"What? Accident? Dekat mana? Serious ke?"soal Puan Kamsiah kerisauan.
"Tak ada serious sangat. Tak cedera apa pun. Cuma nilah sampai tiga kereta berlanggar saya rasa saya tak dapat pergi iring pelajar 3 D pergi lawatan tu."keluh Cikgu Latiff pada masa yang sama dia bersyukur tidak perlu mengiringi anak-anak orang kaya itu untuk pergi ke lawatan sungguhpun bahagian belakang keretanya remuk akibat kemalangan.
"Oh jadi memang tak boleh iringi diorang lah ni? Hmm...tak apalah Cikgu Latiff. Take care,ya."Panggilan diputuskan. Kamsiah terus mendapatkan Datin Shahrizat. "Datin!"
"Ya Kamsiah? Kenapa kelam-kabut ni?"soal Datin Shahrizat kepada penolong kanannya.
"Cikgu Latiff tak dapat nak datang, dia accident."
"What? Then siapa yang nak iring budak-budak ni?"Datin Shahrizat benar-benar kerisauan. Dia tidak mahu ada masalah lagi dengan pelajar-pelajar 3 Delta kerana dia tahu sekiranya lawatan ini terbatal, maka ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan akan datang menyerangnya terutama sekali Cik Puan Marina.
"Aduh macam mana ni?"gumam Kamsiah sendirian.
Datin Shahrizat hanya terdiam seketika.
"Saya boleh bantu Datin."kata satu suara dari belakang. "Lagipun saya memang akan sertai mereka pun sebagai peserta disebabkan ajakan mereka. Tapi memandangkan Cikgu Latiff tak boleh pergi maka biar saya ganti jadi guru pengiring."tambah Ash lagi.
Datin Shahrizat menghembus nafas lega. "Thank god!"
"Tapi awak tau ke macam mana nak manage diorang tu nanti?"soal Kamsiah.
"Saya pernah handle satu rombongan dekat sekolah lama saya. Jadi saya tahu apa yang patut dibuat."
"Okey great, cepat naik. Diorang dah tunggu tu."arah Datin Shahrizat.
Ash hanya menurut. Tidak lama kemudian, tayar berpusing memulakan perjalanan yang tidak akan dapat dilupakan.
-----
"Tuan, bas sudah bergerak. Seperti yang dirancang, Encik Ashriq yang menggantikan Encik Latiff."maklum seorang lelaki berkaca mata hitam yang sedang duduk bersandar di dalam sebuah van hitam.
"Hanya dia seorang sahajakan yang menjadi pengiring? Jangan ada cikgu lain yang mengiringi mereka."
"Jangan risau, Tuan. Saya sudah memeriksa dan hanya Ash sahaja guru pengiring mereka."
"Bagus. Bagaimana dengan situasi Encik Latiff sekarang?"soal Rashid.
"Encik Latiff tidak tercedera. Orang-orang kami melanggar keretanya dengan impak yang perlahan. Hanya bahagian belakang keretanya sahaja yang remuk."
"Bagus. Pastikan mereka tiba di sini secepat mungkin. Saya sudah tidak sabar untuk melihat mereka membunuh sama sendiri."
Panggilan diputuskan.
-----
"Ben, aku nak gerak duduk dengan Dashveen. Kau okey ke duduk sorang?"kata Rizal yang berasa sedikit serba-salah mahu membiarkan Ben duduk seorang diri.
"Pergilah Zal. Aku tak kisah pun duk sensorang. Dah selalu keseorangan."balas Ben.
"Alahai pasrahnya ayat. Okeylah aku cau. Nak layan blue dengan Dashveen."kata Rizal sambil tersenyum menyeringai lalu terus mengambil backpacknya menuju ke tempat duduk kosong bersebelahan Dashveen.
YOU ARE READING
Dendam Cikgu Rashid
ActionDiinspirasikan dari filem blockbuster Jepun, Battle Royale, 'Dendam Cikgu Rashid' mengisahkan 37 orang pelajar tingkatan 3 dihantar ke sebuah bandar terbiar yang terletak di sebuah pulau terpencil. Mereka diberi peta, makanan, dan pelbagai senjata...