BAB 3

35.8K 768 26
                                    

Sepanjang perjalanan, masing-masing diam membisu. Amanda hanya membuang pandang ke luar dari tingkap kereta. Segan mahu memandang ke arah doktor segak.

Ilham pula tekun memandu. Ralit memikirkan ayat yang sesuai mahu perkenalkan Amanda kelada uminya, tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Bibir mula melorek senyum penuh makna.

Tanpa amaran, lagi sekali keretanya diberhentikan di bahu jalan. Cuma kali ini tidak mengejut seperti tadi.

"Tu rumah umi saya yang warna oren." Beritahu Ilham tanpa sempat Amanda bertanya. Jari telunjuk dihala ke seberang jalan menunjukkan rumah batu berkembar.

Amanda hanya mengangguk. Dia nampak rumah itu walaupun pada jarak jauh.

"Awak pandai masak tak?" Soal Ilham.

"Kenapa doktor tanya pasal masak pula? Nak saya jadi tukang masak ke?" Soalan Ilham, Amanda balas dengan soalan. Pelik tiba-tiba tanya pasal memasak.

"Saya tanya, awak pandai masak ke tak?" Lagi sekali Ilham utarakan soalan yang sama.

Amanda membalas dengan jelingan.

"Pandai, tapi kalau masakan barat ni saya tak pandai. Kenapa doktor?" Soal Amanda tanpa dapat mengagak apa yang berada difikiran Ilham.

"Ahhaaa! Apa kata awak duduk dengan saya. Saya sediakan bilik untuk awak. Okey tak?" Kening dijungkit. Senyum senget terhias di bibir.

"Tak okey." Jawab Amanda. Kepala tergeleng-geleng.

"Apa yang doktor merepek ni? Tadi cakap nak bagi saya tumpang rumah umi doktor. Hishhh... saya bukan perempuan macam tu lah." Tangan disilangkan di dada. Badan dianjak ke belakang hingga tersandar rapat dengan pintu kereta. Seram. Ingatkan baik rupanya... ada udang di sebalik mee.

"Apa pula awak melalut ni. Awak ingat saya apa? Saya nak awak jadi tukang masak je kat rumah saya." Naik seoktaf suara Ilham. Perempuan ni memang suka fikir bukan-bukan ke.

"Masak untuk breakfast dengan dinner. Lunch tak payah. Sebagai ganti, saya sediakan tempat tinggal untuk awak. Kita tinggal satu rumah tapi bukan satu bilik."

"Lagi satu jangan risau nak kena cekup. Saya ni duda. Saya ada anak, dah 7 tahun pun. Aiman Zariq nama dia. Saya bayar awak seribu sebulan. Rumah saya dengan hospital pun dekat. Senang awak nak pergi kerja. So, macamana? Setuju?" Sambung Ilham macam peluru berpandu. Laju betul bercakap, sampaikan Amanda nak menyampuk pun tak sempat.

Berkerut kening Amanda. Cuba menghadam kata-kata laju Ilham. Lama dia berfikir sebelum kepala dianggukkan.

'Okay juga rm1000 campur dengan gaji cleaner rm1300.. Kaya... Kaya.. ' bisik hati kecil Amanda. Belum pernah seumur hidupnya dapat memegang duit sebanyak itu. Tersungging senyuman nipis di bibirnya.

"Dah, tak payah nak tersengih-sengih sangatlah. Kalau awak setuju, pergi menyorok kat tempat duduk belakang. Umi saya tak boleh nampak awak. Kalau umi dapat tahu, mati saya." Ilham bersuara menghilangkan angan-angan tentang duit Amanda.

Amanda masih kaku, tidak bergerak. Hanya mata terkebil-kebil memandang wajah Ilham. Akalnya lambat memproses kata-kata Ilham.

"Apa lagi, cepatlah!" Gesa Ilham. Tangan sasanya menarik lengan Amanda Aisyah yang beralaskan lengan baju kurung supaya berpindah tempat duduk ke belakang.

"Sabarlah, kan kaki saya sakit ni." Balas Amanda. Tangan Ilham yang mencengkam lengannya, ditepis.

'Orang tua ni tak reti sabar betul lah.' Amanda merungut dalam diam.

"Cepatlah, terhegeh-hegeh. Nanti umi saya perasan pulak kereta saya kat depan ni." Tangan Ilham masih cuba menolak Amanda . Ditolak bahu, ditepis. Tanpa sedar tangan sasa Ilham tertolak punggung Amanda yang sudah berdiri sambil membongkokkan badannya.

"Aaahhh!!!" Terjerit Amanda. Nyaring. Dia kembali terduduk di kerusi tadi, terkejut bila tangan sasa doktor segak mendarat selamba di punggungnya.

Ilham pula cepat-cepat menekup mulut Amanda Aisyah dengan telapak tangannya.

"Shh... Shh.." Jari telunjuk diletakkan di bibirnya. Isyarat supaya Amanda diam. Mata melilau kiri kanan, risau jika ada orang yang lalu lalang atau ada yang terdengar jeritan kuat Amanda.

"Orang tua gatal! Miang!" Ucap Amanda sebaik telapak tangan Ilham menjauh dari mulutnya. Buku limanya digenggam. Dada bidang Ilham ditumbuk bertalu-talu.

"Sorry.. Sorry... Saya tak sengaja. Jangan marah awak." Pergelangan tangan Amanda pula dipegang. Sakit dadanya dihentam Amanda. Nampak je buku lima kecil tetapi berbisa.

"Pegang lagi. Eiii.. Gatal.. Gatal... Orang tua miang!" Amuk Amanda. Tangannya direntap kuat dari pegangan Ilham.

"Senyap! Nak kena cium ke?" Keras nada suara Ilham. Geram dengan perempuan yang otak tak berapa nak betul ni. Menjerit je tahu.

'Orang tua miang dia panggil aku. Sabar Am.. Fuhh...' Nafasnya ditarik panjang. Dadanya turut diusap perlahan.

"Saya tak sengaja, awak faham tak." Amanda disebelah sudah diam tak berkutik. Takut bila Ilham meninggi suara. Air mata yang menitis diseka cepat. Tidak pernah sebelum ini dia dimarah atau disergah sesiapa.

'Aduh perempuan ni menangis pulak. Macam mana nak pujuk, aku dah lama tinggal kerja pujuk memujuk ni.' Gelabah Ilham. Rambutnya dilurut kasar.

"Look here. Cik Amanda Aisyah." Suara dilembutkan, tidak lagi setegas tadi.

"Saya bukan sengaja nak pegang atau nak sentuh Cik Amanda.. Tak sengaja.. Faham tak? Saya minta maaf ya." Ilham tekan perkataan tak sengaja.

Amanda diam tak menjawab. Masih lagi terasa hati mendengar suara keras Ilham.

"Sekarang saya nak gerak masuk rumah umi. Awak tolong pindah seat belakang boleh tak? Kejap lagi saya belanja awak makan KFC ya." Satu persatu perkataan yang keluar dari bibir mulut Ilham seperti mengajar budak kecil bercakap. Berharap Amanda faham.

Amanda mula bergerak ke tempat duduk belakang. Mukanya sudah cemberut. Masam mencuka.

Ilham melepas keluhan berat. Wajah monyok Amanda dikerling melalui cermin pandang belakang.

"Perempuan ni memang cepat sentap agaknya. Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nak merajuk. Muncung pula sedepa." Gumam Ilham sebelum keretanya kembali meluncur di atas jalan. Tak sampai seminit, keretanya membelok masuk ke depan rumah uminya. Terus kereta diparking ke garaj kereta yang tersedia.

"Awak tunggu sekejap, saya nak ambil Zariq. Kejap lagi kita pergi makan." Pesan Ilham. Kaki melangkah keluar dari kereta. Enjin kereta dibiarkan hidup dan aircond juga tidak ditutup. Karang tak pasal-pasal mati lemas pulak anak dara orang.

"Assalamualaikum.. Umi! Umi! Zariq! Daddy balik ni." Ilham melaung dari depan pintu besar rumah Puan Maimunah. Risau jika dia melangkah masuk ke dalam rumah pasti masa yang diambil lebih dari sejam.  Mungkin juga dia terpaksa menadah telinga mendengar leteran uminya.

'Bila nak kahwin? Kesian Zariq tak ada mummy. Sampai bila nak menduda?' Sudah boleh dihafal soalan lazim Puan Maimunah. Soalan itu seakan sebati dengan diri uminya.

"Daddy... nak pergi makan KFC kan?" Aiman Zariq meluru laju dari dalam rumah. Terus dipeluk erat tubuh kekar daddynya.

Ilham tersenyum dengan telatah anak tunggalnya.

"Jomlah, dah lewat ni. Nanti maghrib pula." Balas Ilham sambil tangan mengusap lembut rambut Zariq.

"Ehh.. Mana maktok? Tak nampak pun. Dengar suara pun tak." Beg galas Zariq yang berada di muka pintu diambil. Mata meliar disekeliling rumah. Sunyi sepi.

"Maktok mandi. Maktok pesan esok makan malam sini, maktok nak masak special." Jawab Zariq sambil kaki menyarung selipar dan tangan pula memegang kasut sekolah.

"Makan malam?" Ilham sudah garu kepala.

Umi mesti ada agenda tersembunyi ni. Mesti nak kenalkan aku dengan mana-mana perempuan pulak ni. Masalah betul.

Mr Hot Daddy( New VERSION)Where stories live. Discover now