Rashid menahan kesan tirisan luka pada lengan kirinya. Darah yang mengalir menitis meninggalkan titisan darah di setiap laluan dari kelas 3 Delta ke bilik rawatan. Ratna yang merupakan guru praktikal dari Universiti Putra Malaysia yang kebetulan lalu di situ memaparkan reaksi yang benar-benar terkejut setelah melihat keadaan Rashid yang terhuyung-hayang sedang mengagahkan dirinya berjalan untuk menuju ke bilik rawatan. Segera dia mendapatkan lelaki berusia hujung lima puluhan itu dan memapahnya untuk menuju ke bilik rawatan bagi mendapatkan rawatan segera.
"Ya Allah, cikgu macam mana boleh tercedera ni?"soal Ratna kerisauan semasa cuba mendapatkan Rashid.
"Budak-budak tak guna tulah! Aku dah kata jangan main bola dekat depan kelas diorang ikut kepala keras diorang tu. Last-last jadi macam ni semua lari. Dasar budak tak guna!"getus Rashid.
"3 Delta ke?"soal Ratna seperti dapat menebak.
Rashid mengangguk.
Ratna hanya mendengus. Dia menggeleng. Dia baru sebulan memasuki ke dalam sekolah ini dan dalam sebulan ini dia memang sudah masak dengan perangai pelajar kelas 3 Delta. Sebuah kelas yang menjadi lubuk anak golongan elit yang di dalamnya ada yang pandai, kurang pandai dan bodoh. Faktor yang menjadi kelas ini sering mendapat dengusan dari para guru ialah sikap mereka yang keras kepala dan biadap serta tidak ada rasa hormat bukan sahaja terhadap guru malah terhadap warga sekolah lain. Bagi mereka, mereka bebas melakukan apa sahaja di sekolah ini kerana mereka menganggap guru adalah pekerja dan mereka adalah klien dan 'customer always right' selain peranan ibu bapa mereka yang banyak menyumbang dalam pembangunan infrastruktur, tajaan majlis-majlis dan aktiviti-aktiviti sekolah menyebabkan mereka merasakan diri mereka wajib dihormati setiap warga sekolah. PIBG sekolah inilah yang paling utuh disebabkan sumbangan kewangan dari ibu bapa pelajar-pelajar kelas 3 Delta.
Pelajar-pelajar kelas 3 Delta ini telah bersama sejak mereka berada di alam tingkatan 1 lagi. Sungguhpun kebanyakan mereka membenci sesama sendiri, namun ada satu undang-undang yang menjadi persetujuan di antara mereka iaitu mereka akan menghalang sesiapa sahaja pelajar lain untuk memasuki ke dalam kelas mereka lagi-lagi jika pelajar itu datang dari keluarga yang susah yang dianggap tidak setaraf dengan mereka. Mereka akan bersepakat mencari jalan untuk menyingkirkan pelajar baru itu walau dengan cara apa sekalipun. Mereka sudah menjalankan kegiatan ini sejak tahun pertama mereka di sekolah ini lagi. Tambahan pula, pengetua sekolah ini amat gentar dengan ugutan ibu bapa pelajar kelas ini memandangkan ibu bapa mereka mengugut akan menarik semula atau menghentikan sumbangan sekiranya pengetua gagal membendung masalah yang dihadapi anak-anak mereka.
Berbeza dengan Benjamin, Ben lain tidak seperti rakan-rakan sekelasnya. Ben pada asalnya dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan. Ibunya merupakan satu-satunya insan yang menjadi penjaganya. Ibunya itulah ibu dan juga bapa baginya. Bapanya sudah lama meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dia baru berumur setahun. Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah mudah namun semua itu telah berjaya ditempuhi ibunya. Buktinya, selain dapat mendidik Ben menjadi seorang insan yang berbudi pekerti dan menghormati orang tua, ibunya Datuk Masnah Ahmad kini merupakan seorang usahawan kosmetik yang boleh dikatakan terkenal di seluruh Malaysia. Kejayaannya yang dapat dicapai dengan sendirinya telah menjadikan dirinya diangkat sebagai ikon wanita bagi ibu-ibu tunggal untuk dijadikan sebagai inspirasi mereka.
"Bila trip korang pergi Melaka tu?"soal Ben kepada rakan baiknya, Reza sambil mencuci tangannya di sinki. Ben dan Reza sudah berkawan sejak mereka berusia 12 tahun lagi di mana ketika itu Ben baru sahaja berpindah dari Johor ke Selangor. Reza lah yang merupakan orang pertama yang menegurnya semasa hari pertama Ben bersekolah di negeri Selangor dan sejak hari itu, mereka terus berkawan baik sehingga hari ini sungguhpun mereka dipisahkan dengan kasta kelas. Datuk Masnah tidak menghalang persahabatan anaknya, malah dia lebih menggalakkan Ben untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan Reza sungguhpun dia tahu Reza bukan datang dari golongan yang berada.
YOU ARE READING
Dendam Cikgu Rashid
ActionDiinspirasikan dari filem blockbuster Jepun, Battle Royale, 'Dendam Cikgu Rashid' mengisahkan 37 orang pelajar tingkatan 3 dihantar ke sebuah bandar terbiar yang terletak di sebuah pulau terpencil. Mereka diberi peta, makanan, dan pelbagai senjata...