Mr. CEO & Aku
By lxdyhxtlinkGenre: romance, comedy, drama, slice of life.
Status: ongoing
End date: ?
••••enjoy reading~••••••***
Tengku Izrian Hazizi ialah Ceo di Syarikat Leon group. Syarikatnya sangat terkemuka di serata dunia kerana produk keluaran Leon Group yang menghasilkan beberapa alat elektronik dan gadget-gadget pintar yang canggih dan berjaya dijual dengan amat laris di setiap cawangan syarikatnya di serata dunia.
Jadi tidak hairanlah jikalau lelaki yang berusia 28 tahun itu telahpun menempah nama sebagai salah satu jutawan termuda negara bersama-sama rakan bisnessnya yang lain yang sudah tentunya juga turut tersenarai dalam kalangan top ten senarai jutawan termuda itu.
Namun, disebalik kemewahan hidupnya ada satu kekurangan yang masih menjanggal dalam hidupnya itu, iaitu Cinta. Tengku Izrian tidak pernah bercinta dengan mana mana perempuan sebelum ini, tidak di zaman persekolahannya dan tidak pula di zaman universitinya. Walaupun berjuta-juta gadis di luar sana yang sudah tentu pasti mahu menakluki hatinya. Tambahan pula, Tengku Izrian tidak ada masalah dengan statusnya sebagai seorang yang masih lagi membujang. Ini kerana dia hanya mahu berkerjaya dan cemerlang dalam apa yang diinginkannya.
Namun, hal itu sudah tentu berlainan melalui sudut pandangan ibu bapanya.
Tengku Izrian tidak tahu dan tidak mahu tahu sudah berapa kali pesanan ringkas dan miss call yang telah dihantar oleh kedua ibu bapanya, dan yang pasti isi kandungan dan hal yang ingin diperkatakan pastinya sama: 'bila mahu kahwin?'
Dan Tengku Izrian pasti membalas dengan hal yang sama iaitu: 'kalau ada jodoh nanti, kahwinlah'.
Bukannya dia tidak mahu cari jodoh, cuma tidak ada masa. Tidak ada masa untuk bercinta kalau sepenuh masanya dihabiskan dengan menguruskan syarikatnya.
Dan ibu bapa Tengku Izrian tentunya tidak patah semangat. Mencari jodoh bagi satu satunya anak lelaki mereka ini walaupun dengan melelong anak rakan rakan mereka yang mereka kenali. Dan setiap kali Tengku Izrian pulang ke rumah ibunya pasti menyodorkan sebuah album berukuran tebal ke mukanya dan berkata "pilihlah yang mana kamu berkenan". Setelah itu, Tengku Izrian pastinya menjawab "tidak" dengan datar tanpa membelek isinya. Yang sudah tentu terdapat biodata dan gambar-gambar bakal calon menantu yang pastinya membuatkan ibu dan bapanya gembira.
Namun lain pula pada hari ini, ibunya tidak bising mengenai calon menantu dan ayahnya tidak mula membicarakan mengenai 'the talk' yang membuatnya cringe hebat.
Mereka berdua hanya diam dan menyepi, duduk dengan tenang di atas sofa majestic berhadapan dengan meja kopi yang berada di tengah ruang tamu itu dengan kedudukannya yang berada bersetentangan dengan mereka.
Sehinggalah ibunya berkata,"Malam ni mak nak kenalkan kamu dengan anak kawan mak. Dan kamu kena datang jugak. Tiada bantahan."
Tengku Izrian mahu membantah sehinggalah dia melihat raut serius pada wajah ibunya dan pandangan dari sorot mata ibunya yang tajam itu membuatkannya lebih baik untuk mendiamkan diri dan membiarkan semuanya berjalan seperti apa yang ibu tercintanya minta.
Ya, membiarkan sahaja, dia dijodohkan dengan mana-mana gadis di luar sana.
'Damn!' Fikir Tengku Izrian dan mengeluh berat.
***
TBC
YOU ARE READING
Mr.CEO & Aku (Hiatus)
Literatura FemininaTengku Izrian Hazizi, Ceo Leon group dijodohkan oleh ibu bapanya dengan Arin Sofia seorang gadis yang keras kepala dan bermasalah. Adakah semuanya akan berjalan lancar atau masalah akan melanda antara keduanya? By:lxdyhxtlink