Sejak kita menjadi junior
Yang tak tahu tentang sekolah menengah
Yang tak tahu tentang asrama
Yang tak tahu tentang tarbiah
Banyak yang tak tahu.Bila diingat semula
Pasti tergelak ketawa
Malu tak tahu nak letak muka dimana
Ya , macam nak ubah sahaja segalanya
Perangai yang entah apa apa
Belajar selalu nak bersahaja
Macam macam yang senior kata tentang kita
Baik ada buruk ada
Lumrah manusiaCuma
Aku harapkan satu sahaja
Aku mahu kita bersatu
Walau ada dugaan menimpa
Walau ada berita suka
Walau ada berita duka
Kita kena selamanya bersatu
Teguhkan segala
Kerana kini kita sudah senior
Kita akan membentuk mereka
Mereka yang dulunya adalah kita
Ya , itu juniorSemoga kita selamanya bersama.
Batch yang digelar form seven.