"Zariq! Cepat! Turun makan. Dah lambat ni. Nanti lewat pergi sekolah." Laung Ilham dari dapur. Perkakas dapur dicuci bersih. Sudah menjadi rutinnya setiap pagi menyediakan sarapan untuk anak tunggalnya. Sarapan penting untuk tu besaran anaknya.
Aiman Zariq berlari turun menuruni anak tangga. Kaki dihayun laju ke arah dapur. Tudung saji di atas meja makan dibuka.
"Nasi goreng lagi? Alah hari-hari makan nasi goreng hangit daddy ni. Tak mahu lah Zariq makan. Tak sedap!" Zariq memprotes. Tangan naik berpeluk tubuh, pipi dikembungkan.
"Makanlah sikit, nanti perut masuk angin. Anak daddy kan pandai. Malam nanti kita makan KFC nak?" Pujuk Ilham lembut.
Terus bersinar mata Zariq mendengar perkataan KFC. Laju sahaja dia labuhkan duduk di atas kerusi. Sudu dicapai dan nasi goreng disuap laju ke dalam mulut.
"Sedap tak?" Ilham bertanya.
"Okeylah dari kemarin. Hari ni tak pahit sangat." Ilham tersenyum mendengar komen anaknya. Kecil-kecil lagi dah cerewet makan. Sama juga seperti dirinya, terlalu cerewet dalam makanan tetapi sejak arwah isterinya meninggal tiada lagi istilah cerewet dalam hidupnya. Walaupun umi sibuk mencari isteri untuknya tetapi dia tidak pernah mengendahkannya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ikutkan hati, dia dah tak berniat nak kahwin lagi. Cukuplah jika ada Zariq yang menemaninya.
"Daddy tak makan?" Soal Zariq. Wajah daddynya dipandang. Nasi di dalam mulut dikunyah perlahan. Air milo yang masih berasap turut dicicip perlahan.
"Daddy dah makan. Zariq lambat sangat." Jawab Ilham. Senyum tersungging di bibirnya melihat cara Zariq makan. Gelojoh.
'Cakap tak sedap, tapi makan macam tak jumpa makanan setahun.' Desis hati Ilham. Kepala digeleng-geleng dengan telatah anaknya.
Briefcase dan kunci kereta dicapai. Kaki dihayun ke arah pintu besar. Pintu dibuka luas.
Zariq yang baru selesai makan, mengangkat pinggan dan cawan yang sudah kosong ke dapur. Diletakkan ke dalam singki. Kaki berlari anak ke depan pula sebelum beg sekolah dicapai.
"Tu, van dah sampai. Salam tangan daddy." Tangan dihulur kepada Zariq.
Zariq menyambut tangan sasa daddynya. Kekura tangan Ilham dikucup kasih.
"Petang nanti duduk elok-elok dengan maktok. Jangan nakal-nakal, kesian kat maktok. Daddy balik kerja, daddy ambil Zariq yer." Pesan Ilham panjang lebar. Kepala Zariq yang menunduk menyarungkan kasut sekolah, diusap.
Zariq mengangguk. Lantas dia bangun berdiri, telapak tangan kecilnya menekup kedua-dua belah pipi Ilham sebelum pipi Ilham dikucup kiri dan kanan. Begitulah rutin harian mereka setiap hari, kecuali pada hari cuti.
*****
"Selamat pagi doktor Ilham. Happy hari ni." Tegur Nisa seorang jururawat yang bertugas bersama Doktor Ilham. Ilham Wazir seorang Pakar Paediatric di KPJ Specialist Hospital. Doktor yang menjadi kegilaan jururawat muda di KPJ. Cukup pakej dengan rupa dan tubuh sasanya.
"Happy la, teringat anakanda kat sekolah. Macam-macam dimintanya." Kepala digeleng teringat Zariq yang meminta robot transformer sebagai hadiah sekiranya keputusan peperiksaan Zariq memuaskan.
"Oo... Ingatkan senyum senyum ingat buah hati."
"Itu buah hati saya lah tu." Jawab Ilham sambil senyum nipis.
"Nisa, saya nak melawat wad dulu. Tolong bawa masuk fail patient dalam bilik saya ya." Ujar Ilham lagi sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya. Briefcase diletakkan di atas meja. Punggung dihenyak di atas kerusi. Gambar arwah isterinya di atas meja direnung.
YOU ARE READING
Mr Hot Daddy( New VERSION)
ChickLitHidup Ilham Wazir hanya berkisar tentang anak, umi dan babahnya. Cukuplah keluarga kecil mereka bahagia. Baginya, keluarga kecil itu sudah lengkap walaupun dia tiada peneman hidup. Suri hidup bukanlah satu keperluan. Salam dan layanan mesra dari rak...