat sedap datang dari arah dapur. "Abang ke yang memasak?" tanya Ice kepada dirinya sendiri.Dia lantas bangun dan memakai baju lalu dia pun keluar.Kelihatan Blaze sedang memasak dengan tekunnya.Ice segera menghampiri dan menegurnya.Blaze sedikit terkejut lantas memandang Ice. "Keluar pun.Ingatkan tak" ucap Blaze. "Mesti lah keluar.Takkan nak berperap je kat dalam bilik.Umm~~Sedapnya~" balas Ice sambil menghidu aroma masakan Blaze. "Hah! Kalau sedap,tolong saya sediakan pinggan.Kejap lagi,masakan ni siap.Kalau tak,takde makanan untuk kau" perli Blaze. "Ehhh?!! Saya nak makan juga!!" ucap Ice dan segera menyediakan 2 buah pinggan dan sudu.Blaze hanya tersenyum melihat gelagat Ice.

Selesai semuanya,mereka pun menjamu selera.Semasa makan,Blaze sempat lagi mengusik Ice. "Jangan lah mengusik saya!" marah Ice.Dia tidak suka apabila seseorang mengusiknya ketika makan. "Maaflah~Tak sengaja pun" ucap Blaze.Ice hanya menyambung makan walhal hatinya sangat gembira kerana dia dapat makan bersama Blaze,satu-satunya keluarga yang tinggal dalam hidupnya.Selepas makan dan mengemaskan kesemuanya,Blaze segera mencapai komputer ribanya di dalam beg dan menghidupkannya.Dia ingin menyambung kerjanya yang hampir siap sebentar tadi.Sedang tekun dia menaip,dia merasakan seperti seseorang memerhatinya dari sebelah.Apabila dipandang,rupanya Ice sedang khusyuk menengoknya.

"Apa tengok-tengok?Ada hutang?"

"Alah.Tengok jer pun"

Blaze hanya menghembuskan nafas berat dan sambung membuat kerjanya.Selepas 30 minit,dia merasakan bahunya berat.Apabila dipandangnya sekali lagi,Ice sudahpun tertidur sambil membaringkan kepalanya diatas bahu Blaze. 'Kejapnya dia boleh tertidur!' bisik hati Blaze.Dia ingin membangunkan Ice dan menyuruhnya tidur di dalam bilik tetapi hasratnya terhenti.Dia bagaikan tidak ingin membangunkan Ice lalu dia meletakkan komputer ribanya di atas lantai lantas mengangkat Ice dan membawanya masuk ke dalam bilik Ice.Dia membaringkan Ice perlahan di atas katil dan terus keluar setelah selesai untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.

Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam.Blaze bersyukur kerana kerjanya telahpun siap.Dia mematikan komputer ribanya dan meletakkan di sebelah tilam lalu membaringkan tubuhnya. "Letihnya.Esok kena bangun awal" gumam Blaze sebelum menyelubungkan dirinya dengan selimut dan tidur.Di dalam tidurnya,sekali lagi dia bermimpi tentang budak berjaket biru muda tetapi kali ini seperti budak itu ingin menunjukkan dirinya di hadapan Blaze. 'Siapakah dia?' ucap Blaze di dalam hati.

- bersambung -

Long Lost Twin~!Where stories live. Discover now