Sebelum aku lupa
tolong ingatkan aku
Aku punya kawan
Yang sentiasa bersama aku
Tiap masa dan ketika
Opss
Tapi tu dulu
Masa dia tak penat layan ego aku
Dia tak penat layan aku yang ganas ni
Tak penat layan aku yang mulutnya lancang
Yang tak pernah berterima kasih kepadanya kerana menjadi sahabat aku
Sekarang,
Dia dah takde
Dia dah ada kawan baru
Yang lebih menghargai dia.
Dan aku
Masih mereput dengan keegoan aku
Tapi sekarang
Aku menyesal
Lumrah manusia,
Menghargai selepas kehilangan
Maafkan aku kawan
Semoga kau bahagia dengan kawan baru kau
Nama kau sentiasa ada dalam doa aku.
Amin
YOU ARE READING
Pesanku
RandomIngin ku pesan kepada penduduk bumi bahawa dunia ini bukan kau seorang sahaja yang menghuninya.