bab 1

7.9K 101 0
                                    

           "Oh noo! Aku dah lambat!! " Firash memakai uniform pilot nya itu kenudian menarik bagasi hitam lalu keluar dari rumah banglo tiga tingkat itu.. Kereta Porsche nya itu dipecut laju ke KLIA. KLIA dipenuhi dengan pelbagai bangsa dan kaum. Dia memparkir kan keretanya lantas masuk ke dalam KLIA.

                  "Reena, kau jangan lupa aku tau? Ingat aku sayang kau.. " kata Lya kepada Ereena dengan sedih kerana rakannya itu mahu pergi ke luar negara. "Ye la.  Aku pergi bukan lama pun sebulan je...aku nak tenang kan diri aku ni. " jawabnya sambil memeluk Lya dgn erat.kini tibalah masanya untuk Reena pergi ke kawasan untuk menaiki kapal terbang.Lya melambaikan tangannya ke arah Reena.

              Sebulan kemudian...
"Aduhh,mana Lya ni kata nak ambil aku ..dah nak dekat 20minit aku tunggu ni."bisik Reena didalam hati.Reena terasa seperti ingin pergi ke tandas, dia pun menuju ke tandas sambil memegang handphone untuk menghantar message kpd Lya. Sedang dia menaip, dia terasa kepalanya terhantuk dengan seseorang. Habis handphone nya pecah, manakala lelaki yg dilanggarnya pula tertumpah air kopi pada uniform pilotnya.

   "I'm sorry, are you okay? Oh no! Your phone is broken.. "Kata lelaki beruniform pilot itu. Wajah nya sungguh tampan dan tinggi lampai.terdongak Reena apabila melihat lelaki itu."Is okay, I'm sorry too ..habis kotor uniform awak terkena kopi.  " jawab Reena sambil menghulurkan tisu kepada lelaki itu. "But awak punya handphone pecah.. Banyak perkara penting yg adandi dalam phone itu akan hilang.. Nak saya gantikan atas kesalahan saya ini? "Kata lelaki itu . "Tak pe ,ni memang salah saya sebab saya yg tidak pandang hadapan ketika berjalan.Awak jangan risau dan tidak perlu menganti phone saya ni."jawab Reena kepada lelaki itu sambil tersenyum.

            "Okay.tak pe kalau you yg kata taknak I ganti.Baiklah kalau macam tu i pergi dulu."kata Lelaki pilot itu.Dia meneruskan langkah nya dengan pantas ."Firash" bisik Reena di dalam hatinya kerana terlihat name tag di uniform pilot itu ada tertulis namanya. Reena meneruskan langkah menuju ke tandas untuk membuang hajatnya itu.

           Selesai sahaja ke tandas, Reena ternampak rakan karibnya iaitu Lya yg sepatutnya ambil dia di KLIA. Reena melambaikan tangannya ke arah Lya untuk memanggilnya supaya datang kepadanya. Lya yg baru tersedar ada seseorang yg sedang melambaikan tangannya mula melemparkan senyumannya yg manis itu lalu menuju ke arah Reena.

            "Hye, how are you?"Tanya Reena sambil memeluk tubuh Reena dengan erat."owh ,im fine thank you"
Jawab Reena sambil tidak melepaskan pelukan Lya akibat rindu yg teramat.Lya satu2 nya sahabat susah dan senang nya  kerana ibu bapanya duduk di kampung.sedang Lya memeluk tubuh Reena dia terlihat lelaki tampan beruniform pilot sedang berlalu di belakang Reena.Reena tidak dapat melihatnya kerana sedang berpelukan dengan Lya,manakala Lya sahaja yg nampak pilot itu .Pilot itu tersedar bahawa Lya  sedang melihat dirinya,lalu dia memandang ke arah Lya dan memberi senyuman yg manis yg membolehkan Lya cair.

          "Wey,sudah la peluk aku!bila kau nak lepas ni?" Tanya Reena kepada Lya yg masih tidak melepaskan pelukannya dari Reena.
"Sorry2,aku cair tengok abang pilot tu."jawab Lya sambil memandang ke arah pilot itu.Lya memandang pilot itu sehingga tiada bayangannya."Asal kau cair ngn pilot tu.siap panggil abang bagai" soal Reena sambil menarik tangan Lya untuk menuju ke kereta mereka.Lya hanya mengikut Reena sambil tersenyum ."Abang Pilot tu senyum dekat aku...senyum diatu lain macam tau,boleh buat aku cair.Itula ciri2 lelaki  yg aku inginkan.Dia boleh buat aku cair dengan senyuman dia.Belum lagi dia buat benda sweet ataupun melamar aku ke kan?tup tup kang aku yang pengsan." Jawab Lya sambil terbayangkan situasi nya yg sweet itu.

            "Sudah2 la tu kau berangan..
Aku ni tak kisah pun lelaki macam mana .Janji hati dia sentiasa ikhlas dgn aku" jawab Reena sambil mengangkat keningnya.Lya hanya melihatnya sambil menekan kunci keretanya untuk membuka lock kereta.Mereka menaiki kereta lantas pulang ke rumah.

               Lya yg berbaring di atas sofa sambil mengelamun.Dia teringatkan Abang Pilot nya itu sambil tersengih sengih macam kerang busuk."kau ni asyik berangan jeee.Apa yg kau suka sangat ntah dekat dia tu?" Soal Reena sambil menonton televisyen .Lya hanya menjeling dan memuncungkan mulutnya sambil berfikir ."alah kau!! Tak salah aku minat dia,kau tengok nanti kalau jodoh kau dengan dia macam mana?aku aminkan je.." Kata Lya sambil memandang kearah Reena.

            "Asal pulak jodoh aku?kau yg minat dia kann.." Jawab Reena dengan hairan tiba2 pulak si Lya ni bercakap pasal jodoh dah macam ibunya sahaja.kalau telefon itu asyik menanya sahaja sudah ada calon ke tidak."alahh aku kan dah ada Faez,mana aku nak letak dia.walaupun aku minat Abang Pilot tu tetapi aku sayangkan Faez." Kata Lya sambil mencapai handphone nya .Mereka berdua berbual bual sehinggakan tertidur di ruang tamu itu.

        Firash turun dari tangga rumahnya lalu duduk di atas sofa yg empuk itu.Handphone nya itu dicapai dan menjawab panggilan seseorang apabila mendengar handphone  nya itu berdering."assalamualaikum Firash,kamu sihat?" Kelihatan suara lembut  seorg perempuan ."waalaikumussalam mummy,Firash sihat je.Hari ni Firash cuti ,so kalau mummy nak datang boleh je." Jawab Firash dengan manja."okay nanti mummy datang!" Jawab Datin Bella kpd anak lelakinya itu.

        Firash menaiki  tangga semula untuk bersiap siap kerana mummy nya itu ingin datang ke rumah banglo nya ini.Firash mencapai tuala lalu memasuki ke dalam bilik air.setelah selesai memakai baju dia terdengar kereta mummy nya itu lantas dia menuruni tangga dan membuka pintu.

        Firash menyalami mummy nya itu sambil mencium tangan mummy nya.Datin Bella melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil meletakkan handbag nya di atas meja kaca itu.Firash pergi ke dapur untuk membuat air untuk diberikan kepada mummy nya itu.Dia membawa dua gelas cawan dan sebuah jug berisi jus orange lalu diletakkan di atas meja ruang tamu.
Dia menuangkan jus itu ke dalam cawan lalu menjemput ibunya untuk meminum bersama.

        "Firash, bila kamu nak bawak mummy jumpa bakal menantu? Kamu tu makin lama makin tua. Nanti karang sampai ke bujang tak kawin2"Tanya Datin Bella kpd anak lelakinya. Firash menggaru kepalanya yg tidak gatal itu. Mukanya kelihatan resah dan seperti ingin mengelak dari ditanya soalan sebegitu. "Ke kamu ni bercinta dengan lelaki..? " smbung Datin Bella.
Firash kelihatan terkejut lalu bersuara "Apalah mummy ni..mana ada Firash bercinta dgn lelaki.kalau ada jodoh nanti Firash kawin lah"Datin Bella sungguh lega apabila anak nya tidak bercinta dengan kaum sejenis.

       "Wah ! Reena cantiknya baju tu..kau berlanja la aku pleaseee."Pujuk Lya kpd Reena sambil membuat muka comelnya itu."haihh,kau yg ajak aku pergi shoppingmall sebab kau nak beli baju apesal pulak aku yg kena berlanja."Jawab Reena yg tidak termakan dengan umpan comel Lya .

       "Alahh,kau kan anak dato.tak akan la tak boleh berlanja org tak matang macam aku ni?" Pujuk Lya lagi sambil meletakkan tangannya di atas bahu Reena."hello! Bapak aku yg kaya bukan aku..lagipun dia tak de kat sini .kalau aku tak de duit pon pandai2 la aku.tak pelah aku berlanja kau."Kata Reena dgn berasa kasihan terhdp Lya.

      Bacalah bab yg seterusnya iaitu pertemuan ABANG PILOT.
             

ABANG PILOTWhere stories live. Discover now