#Nostalgia

17 2 0
                                    

Bila aku terlihat mereka berbaju kuning
Meraka berbaju hijau
Mereka ber-tshirt merah
Mereka berada dia kumpulan yg terakhir sewaktu perhimpunan pagi
Aku mesti teringat akan sidia

Si senyum senget
Si iklan darlie
Ya , aku ingat dia

Aku teringat
Dia di depan bilik kaunseling
Menegur aku yg sibuk di koridor
Menghadap dia
Ya , aku tak lupa

Aku teringat
Dia di hujung koridor bahagian lelaki
Aku di hujung koridor bahagian perempuan
Melambai tangan kepada aku
Aku tersenyum malu pula
Ya , aku tak lupa

Aku teringat dia dikoridor asrama
Aku di koridor bilik guru
Kami menghadap
Di lambai lagi
Dan aku membalasnya
Balas dengan segaris senyuman yang extra gula
Ya , aku tak lupa

Aku teringat
Dia dan aku satu kumpulan di kem
Aku rasa sangat bahagia
Tersenyum gembira
Kerana bersama dia
Dia sangat riang orangnya
Aku tak henti ketawa melihatnya
Ya , aku tak lupa

Aku teringat
Dia ke rumah si sepupu
Sepupu aku yg sebaya dengannya
Kami belajar disekolah yang sama
Dan rumah sisepupu di sebelah rumah aku
Sangat dekat
Banyak peluang untuk aku berjumpa dia
Tapi aku sia-sia
Aku segan sebenarnya
Ya aku tak lupa

Tapi itu dulu
Sekarang sudah tiada
Jauh dan tak lagi bersua
Sudah lama tak berjumpa
Sangat lama

Tapi tak mengapa
Aku pendam sahaja
Dia tidak tahu sebenarnya
Dia tidak tahu
Yang aku
Suka pada dia

Ya , dia

Sincerely ; me

Lumrah Where stories live. Discover now