#Manusia

12 1 0
                                    


Dalam dunia ini
Ada pelbagai watak manusia
Ada yang mempunyai wajah jelita
Ada juga yang kacak mukanya
Harta berlipat ganda
Tak habis dik 7 keturunan lamanya
Tapi sayang
Hatinya penuh kegelapan
Jiwanya tiada ketenangan
Setiap perbuatan sering diselangi keresahan
Masih belum mengecapi kepuasan
Kerana apa
Kerana kita lupa yang mengurniakan rezeki itu siapa
Kita leka dengan dunia yang fana
Asyik lena dibuai mimpi indah

Kita tak bersyukur
Malah lagi dibanggakan harta yang ada
Melupakan Dia Yang Maha Kaya
Yang mengurniakan rezeki

Kita tak bersyukur
Malah lagi ditayangkan wajah yang tampan dan jelita
Melupakan Dia Yang Maha Sempurna

Bila nak berubah ?
Kita yakin ajal kita masih lama ?
Sempat lagi nak kumpul pahala ?
Sudah bersediakah nak menghadap Dia Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya?

Jawapanya ada pada kita.
Tepuk dada tanya iman.

Lumrah Where stories live. Discover now