3 kali cinta?

41 2 0
                                    

Nama aku Aiman. Orang panggil aku Man. Itu nama panggilan aku. Pada asalnya aku di besarkan di seberang sebelah laut china selatan. Aku ni sebenarnya tak lah orang kata kacak sangat dan tidaklah buruk mana. Tetapi di atas nasib aku, aku sentiasa dapat awek awek yang lawa. Member member apa lagi menyirap lah kan. Tapi aku chill aku pandai. Boleh kata tiap tahun aku tukar awek. Playboy??? Bukanlah sangat, kadang kadang perempuan yg minta putus kadang kadang aku tapi kami putus dengan cara baik.

Hari yang indah tidak sama seperti hari hari yang lain. Aku pon keluar lah main basikal di sekitar kawasan kejiranan aku. Aku merasakan ada sesuatu bermain di fikiran tetapi tidak tahu apa. Sehabisnya bermain basikal aku cepat cepat masuk kedalam rumah dan menterjah komputer. Hahhh time tu famous media sosial laman buku ni, omputeh kata facebook. Aku pon dok sedap main main main sampai terlupa nak mandi dulu. Ketika aku sedang asyik scroll fb, tiba tiba, aku terlihat seorang gadis di "suggestion people" yg aku rasa nak add. Aku rasa dia cantik. Eh tidak tidak dia memang cantik. Hati ku bagai dipanah, jantung ku bagai disambar, aku tidak pernah merasakan sebegitu rupa perasaan selama ini. Aku pada mulanya rasa takut, rasa segan bukan sebab apa sebab tak kenal dia ni siapa. Tapi perasaan ingin kenal dia ni kuat, aku gigih menekan butang "ADD". Sewaktu itu lah aku cepat cepat menutup akaun facebook aku lalu cepat cepat pergi mandi. Aku tak mahu nak memikirkan sangat benda ni sebab iyalah kan aku betul betul nervous time tu. Sehinggakan benda itu masih terngiang ngiang dan bermain di fikiran ku. Aku rasa macam "shes the one" hahahahahaha apalah. Kecik kecik dah macamtu gatalnya. Lalu aku pon tertunggu tunggu.

Seminggu berlalu, aku menunggu dan berharap setiap waktu. Supaya dia perasan kehadiran aku ini. Aku makan tak selera, mandi tak basah, tidur tak lena. Hari hari aku tunggu dia. Sampailah satu ketika aku betul betul dah nak putus asa. Tetapi pada saat itu, selepas sebulan. Dia approve bhaiiiii hahahahahahhaha senyum sampai ke telinga aku. Happy dia lain macam beb. Tapi tulah lepas dia dah approved, aku tak berani lagi nak chat dengan dia. Sekarang dgn dulu lain bukan main boleh "intro pls? Wby?" Dulu lain sekarang lain. Hmm.... aku hampir putus asa untuk mendapatkan dia, lalu aku pon berlalu begitu sahaja. 3 tahun dah berlalu jadi aku pon "move on".

Haritu hari sabtu, sekolah pon cuti, aku pon merancang untuk bermain basikal pada petang itu. Aku mengajak beberapa rakan rakan ku tetapi tidak seorang pon yg mahu. Mereka semua hanya mahu berehat. Lalu aku pon membuat keputusan untuk mengayuh seorang diri. Sedang aku asyik mengayuh petang itu, aku terdengar bunyi anjing "woof woof", aku dahlah masih trauma kejadian dulu ketika aku digigit anjing, sampai skrng aku tak boleh lupa kisah tu, jadi aku mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Tidak sempat aku nak membuat pusingan basikal aku terdengar pula bunyi jeritan budak lelaki kecik. Aku merasakan mungkin kejadian yg sama berlaku pada budak itu seperti mana terjadi dkt aku. Lalu aku mengayuh basikal aku dgn lajunya untuk mencari dari mana dtgnya jerit itu. Lalu aku pon menjumpainya tak jauh pon dari rumah ku. Aku nampak seorang budak di gigit oleh anjing. Pada mulanya nak gelak tapi tak baik pulak. Lalu aku menghalau anjing itu mengunakan basikal aku. Fuhhh anjing ni boleh tahan fighter beb, dia melawan lain macam. Lama nak halau dia tetapi akhirnya aku berjaya. Budak itu lalu aku bertanya dia di mana dia duduk, dia menunjukkan ke satu arah yg tidak jauh dari rumah ku. Aku pon lalu menghantarnya balik. Setibanya di rumah lalu aku pon memberi salam dan seorang mak cik keluar. Aku menceritakan semua benda yg terjadi kepada anaknya. Cerita tu panjang lalu dia ajak aku duduk di halaman rumah untuk bersembang dahulu. Lalu dia memanggil anak dia untuk membuatkan air. Hehe. Tak sangka. Yang keluar tu gadis yg kulihat di fb yg aku cerita sebelum ni...ingat tak? Hahhhh dialahhhhh diaaa weh depan mata akuuuuuuuu warghhhh bahagianyaaaaaaa hahahaha melebih pulak aku ni. Gadis itu rupanya jiran aku.

Sejak dari itu kami kenal. Nama dia Ecah obviously lah bukan nama sebenar tapi itulah nama yg mak dia panggil dia. Sejak dari hari itu aku start chat dgn dia kat fb. Tak lama kemudian aku hari hari ajak dia lepak tapi iyalah dia kan perempuan jadi kami hanya melepak di halaman depan rumah dia sahaja. Hari hari lepak sampai setiap kali jiran jiran serta kawan kawan parents kami lalu kami ni disangka sedang bercinta. Hahahahahahhaa.
Tak lama kemudian aku berkata aku nak couple dgn dia. Lalu dia pon setuju. Kisah cinta ini iyalah kan, aku ni jenis cepat bosan. Setiap tahun tukar awek. Jadi tiba tiba dgn dia berlainan. Aku stay lama jugak dgn dia aku tak tahu kenapa. Aku tak cepat bosan. Dia lain. Dia bukan perempuan yg aku kenal sebelum ini. Shes totally special. Wahhhh keluar dah kan omputih aku. Tapi tulah. Hmm.

DIRIKU "penceritaan cinta berabad"Where stories live. Discover now