"Morning Suraya. Awal you pagi ni." Sapa Ilham pada teman sejawatnya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam lift. Hanya mereka berdua di dalam lift. Mungkin sebab hari masih awal pagi.
"Saja datang awal nak elak jammed, rumah I pula jauh tak macam you. Sejengkal je." Balas Suraya dengan senyum manis.
"Eh mana ada sejengkal. Pandai-pandai je you ni." Ilham ketawa kecil. Mata memandang Pakar Paediatric Surgeon di sebelahnya. Cantik orangnya dan berkaca mata. Mereka selalu bergandingan bersama ketika bekerja jika melibatkan pembedahan.
"Selamat pagi doktor Ilham, doktor Suraya." Tegur Nisa, jururawat bahagian wad paediatric sebaik pintu lif terbuka.
"Pagi." Jawab Ilham dan Suraya serentak.
"Ehh! Doktor datang sama-sama ke? Atau ada something yang kami tak tahu ni." Nisa kecilkan mata memandang Doktor Ilham dan Doktor Suraya. Sepadan betul. Bagai pinang dibelah dua.
"Jangan nak bergosip pagi-pagi ni, saya terserempak dengan Suraya dalam lift. Korang semua ni tak ada kerja lain ke duk bertenggek ramai-ramai kat depan ni." Soal Ilham bila melihatkan jururawat-jururawat wad paediatric berkumpul dimeja depan lift.
"Kami ni sebelum buat kerja kena tengok muka doktor Ilham dulu, baru semangat nak buat kerja. Kan doktor Suraya?" Mayura menjawab. Dia salah seorang jururawat berbangsa Siam.
Laju Suraya mengangguk.
Pantas lengan Ilham disauk tanpa silu.
"You all semua jangan nak potong line I. Ilham Wazir, I punya."
Ilham terkejut dengan tindakan Suraya tetapi riak tidak sukanya dikawal. Dia tidak mahu mengaibkan Suraya di hadapan staffnya.
"Hurmm.. Suraya. I ada hal sikit. You jalan dulu." Tangan Suraya dirungkai dari lengannya.
Dia mahu selesaikan tugasnya awal pagi ini cepat-cepat. Sebab nanti dia perlu ke kliniknya di tingkat bawah. Mesti ramai pesakit yang menunggu untuk diperiksa.
Tiba-tiba dia teringatkan Amanda yang mengambil medical leave, tetapi manager radicare belum diberitahu. Kalau tak diberitahu, risau juga jika Amanda akan diberhentikan kerja.
Lantas lham menghayun langkah laju meninggalkan Suraya.
Sampai ke bahagian yang dikhaskan untuk pekerja radicare, pintu yang tertutup rapat itu diketuk.
Tokk.. tokk..
"Assalamualaikum. Siapa manager radicare?" Soal Ilham sebaik pintu dibuka dari dalam. Ramai pekerja radicare yang sedang bersiap untuk memulakan tugas barangkali. Semuanya berseragam hijau.
"Saya, Firash. Kenapa doktor?" Soal Firash bila terpandangkan name tag yang dipakai Ilham.
"Macam ni, semalam saya tolong seorang pekerja radicare yang hampir-hampir kemalangan. Kalau tak silap, nama dia Amanda Aisyah. Dia dapat MC seminggu. So, saya datang sini nak tolong inform. Kesian juga, dia tak ada phone nak inform." Terang Ilham panjang lebar. Tetapi tidak pula diberitahu dia lah orangnya yang hampir melanggar Amanda sebenarnya.
"Manda? Dah tu dia kat mana sekarang? Teruk ke accidentnya sampai seminggu MC." Riak wajah Firash cemas, mungkin risaukan Amanda.
"Kat rumah dia lah kot. Kaki dia seliuh jer. Okeylah, saya keluar dulu." Tangan dihulur, berjabat tangan dengan Firash.
Muka si Firash tu gabra sangat kenapa? Amanda tu awek dia ke? Tapi Amanda cakap kemarin first day dia, takkan dalam masa sehari dah dapat boyfriend. Janggut sejemput didagunya ditarik-tarik. Fikiran melayang fikirkan Firash.
'Yang aku ni pulak nak sibuk-sibuk hal perempuan meroyan tu kenapa.' Kepala tergeleng-geleng pula. Buang masa dia fikirkan perihal Amanda. Teringatkan kerja yang banyak sedang menunggu, Ilham lajukan langkah. Kalau boleh terbang dah lama dia terbang.
*****
"Zariq mana, umi?" Tanya Ilham sebaik melangkah keluar dari pintu kereta. Puan Maimunah pula ralit menanam pokok di halaman depan rumah.
"Zariq kat dalam dengan tok abahnya lah. Layan spongebob. Am tak nak masuk dulu ke? Umi masak nasi minyak kari ayam. Kan Am suka makan nasi minyak." Puan Maimunah sudah bangun berdiri. Getah paip dicapai, tangannya yang bersalut tanah, dibasuh bersih.
'Apa aku nak jawab dengan umi ni? Dah suruh Amanda masak nasi minyak, ni umi pun masak nasi minyak. Pecah perut aku nanti.' Desis hati kecil Ilham . Belakang leher digosok-gosok memikirkan jawapan yang sesuai supaya uminya tidak terasa hati.
"Hmm.. tak apalah umi. Am dah kenyang makan dengan kawan-kawan kat hospital tadi. Badan pun letih ni, banyak kerja tadi. Ingat nak balik awal sikit boleh tidur awal malam ni." Alasan diberi.
"Kalau macam tu, umi bungkuskan lah. Kot kot tengah malam karang Am lapar, boleh panaskan. Sekejap umi letak dalam tupperware." Puan Maimunah sudah melangkah masuk ke dapur.
"Maafkan Am umi, terpaksa menipu pula." Ilham menggumam halus. Hati sini nak kena jaga sebab Puan Maimunah itu uminya, tetapi hati sana pun nak kena jaga juga. Karang Amanda mogok tak mau masak, dia dengan Zariq juga yang kelaparan nanti.
Tangan diseluk didalam poket. Badan disandarkan ke pintu kereta, menghayati kehijauan tanaman umi. Umi memang rajin menanam, isi masa lapang selain tolong jagakan Zariq. Babah pula selepas kena stroke, sudah jarang bercakap. Duduk seharian depan televisyen dari pagi sampai ke malam. Makan, mandi, pakaian semua diuruskan umi. Sebiji perangai macam budak kecil. Kesian umi.
"Daddy.. Jom balik. Ariq rindu kakak." Kata Zariq sebaik keluar dari rumah. Beg sekolahnya digalas.
"Kakak? Kakak mana pulak ni Am? Kamu jangan macam-macam. Suruh kahwin tak nak." Puan Maimunah muncul dari arah pintu dapur dengan plastik berisi bekas makanan di tangan.
"Tak ada lah umi. Zariq ni teringat jiran sebelah lah tu." Isyarat mata diberi pada anaknya. Dikenyit-kenyit mata. Mati aku kalau Zariq bocor rahsia. Mahu kena pelangkung dengan selipar jepun.
"Kakak Manda la maktok. Cantik. Daddy cakap tukang masak. Kakak goreng bihun pagi tadi sedap." Zariq berterus terang. Budak-budak mana pandai nak menipu.
Membulat mata Puan Maimunah. Terkejut.
"Hah! Tukang masak? Duduk satu rumah? Satu bilik ke? Astaghafirrullah alazim Ilham Wazir!" Panjang harakat Puan Maimunah menyebut nama anak tunggalnya.
"Betul ke apa Zariq cakap ni?" Nada suara Puan Maimunah sudah meninggi. Boleh bergegar satu taman rasanya.
Zariq ni tak boleh simpan rahsia langsung. Mulut bocor. Wajah anak tunggalnya dijeling. Geram.
'Mati aku! Apa nak jawab ni?' Rambutnya dilurut lagi, habis serabai rambut pacaknya.
"Err... Err... Umi dengar dulu apa Am nak explain. Rileks umi. Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus.." Takut melihat wajah uminya yang menyinga. Puan Maimunah memang garang.
"Tak payah duk tarik nafas sangat, cepat cerita kat umi." Suara Puan Maimunah mula mengendur. Punggung dilabuhkan diatas kerusi batu. Menunggu cerita anaknya.
Ilham mula menceritakan satu persatu tanpa tertinggal satu pun. Tidak sanggup dia mahu menipu lagi, kalau kantoi lagi confirm umi merajuk sebulan.
"Itulah, umi suruh kahwin tak nak. Macam-macam alasan Am bagi. Ni cari tukang masak pula. Am tu duda, dia pula anak dara. Tak elok duduk serumah. Am fikirlah apa yang umi cakap ni. Umi dah malas nak berleter panjang-panjang." Keluhan dilepas berat.
"Am pun dah 35 tahun. Dah matang. Dah boleh fikir yang mana baik yang mana buruk. Syaitan ni bersepah-sepah. Jangan tunjuk perkara tak elok kat anak. Sekarang mungkin belum jadi apa-apa, sebab tak ada perasaan lagi. Tapi nanti kalau nafsu yang menguasai macam mana." Sambung Puan Maimunah. Lantas dia bangkit dari kerusi di halaman rumah. Sedikit tersinggung dengan perangai Ilham yang belakangkannya. Dan yang paling penting, dia takut jika perkara yang tidak diingini berlaku. Manusia, mudah kalah dengan hasutan syaitan jika iman didada tidak kukuh.
Ilham terdiam. Nafas ditarik panjang. Betul juga kata uminya. Dia tak boleh tinggal satu rumah dengan Amanda. Orang alim ulama sendiri boleh tewas dengan hasutan syaitan, inikan dia yang iman hanya senipis kulit bawang.
YOU ARE READING
Mr Hot Daddy( New VERSION)
ChickLitHidup Ilham Wazir hanya berkisar tentang anak, umi dan babahnya. Cukuplah keluarga kecil mereka bahagia. Baginya, keluarga kecil itu sudah lengkap walaupun dia tiada peneman hidup. Suri hidup bukanlah satu keperluan. Salam dan layanan mesra dari rak...